twentyseven.gl

22 32 2
                                    

" wahh! cantiknya pemandangan!" jerit jisung teruja melihatkan pemandangan seoul kereta kabel yang kami naiki.

" kan? haihh, kenapalah tengah nak mati ni baru dapat peluang nak nikmati keindahan alam ni." keluh guanlin.

aku sekadar diam memerhatikan kejakunan jisung dan guanlin. dalam diam, aku mengeluh halus.

salah aku tak prihatin pasal guanlin. kalau aku tahu dia sakit, dah lama aku struggle suruh dia datang check up.

tapi sayang.. aku tak tahu. rupanya dalam diam, aku ni pembunuh guanlim. kalau bukan sebab aku, guanlin mesti boleh sihat.

" sorry.." ucapku menyedut hingus yang hampir mengalir. jisung dan guanlin automatik berpaling.

" guanlin." jisung kembali menoleh memandang pemandangan seoul.

" kenapa?" soal guanlin mengangkat kening.

" sebab saya awak jadi macam ni."
guanlin tergelak.

" hotak. mana adalah! aku jadi macam ni bukan sebab kau. ia seb-"

tanpa menunggu guanlin menghabiskan kata - katanya, tubuh guanlin aku peluk.

terlekap muka jisung ke cermin kereta kabel ini jadinya. jisung menoleh dengan muka marah.

baru sahaja dia ingin 'sound', terus dia terdiam melihat muka hingusanku lalu menggosok matanya dan kembali berpaling tanpa mempedulikan kami.

" maafkan saya.." guanlin mengeluh mendengarkan esakanku.

" saya tahu awak nak jaga hati saya. terima kasih. tapi saya tahu, sebenarnya ianya memang salah saya." pelukan aku leraikan.

guanlin menggaru belakang lehernya.

" ok, tapi sebenarnya aku bukan ponteng sebab kau. aku cuma tak nak dengar bebelan pakcik tua tu je. kau nak emo lelebih kenapa?" kata guanlin sedikit kekok.

aku terdiam. air mataku aku kesat. mataku aku kelipkan berkali - kali memandang ke arah guanlin yang buat muka tidak bersalah itu.

kaki guanlin aku pijak geram. bahunya aku tumbuk kuat.

" aduhh! ehh, bangang! kau dah kenapaaaa?! sakit tahu takkk?!" marah guanlin.

" shhh! diamlah!" marah jisung kembali. guanlin sekadar menjeling jisung.

" kau senyap. jangan masuk campur. aku humban kau kang-"

" haaa, sakit awak je awak fikir! sakit hati saya ni? ada awak fikir? sakit tau dalam ni sakitt-" ujarku sambil memukul dadaku.

guanlin tersengih gatal.

" ohh, sakit? meh aku cek mehh-" pipi guanlin aku tampar pelan.

" gedik! gatal! sundal!" haa, kau. tiga jenis sekali aku kasi. guanlin mencebik.

" nak manja - manja pun tak boleh."

aku, guanlin dan jisung melangkah keluar dari kereta kabel sebaik sahaja sampai.

guanlin menarik nafas panjang. begitu juga dengan jisung dalam dukungan guanlin.

" hwaiting, hiyong!" guanlin tersenyum nipis.

" jom?" ajakku. guanlin mengangguk.

kami melangkah menaiki satu persatu anak tangga dengan jisung yang tidak henti - henti menjerit memberi semangat pada guanlin.

baru separuh jalan, tubuh jisung diturunkan guanlin. guanlin terduduk dengan nafas termengah - mengah.

" alaa, hiyongg! bangunlahhh! jommmmmmmmmm" gesa jisung. guanlin menggeleng.

[✔] Really Bad Boy ; 라이관린Where stories live. Discover now