HELP~32

663 59 6
                                    

P/s: Hari ini kita ada pelakon tambahan. Tepuk tangan sikit! PAP!👏🏻

Jihoon pov

Asyik point of view aku je. Mesti menyampah en? Aku watak utama terima je lah. Nak ending dah lepas ni tak jumpa dah.

Sebelum balik ke rumah, aku bersarapan dengan keluarga Jihyun. Tapi kena pergi kerja dulu.

"Eomma Jihoon pergi kerja dulu"

Aku memakai kasut. Jihyun yang di sebelah eomma aku mengusutkan rambut. Jihyun tersengih. Eomma berlalu pergi. Ada chance  aku nak bersweet dengan Jihyun.

"Awak jaga diri tau elok elok bawak kereta"-Jihyun

Dahi Jihyun aku cium sekilas. Jihyun senyum.

"Eh selalu kalau oppa kiss Jihyun kaku sekarang tak kaku dah?"

"Eee dah pergi kerja cepat"-Jihyun

Jihyun membuat tangan seperti menghalau.

"Lepasni boleh la oppa kiss selalu?"

(Guys, aku innocent! Percayalah!!!)

"Dah dah pergi kerja shuh shuh"-Jihyun

Dia halau aku. Aku menunjuk pipi. Tanda nak suruh Jihyun cium.

"Ish mengada la, tak malu ke jiran kita mak cik Nana tu pandang"-Jihyun

Aku memandang mak cik Nana yang sedang menjemur baju. Mak cik Nana tersengih memandang aku dan Jihyun. Eh fikir aku tergoda?

(Eh Aku tersengih pun comel ok. K Nana perasan. Eh eh menyemak pulak aku; jangan kecam sis)

Selepas perasan yang mak cik Nana tak habis habis tersenyum kambing memandang aku, aku terus menuju ke kereta.

Aku menuju ke tempat kerja. Sampai di tempat kerja aku menuju ke bilik pejabat aku.

Aku berhenti di hadapan bilik Daniel. Kosong. Gelap. Sunyi.

Niel, aku rindu kau. Asyik emo je aku ni.

Aku meneruskan perjalan ke bilik aku sendiri. Aku masuk. Terkejut melihat Yoojung yang sedang duduk di sofa.

Apa dia nak? Cukup lah mak cik Nana kacau kebahagiaan aku dengan Jihyun kenapa sekarang Yoojung pula?

"I datang ni bukan nak minta apa. Cuma nak cakap tahniah dah bersatu dengan Jihyun"-Yoojung

Yoojung bangun dari duduk.

Boleh percaya ke?

"Thanks"

"Jaga Jihyun baik baik"-Yoojung

Yoojung terus keluar dari pejabat aku. Aku masih lagi terpinga pinga. Dengan cepat aku membuat kerja.

Skip

Habis kerja aku pulang ke rumah. Bilik Jihyun aku tujui. Tanpa membuang masa aku mengemas semula barang Jihyun seperti dulu.

Malu la cuba move on tapi tak berjaya. Dengan aku pergi lari sampai Canada. Teringat Soora dengan Rina. Apa cerita eh dua orang princess tu?

Selesai mengemas gaun putih Jihyun aku ambil lalu meletakkan ke dalam kotak hadiah.

Masa bagi haritu terpaksa kata aku ni secret admire dia. Eh memang admire dia pun.

MY CRUSH MY HUSBAND 2 ||PARK JIHOON||Where stories live. Discover now