Bab 6

553 43 36
                                    

Sahak mendongak melihat bangunan-bangunan tinggi di atas kepalanya. Sambil itu kakinya terus melangkah juga. Sesekali terdengar bunyi 'Uuuu... aaa... ooo...' keluar dari mulut Sahak. Menandakan sahak benar-benar kagum dengan ketinggian bagunan-bangunan di depannya.

Ini kalau malam karang ni, letih la nak tekan suis lampu. Mesti banyak nak mampus suisnya ni. Kata Sahak dalam hati. Kemudian Sahak berhenti, matanya mencerlung tajam ke arah satu bangunan tinggi. Keningnya dikerutkan, manakala jari telunjuk pula Sahak letak ke dagu, dan kepalanya sengaja diangguk berkali-kali biar ada gaya seorang pemikir agung sedang berfikir. Ujar Sahak dalam hati.

Wajah Sahak berubah jadi curiga, kepalanya terjenguk-jenguk seakan mencari sesuatu di bangunan tinggi di depannya itu. ''Anak anjing mende dalam tivi menipu kata KLCC berkembar? Ni ada satu je ni. Celaka betul!" Marah Sahak.

"Kerja nak menipu je dalam tivi ni, berlakon jadi pilot tak bawak kapal terbang. Berlakon jadi ustaz dari Cairo tak cakap arab. Anjing betul!" Marah Sahak, seraya menyesali kerana pernah menonton drama-drama sebegitu.

"Hoi, jalan tengok la sikit! Buta ke nak mampus ko ni, ha?"

Sahak terkejut, dan lekas-lekas meminta maaf. Sekali lagi Sahak jadi terkejut apabila melihat seekor kucing berbulu lebat warna oren yang sedang bercekak pinggang memarahinya.

"Apahal ko terkejut sangat ni, manusia? Rileks la, ini Kolumpo semua hal boleh jadi. Rileks la," kata kucing berbulu lebat warna oren seraya duduk di tangga di depan Menara Tabung Haji.

Sahak juga ikut duduk. "Ko ni kucing jenis mende pandai bercakap ni?" soal Sahak kehairanan.

''Aku serupa kucing lain jugak, tapi masa kecik tuan aku selalu bawak aku pergi sekolah, tu yang aku pandai bercakap tu. Ingat kalau ada rezeki lebih aku nak masuk universiti. Oh lupa lak, nama aku Kamil. Ko?" Kamil mengeluarkan kotak rokok dari dalam beg pinggangnya. Kemudian membuka penutup kotak rokok. Dua batang rokok sedikit terkeluar yang mana sebatang rokok lebih tinggi disua ke arah Sahak.

Sahak memerhati lama kucing berbulu oren yang menggelarkan dirinya Kamil itu. Kamil duduk bersandar ke tangga bersilang kaki, sesekali asap berbentuk huruf 'O' keluar dari mulutnya. Bukan Sahak tidak pernah berbual dengan haiwan sebelum ini. Dia pernah berbual pasal ekonomi pertanian dengan lembu, bercerita tentang hal ehwal politik dengan kambing, dan mengeluh perihal tekanan kos sara hidup yang tinggi dengan ayam. Tapi itu berlaku ketika Sahak sedang menghisap ganja. Dan sudah lama lama juga Sahak tidak menghisap ganja, bukan kerana telah berhenti. Tapi akibat sistem jual beli yang diperkenalkan oleh Udin Saudagar.

Udin Saudagar adalah satu-satunya tokan ganja di kampung Sahak. Dia juga layak digelar ahli dalam hal ehwal berkenaan ganja. Dan ketika jual beli ganja berlangsung, jangan harap Udin Saudagar akan memberi lebih walaupun 0.1 gram. Kerana mengikutnya setiap apa yang lebih dalam berjual beli adalah riba'. Bila unsur riba' terlibat dalam perniagaan itu akan membuatkan sesuatu perniagaan itu tidak berkat. Kata Udin Saudagar gaya seorang usahawan patuh syariah yang bila-bila masa sahaja boleh diangkut ke balai polis.

Kemudian Udin Saudagar pergi menghadiri seminar usahawan peringkat negeri selama seminggu. Setelah kembali, Udin Saudagar mengadakan perjumpaan sulit dengan semua pembeli-pembelinya. Perkara pertama yang dibangkitkan Udin Saudagar adalah kenaikan harga ganja, menurutnya ladang ganja di Columbia diserang tikus dan pasaran ganja antarabangsa dilanda inflasi. Kemudian dia juga mahu segala urusan pembayaran hanya melalui online banking. Dan yang paling tak boleh diterima oleh akal, Udin Saudagar akan memotong setiap 0.5 gram dari ganja yang dijualnya dan akan disimpan, dan setiap pembeli diminta mendaftar menjadi ahli dan diberi kad ahli. Dan mereka yang telah mendaftar akan diberi 0.1 gram lebih dari pembelian setiap tiga bulan sekali sebagai dividen.

"Budak baru, mate?" tegur seekor rakun yang memakai kot coklat, tanda nama Bradley dan menghisap cigar seraya memandang ke Sahak. Kamil hanya membalas dengan kenyitan mata dan mengangkat kening.

KolumpoWhere stories live. Discover now