ㅡ 17

348 53 1
                                    

Seokjin sudah penat menangis sejak semalam . Selepas insiden itu , semua kawannya termasuk Jungkook sendiri mula memulaukan dirinya .

Semua mula menyalahkan Seokjin sebagai punca mereka bernasib buruk tetapi dirinya tidak .

Seokjin duduk seorang diri di dalam biliknya . Kata - kata Yoongi mula bermain di minda .

" Memang aku ke punca semua ini berlaku ? "

Dirinya terpandang bunga yang dia dapat pada hari jadinya . Seokjin terkejut . Bunga itu sepatutnya ada tujuh kelopak warna dan kini tinggal dua sahaja , kelopak berwarna merah dan indigo .

Terus dia teringat setiap warna kelopak bunga yang telah tiada dan hajat yang dia pinta .

" Biru untuk hajat nak jadi hebat memikat hati macam Jungkook ! "

" Kuning pula untuk hajat nak jadi hebat menari macam Jimin dan Hoseok ! "

" Hijau em untuk hajat jadi hebat berfikir macam Namjoon ! "

" Ungu hah untuk hajat nak jadi hebat menulis lirik lagu macam Yoongi "

" Jingga untuk hajat hebat berlakon macam Taehyung "

Semuanya berlaku selepas dia meminta hajat tersebut .

Dia hebat dalam memikat hati , tapi Jungkook mendapat kanser hati .

Dia hebat dalam menari , tapi Jimin dan Hoseok kehilangan kaki .

Dia hebat berfikir , tapi Namjoon alami kerosakan otak dan mati .

Dia hebat menulis lirik lagu , tapi Yoongi susah untuk menulis kembali .

Dia hebat dalam berlakon , tapi Taehyung menjadi bisu .

Hajat dia membawa nasib malang buat ahli - ahlinya !

❝ 𝗦𝗘𝗩𝗘𝗡 𝗣𝗘𝗧𝗔𝗟𝗦 ❞ ㅡ 𝗦𝗘𝗢𝗞𝗝𝗜𝗡 Where stories live. Discover now