Bab 10

384 29 75
                                    

"Hei, tunggu, tunggu! Nak apa ni?" herdik seorang perempuan di meja tepi pintu bilik yang bertanda 'Pengarah Urusan'. Perempuan itu berdiri bercekak pinggan memandang dengan muka yang penuh kebencian ke Sahak dan Kamil.

"Nak pergi temuduga la," jawab Sahak.

"Tu, nampak ramai-ramai tu? Pergi duduk sana. Tunggu giliran." Perempuan setiausaha mencebik sambil menuding jari ke arah bangku panjang yang kelihatan duduk dua orang calon temuduga.

"Dah la datang lambat, lepas tu nak masuk awal. Tali leher tak pakai. Huh!" Perempuan setiausaha merungut-rungut.

Kamil mula jadi geram, mengeluarkan kukunya dan bersedia mahu menerkam perempuan setiausaha.

"Rileks, rileks," kata Sahak sambil menggosok bulu tengkuk Kamil. Kamil jadi rileks dan cucuh sebatang rokok.

Sahak geleng kepala dan berdoa dalam hati semoga amaran dilarang merokok di tempat awam turut digunapakai untuk haiwan.

Dua jam pun berlalu.

Belum ada tanda-tanda giliran Sahak akan masuk ke bilik temuduga. Di depannya masih ada seorang calon lagi. "Anak anjing apa temuduga sampai dua jam sorang ni," rungut Sahak dalam hati.

Tiba-tiba Sahak tersentak. Matanya kadi bulat. Fikirannya jadi kosong. Ligat kepalanya berpusing mencari arah datangnya bau haruman minyak wangi. Yang buatkan Sahak mula tak tentu arah, dia kenal benar akan bau haruman minyak wangi ini. Minyak wangi Marsya.

Kemudian, keluar seorang perempuan pakai skirt ketat hitam, berkemeja lengan panjang warna putih, bercermin mata dan rambut pendek dari dalam satu bilik. "Okey, I akan ambil alih untuk temuduga sebelah petang."

Sahak lap air liur dan ketuk lutut berkali-kali kerana mula teringatkan Marsya. "Aku nak pergi tandas kejap," kata Sahak.

"Tak payah. Sini susah nak mandi wajib!" kata Kamil sedikit keras. "Ketuk je lutut tu," kata Kamil lagi seraya senyum mengejek kerana dia tahu kisah Sahak, Marsya, minyak wangi dan mandi wajib.

"Encik boleh masuk ke bilik itu, ya. Good luck, encik," kata perempuan setiausaha kepada calon yang memakai sut lengkap bertali leher dan sikat rambut belah tengah. Namun tidak kepada Sahak. "Hei! Masuk bilik sana, masuk cepat, nak tunggu aku angkat baru nak masuk," jerit perempuan setiausaha.

Sahak bingkas bangun dan masuk ke bilik temuduga. Dengan penuh kesopanan dan kesusilaan, Sahak memberi ucapan helo dengan kawalan suara yang bagus. Tidak terlalu menghembus angin pernafasan.

"Assalamualaikum, puan. Eh, cik. Puan ke cik, ya?" tanya Sahak sedikit membongkokkan badan, tangan kanan dialas dengan tangan kiri dan ibu jari kanan sedikit terkeluar menghala ke perempuan di depannya.

Perempuan penemuduga tersenyum. Dan mempelawa Sahak duduk. Sahak lekas-lekas duduk dan mengucapkan terima kasih.

"Kamu datang lewat, ya? Datang lewat ke temuduga ini bukan satu perkara yang bagus. Dan boleh mencemarkan reputasi kamu," kata perempuan penemuduga.

"Oh, bukan begitu puan...." belum sempat Sahak menghabiskan kata-kata, perempuan penemuduga menyampuk, "Emilia, panggil saya Emilia.

"Begini Cik Emilia, sebenarnya saya sengaja datang lewat ke temuduga ini, bukanlah sebab saya tidak menepati masa. Tapi kerana saya mahu jadi jujur. Dan, jika Cik Emilia bertanya samaada boleh atau tidak saya bangun pagi untuk kerja ini, jawapan saya tidak. Dan saya juga tidak akan cakap saya sanggup kena marah, sanggup kerja lebih masa untuk saya dapatkan kerja ini. Itu semua penipuan semata-mata kerana mahukan kerja. Hakikatnya bila sudah dapat kerja, buat kerja serupa cilake." kata Sahak dengan tegas.

Emilia angguk-angguk kepala. "Kompeni I memang perlukan orang macam you! Jadi, sekarang I tawarkan kerja sebagai supervisor di kompeni I dekat you. Gaji permulaan sebanyak lapan ribu ringgit. Jika you tak setuju, kita boleh bincang lagi tentang gaji." Bercahaya bebola mata Emilia memandang Sahak dengan satu harapan besar. Yang Sahak ini akan mengembangkan perniagaannya.

Di sudut bilik, Kamil memandang Sahak sambil geleng kepala.

"Saya tak setuju, Cik Emilia. Lapan ribu ringgit tu terlalu banyak untuk saya, dan cik belum tahu kemampuan kerja saya. Jadi, saya tolak gaji yang cik tawarkan dan gaji anggaran yang saya mahu 1500 ringgit sebulan," tegas Sahak.

Kamil angkat ibujari. Emilia mengesat airmata dengan lengan baju dan naik saksi bahawa Sahak adalah malaikat perniagaan yang hidup di dalam tubuh manusia.

Selesai menandatangai perjanjian kerja, Emilia berjalan keluar bilik ditemani Sahak sambil bergurau mesra.

Kelihatan perempuan setiausaha sedang menampal makeup ke mukanya. Sahak menuju ke arah perempuan setiausaha, "Selipar, makeup la macam mana sekalipun tetap selipar juga. Takkan jadi bunga ros!" kata Sahak.

Perempuan setiausaha menangis. Emilia ketawa terkekeh-kekeh.

KolumpoTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang