Bab 11

10.9K 231 2
                                    

Hujan renyai-renyai di kediaman apartment mewah Tengku Diyana Awliya membataskannya untuk kemana-mana pada hari itu. Jari digenggam erat. Sekeping gambar direnyuk dan dibuang ke dalam tong sampah. Sakit hatinya tak terkata. Natasha yang sedari tadi duduk memerhati sahaja tingkah sahabat baiknya lantas bangun menhampiri Diyana.

"Babe.. I rasa you kena berhadapan dengan Ariq. Pastikan dulu. Mana tau ni hanya gambar edit ke." Natasha bersuara memujuk Diyana. Dia sudah masak dengan perangai sahabat baiknya itu.

"You nak suruh I tunjukkan muka I depan Ariq ?! And tanya dia pasal gambar mengarut ni ?! You ingat Ariq tu suka ke tengok muka I lepas apa yang dah jadi sebelum ni ?!"

"I tau babe. Tapi kalau I lah. I move on je. Bagus juga kalau betul dia dah kahwin. Cantik jugak wife baru dia. Nampak jauh lebih muda."

"You sengaja nak sakitkan hati I ke Sha ?!" Diyana mengalihkan pandangannya kepada Natasha dengan pandangan geram dan menahan amarah yang memang sudah berbekas dalam hatinya.

"Tak ! I cuma cakap apa yang betul. Look ! Kalau dia dah kahwin pun, itu hak dia babe ! Korang dah takde jodoh, nak buat macam mana kan. Biarlah dia dengan hidup dia. Lupakan dia. Kalau you masih dengan dia pun, bukannya you nak layan dia baik-baik. You biarkan dia hidup sorang-sorang. Makan pakai dia you tak pernah ambik peduli. Ada wife macam takde wife."

"Natasha !! Kalau you datang sini setakat nak sakitkan hati I, lebih baik you keluar ! Get out !!" bentak Diyana. Hatinya semakin sakit setelah mendengar kata-kata Natasha. Bukan nak menyenangkan hati malah makin menyakitkan hatinya yang sememangnya sudah pun sakit !

"As you want babe ! I balik dulu. Sorry kalau apa I cakap tadi buat you terasa hati !"
Natasha mencapai beg tangannya dan meninggalkan Diyana.

Pintu dikuak kuat. Sakit hatinya dihalau Diyana sedangkan apa yang dia luahkan tadi semuanya betul. Sebaik sahaja sampai diruangan parkir, pintu kereta dibuka dan beg tangannya dihempas kuat. Bukan sekali Diyana memperlakukannya seperti itu. Dihalau bila tidak diperlukan.

'Ingat kau bagus sangat ! Suka hati jer halau aku ! Patutlah kena tinggal dengan si Ariq tu ! Memang padan muka !' getus hatinya. Ditekan pedal minyak dan keretanya menderu laju meninggalkan perkarangan apartment mewah Diyana. Kalau ikutkan hati, nak saja dia tunjal-tunjal muka si Diyana tapi mengenangkan Diyana banyak membantunya dalam bisnes kosmetik jenama sendiri yang dia sedang usahakan sekarang ni, menjadikannya seperti lembu dicucuk hidung. Menurut sahaja kehendak Diyana dan ditahankan saja perasaan bila kena herdik dan dihina oleh Diyana.

Diyana mencapai telefonnya. Hatinya yang sakit masih berbekas. Foto pernikahan Ariq Zayyan dan Amna Safiyyah membuatkan hatinya menjadi semakin sakit. Selepas dua tahun bercerai ternyata Zayyan memilih Amna sebagai gantinya. Begitu mudah Zayyan melupakannya sedangkan dia merana menunggu masa yang sesuai untuk meraih kembali cinta Zayyan. Dua tahun dia menahan diri daripada bersua muka dengan Zayyan supaya lelaki itu dapat melupakan sejarah hitam yang pernah meragut rasa cinta Zayyan terhadapnya.

'I takkan mengalah Ariq ! I akan tuai semula rasa cinta you ! I akan pastikan hidup you takkan bahagia dengan mana-mana perempuan selain dari I ! Hanya I yang berhak dapat cinta you ! I akan kembali sayang ! I akan tebus balik apa yang pernah I ragut dari you ! I takkan biarkan hati you sakit lagi sebab I ! I akan rampas balik you dari perempuan tu ! I tahu you masih tunggu I kembali pada you !' Diyana meraup wajahnya. Airmata memenuhi tubir matanya. Tidak sanggup hatinya melihat lelaki dicintai berbahagia bersama wanita lain.

***
Zayyan dan Daniel sampai juga ke tempat yang ditujui. Mereka berjalan seiringan masuk ke dalam bangunan yang tersergam indah. Sebaik sahaja masuk ke dalam pejabat, Zayyan meminta beberapa fail yang perlu dia semak sepanjang tempoh bercuti daripada setiausahanya Puan Rubiah @ Ruby. Daniel pula masuk ke dalam pejabatnya sendiri untuk menyemak projek yang diuruskannya di Indonesia beberapa hari lepas.

Tok !! Tok !!

"Come in Ruby !"

"Tuan Ariq! Ni semua fail yang perlu tuan semak." Ruby menghulurkan beberapa fail kepada Zayyan.

Zayyan menyemak satu persatu isi fail tersebut dengan teliti.

"How's your wedding, sir?" soal Ruby memecah kesunyian ruangan pejabat tersebut.

"Hurmm. Berjalan lancar Ruby. Sorry sebab tak jemput awak untuk majlis akad nikah saya. Saya buat majlis tertutup." jelas Zayyan.

"It's okay sir. Congratulations for your wedding."

"Thanks Ruby.. Maybe dalam seminggu ni saya tak masuk ofis. Kalau ada apa-apa nanti, awak boleh call saya. Semua urusan syarikat yang perlu kelulusan dari saya, awak boleh rujuk dekat Daniel. Dia akan handle syarikat buat sementara waktu. Ermm.. sebelum pukul 10 nanti saya nak awak bagitau semua staff.. kita buat urgent meeting.."

"Okay. Is there anything else sir ?"

"No. Awak dah boleh pergi sekarang. Jangan lupa bagitau kat staff kita ada urgent meeting pukul 10 ni." pesan Zayyan untuk mengingatkan setiausahanya.

"Okay sir." Ruby menghayun langkah keluar dari pejabat Zayyan.

Sebaik sahaja Ruby keluar dari pejabatnya, Daniel pulak muncul dengan membawa beberapa fail.

"Ni semua projek yang aku handle kat Indonesia hari tu. Kau semak dulu." Daniel menghulurkan fail tersebut kepada Zayyan.

"Macam mana sepanjang kau kat sana ? Aku rasa kau kena buat pemantau kat sana dengan lebih kerap lagi. Ni tak cukup untuk pastikan semua urusan kat sana berjalan lancar." jelas Zayyan.

"Kenapa ? Kau rasa ada yang tak kena dengan projek kita kat sana?" soal Daniel. Dia tahu Zayyan bukan jenis yang sambil lewa semasa bekerja. Apalagi jika terdapat projek besai yang menelan perbelanjaan berjuta ringgit. Dia akan pastikan projek itu siap sepenuhnya.

"Tak lah. Cuma sekarang ni kena banyak hati-hati bila nak handle satu projek yang besar. Aku cuma percaya kau sorang je. Yang lain belum tentu boleh dipercayai. Projek tak siap tapi duit syarikat banyak lesap. Banyak yang aku tengok sekarang ni kes songlap duit syarikat."

"So, lepas ni aku kena selalu ulang alik ke Indonesia ke ?"

"Yup ! Itu yang seharusnya. Mana tau kau dapat jumpa jodoh kat sana. Cawangan kat sana aku serahkan kat kau sepenuhnya. Projek resort yang kau uruskan kat sana kau kena handle baik-baik. Aku percaya kau bro. Ni semua amanah dari arwah papa. Kau kena balancekan berapa perbelanjaan yang syarikat kena keluarkan dan berapa untung yang syarikat kita dapat kalau projek ni siap. "

"Thanks Yan sebab percaya aku dan layan aku macam saudara kandung kau. Buat masa ni projek tu baru 60% siap. Aku yakin kalau dah siap sepenuhnya, ni akan bawa keuntungan besar buat syarikat kita."

"Sebab tu aku nak kau handle baik-baik."

"Inshaallah Yan. Aku akan handle baik-baik projek ni. Kau jangan risaulah. Kau fokus je pada honeymoon kau esok."Daniel cuba menyakat sahabat baiknya. Zayyan hanya mampu senyum.

"Dah lah. Pukul 10 nanti kita ada urgent meeting. Kau pergi siapkan apa yang patut." Zayyan cuba mengelak dari terus menjadi bahan gurauan si Daniel. Dia sudah masak dengan perangai Daniel yang suka menyakat.

**to be continue**
**please vote**
SUAMIKU SI DUDA BENGIS

Suamiku Si Duda BengisWhere stories live. Discover now