HELP~31

653 60 1
                                    

Jihoon pov

Aku dan Jihyun turun ke bawah selepas mendengar eomma memanggil untuk turun. Dari tadi aku bermasam muka dengan Jihyun.

Merajuk. Dah siku luka aku, pipi pula ditampal kapas dengan kasar.

Aku memandang tajam Jihyun yang sedang berbual dengan Hani dan Guanlin. Jihyun lansung tak pandang aku.

Dah buat orang bukan nak pujuk.

Jap. Kenapa mengada sangat eh aku ni.

Televisyen yang menayangkan drama menjadi tumpuan. Bosan. Tidak lama kemudian eomma keluar dari dapur.

"Anak anak mari makan"-Puan Bae

Aku dan yang lain mengambil langkah ke dapur. Sampai di meja makan Jihyun mengambil tempat duduk di sebelah aku.

Peha Jihyun aku cubit. Geram

"Aaa"-Jihyun

Jihyun menjerit kecil manakala aku sedang menahan diri dari ketawa. Yang lain mula memandang aku dan Jihyun.

"Awak kenapa?"-Jihyun

Jihyun berkata secara berbisik.

"Dah buat oppa bukan nak pujuk"

Aku juga melakukan benda yang sama. Becakap secara berbisik.

"Awak tu yang mengada sangat"-Jihyun

Jihyun menjeling.

"Jihoon, Jihyun makan"-Puan Bae

Aku melihat semua orang sudah menikmati hidangan di atas meja kecuali aku dan Jihyun. Tanpa membuang masa aku makan makanan yang terhidang.

"Hyung, kenapa dengan pipi?"-Guanlin

Guanlin bertanya dengan mulut yang penuh. Aku memikir jawapan supaya tiada siapa yang akan risau tentang Jihyun

"Em..terkena benda tajam masa buat kerja"

"Ni mesti kena dekat mesin printer kan?"-Hani

"Ha haah ha yang tula. Jangan risau saya dah suruh Daniel alihkan"

"Daniel macam mana?"-Puan Bae

Daniel, aku harap kau tahu aku sayang kau. Disebabkan kau eomma dah tukar topik. Tak perlu aku nak penipu lagi. Daniel muncul lah depan aku, aku nak peluk kau. Aku nak berterima kasih dengan kau. Oh! Niel aku sayang kau.

"Jihoon?"-Puan Bae

Teguran eomma buatkan aku tersedar dari lamunan. Ish nasib baik tak melatah nama Daniel. Habis kantoi aku sweet sweet dengan dia dah bertahun dah tak ada siapa tahu. Ha tengok tu termenung lagi. Sedar Park Jihoon.

"Daniel bulan depan honeymoon la tu. Jaena pun dah berhenti kerja"

"Tapi kan Jaena unnie dengan Daniel sunbae selalu gaduh kat tempat kerja"-Hani

"Kalau selalu gaduh lama lama nanti kahwin tau"-Puan Bae

Ye, ye je eomma ni.

"Macam kau dengan Guanlin lah"-Jihyun

Jihyun mencelah. Guanlin yang sedang menyuap nasi terus tersedak. Aku hanya mampu menahan tawa.

"Air air uhuk uhuk bluekk"-Guanlin

Terkejut sangat ni.

MY CRUSH MY HUSBAND 2 ||PARK JIHOON||Where stories live. Discover now