Selepas sarapan bersama pagi tadi, Amna dan Zayyan menghantar Datin Sofea dan Mak Piah ke pekan untuk membeli barangan dapur. Sementara menunggu Datin Sofea dan Mak Piah selesai membeli barang, Amna tidak senang duduk.
Permintaan ibu mertuanya pagi tadi masih lagi bermain didalam benak hati Amna. Tidak sampai hatinya melihat wanita itu kecewa.
" Abang.. Saya rasa kita ikutkan aje lah cadangan mama. Tak sampai hati pulak saya tengok mama sedih."
" Ermm.. Awak dah ready ke?"
" Maksud abang ?"
" Tadi awak cakap nak ikut saje apa mama cadangkan. So, awak dah ready lah nak bagi mama cucu."
" Kalau itu boleh buat mama happy, apa salahnya kita usahakan."
" Betul ni ? Tak menyesal ?"
" Abang jangan fikir yang bukan-bukan."
" Yelah. Tadi awak cakap nak ikutkan saja apa mama cadangkan."
" Ye. Mama kan suruh honeymoon. Kita pergi je lah. Pasal mama nak cucu tu, kita boleh kemudiankan."
" Ikut suka awaklah."
Amna mencapai telefonnya. Laju jarinya menyentuh skrin sentuh telefon miliknya. Disentuh ikon 'GOOGLE' dan mencari tempat yang sesuai untuk berbulan madu.
Zayyan yang sedari tadi memerhatikan sahaja sikap isterinya. Dia hanya tergelak kecil. Dibiarkan sahaja Amna mencari tempat sesuai untuk mereka berbulan madu.
" Abang ! Kita honeymoon kat Cherating, Pahang! Nak tak ? Saya teringin nak ke sana. Anggap honeymoon kita ni sebagai percutian. Sambil menyelam, minum air." Amna nampak teruja memilih tempat untuk pergi berbulan madu.
" Mana-mana lah Puan Amna Safiyyah." seloroh Zayyan. Macam ni lah agaknya nasib berkahwin dengan orang muda. Zayyan menggeleng kepala. Terusik jugak hatinya melihat tingkah laku Amna yang agak kebudak-budakkan.
" Yan, tolong mama ambik barang kat kedai depan tu." pinta Datin Sofea.
Kehadiran Datin Sofea didepan kereta mematikan lamunan Zayyan.
Zayyan tidak membantah. Dituruti sahaja permintaan ibunya. Amna pulak bingkas bangun dari tempat duduk untuk membantu Datin Sofea menyimpan barang ke dalam kereta. Kalau ikutkan hati, dia tidak kisah menemani ibu mertuanya membeli barang. Namun, keinginannya untuk menemani Datin Sofea masuk ke dalam kedai runcit terbatal kerana Datin Sofea meminta dia dan Zayyan hanya menunggu didalam kereta sahaja.
" Banyak mama beli." tanya Amna.
" Banyaklah jugak sebab malam ni mama nak masak rendang ayam."
" Nanti Amna tolong mama masak."
" Boleh. Mama lagi suka kalau Amna tolong mama masak. Nanti kalau mama dah takde senang Amna nak masak untuk Zayyan."
" Kenapa mama cakap macam ni?" tanya Amna dengan nada sedih. Jarinya mula melingkari bahu Datin Sofea lalu dipeluknya erat.
" Mama ni dah tua. Sampai masa nanti mama akan pergi juga kan."
" Ma... janganlah cakap macamtu. Kalau abang Zayyan dengar, tentu dia sedih. Amna dan abang masih perlukan mama."
Datin Sofea hanya tersenyum. Sebaik sahaja Zayyan muncul, mereka mengakhiri perbualan yang agak menyentuh hati. Barang yang dibeli tadi disusun rapi dibahagian boot kereta. Datin Sofea, Mak Piah dan Amna sudah pun duduk ditempat duduk kereta. Hanya menunggu Zayyan memulakan pemanduan.
Sebaik sahaja sampai dirumah, Zayyan mengeluarkan barang-barang yang dibeli dan diletakkan diatas meja dapur. Amna dan Mak Piah mula menyusun dan meletakkan barang-barang tersebut ditempat yang sepatutnya. Datin Sofea pulak terus naik ke atas untuk bertukar pakaian. Dia lebih selesa mengenakan baju kurung sahaja bila berada dirumah.
