ㅡ 18

357 55 1
                                    

Memandangkan dia mempunyai dua lagi kelopak warna , Indigo dan Merah terus Seokjin mengambil inisiatif untuk membuat hajat lagi .

Dengan harapan semua menjadi seperti sedia kala .

" Indigo untuk hajat aku nak jadi diri sendiri semula ! "

Keadaan sunyi sepi buat seketika . Seokjin memasang lagu dan cuba untuk menari bebas , tetapi dia tidak boleh .

Seokjin membuka telefon dan cuba menjawab kuiz , tetapi dia asyik salah .

Seokjin cuba membuat aegyo di hadapan cermin , tetapi dia berputus asa kerana tak mungkin dapat memikat hati peminatnya .

Seokjin cuba mencipta sebuah lagu baru , tetapi otaknya tidak memberi kerjasama .

Seokjin turut mencuba membaca skrip lakonan dalam telefon , tetapi dia gagal menyampaikan ekspresi dengan baik .

Seokjin tersenyum bahagia . Dia yakin dia dah kembalikan keadaan asal .

Dia terus meluru ke ruang tamu tempat di mana Yoongi , Jimin , Hoseok dan Taehyung berada .

" Korang , keadaan dah jadi seperti asal ! Korang dah ba-- "

Ayat dia tergantung sebaik sahaja perasan tangan Yoongi masih bersimen , Jimin dan Hoseok masih berkerusi roda dan Taehyung tidak buka mask mulutnya sejak hari pertama dia disahkan bisu .

Seokjin terus jatuh terduduk di atas lantai . Dadanya ditumbuk beberapa kali . Dia gagal . Memang dirinya kembali kepada yang asal , tetapi tidak buat kawan - kawannya .

Seokjin meraung seorang diri mengenang nasib buruk mereka semua . Yoongi dan Taehyung segera memeluk Seokjin .

Walaupun mereka masih membenci Seokjin , mereka tidak lupa semua yang Seokjin telah korbankan untuk mereka semua .

❝ 𝗦𝗘𝗩𝗘𝗡 𝗣𝗘𝗧𝗔𝗟𝗦 ❞ ㅡ 𝗦𝗘𝗢𝗞𝗝𝗜𝗡 Where stories live. Discover now