Selepas selesai mengeluarkan barang-barang tadi, Zayyan melabuhkan punggungnya diatas sofa empuk diruang tamu. Tangannya pulak tidak lepas memegang telefon.
" Abang !" Amna memanggil Zayyan secara berbisik.
Zayyan agak terkejut dengan kelakuan Amna yang seolah-olah menghendap.
" Ape bisik-bisik ni ?" tanya Zayyan. 'Kacau jer !' getus Zayyan dalam hati .
" Kita cakap kat mama nak pergi honeymoon esok. Mama nampak sedih je dari tadi."
" Ishh ! Kenapa tak awak je yang cakap. Awk yang beria sangat kan ! Cakap lah dengan mama. Kalaupun saya setuju nak honeymoon dengan awak, bukan bererti saya suka dengan awak ! Faham !?"
" Tadi elok je. Tiba-tiba je moody. Tadi cakap ikut suka saya. Dahlah. Nanti saya je yang cakap dengan mama. Kalau bawa abang tanya sekali pun bukannya abang nak. Cakap pun macam nak telan orang." Amna berlalu pergi. Sungguh dia tidak faham dengan sikap suaminya yang sering berubah hati. Sekejap okay ! Sekejap moody ! Sekejap sweet ! Sekejap angin satu badan ! Macam ni lah nasib bila kahwin dengan orang yang agak berumur. Selalu naik angin tak tentu pasal.
Amna mengatur langkah menaiki tangga. Langkahnya terhenti betul-betul didepan pintu kamar Datin Sofea. Amna mengetuk pintu beberapa kali sebelum Datin Sofea membenarkannya masuk.
" Ma.. Amna ada something nak bagitau." Amna hanya menjengukkan kepala sambil diiringi dengan sebaris senyuman.
" Kalau ye pun, masuk lah dulu." Datin Sofea menepuk-nepuk birai katil memberi isyarat supaya Amna duduk disebelahnya. Perlahan-lahan kaki Amna dilangkahkan dan duduk menyebelahi Datin Sofea.
" Nak bagitau apa ? Mama agak mesti perkara penting kan ?" teka Datin Sofea.
" Errmm.. Penting jugak lah. Amna dengan abang dah bincang. Kita orang nak pergi honeymoon."
" Wow ! Good idea sayang ! Mama suka. Itu yang mama harapkan. Mama bukan apa. Mama nak Amna dengan Zayyan dapat kenal antara satu sama lain. Amna kena usaha buat Zayyan lupakan kisah sedih dia." Datin Sofea meraup wajah tanda syukur.
" Amna tak janji dapat buat abang lupakan semua kisah sedih dia tapi Amna akan usaha ma. Mama tau kan abang macam mana."
" Mama tau sayang. Amna sabar je lah dengan perangai Zayyan. Ni dah ada tempat nak pergi ke ?"
" Kalau boleh nak pergi kat Cherating je. Banyak aktiviti boleh buat kat sana." jelas Amna gembira. Berbulan madu itu diibaratkan sebagai satu bonus untuk makan angin buat Amna.
" Bagus lah kalau dah ada tempat nak pergi. Bila nak pergi ?" soal Datin Sofea inginkan kepastian.
" Ermm. Tak tau lagi ma. Abang pun belum bagitau lagi bila dia ada masa nak pergi."
" Nanti kalau dah set masa yang sesuai, bagitau mama. Kalau papa ada, tentu dia happy dapat tengok Amna dengan Zayyan dah kahwin. Itu impian dia dari dulu lagi. Tapi, masa tu umur Amna masih muda. Sebab tu dia tulis dalam wasiat supaya kamu berdua disatukan."
Amna tersenyum. Dia redha jodohnya dengan Zayyan. Dalam banyak wanita diluar sana, hanya dia yang terpilih untuk menjadi pendamping Zayyan. Dia kagum dengan persahabatan papanya dengan arwah bapa mertuanya. Persahabatan yang membawa kepada penyatuan silaturahim dua buah keluarga.

YOU ARE READING
Suamiku Si Duda Bengis
RomancePerkahwinan Amna Safiyyah dan Muhammad Ariq Zayyan tidak pernah diduga. Perkahwinan mereka merupakan wasiat terakhir Dato' Johan yang harus ditunaikan demi menghormati erti sebuah persahabatan. Ketika itu Amna Safiyyah baru sahaja berusia 20 tahun m...