[A/N : Vote dengan ikhlas Komen benda yang membuatkan author semangat untuk buat next chap. Jangan asyik tulis 'next chap please'. Follow Author sekali.]
"MEMANDANGKAN kau tak buka mulut. Mungkin ada cari lain kan bibik?" Senyum sinis terhias dibibir Hanie. Badan dibongkokkan sedikit. Jari telunjuk menekan kuat pipi bibik yang lebam dan perkara itu menyebabkan satu jeritan kecil mengaduh sakit.
"Sakit ke huh?" Tanya Hanie berpura-pura risau. Bibik yang bernama Syariya mengalirkan air mata secara tiba tiba.
"Kenapa kau nangis?" Hanie mendengus kasar. Badannya ditegakkan semula. Mata tajam memandang ke arah Syariya.
"Aku... " Syariya membuka mulut, berura-ura ingin mengatakan sesuatu yang amat penting namun cepat dia tersedar. Tersedar akan sesuatu.
Hanie menanti.
"Kau nak apa?" Tanya Syariya sedikit kasar. Kepala mendongak memandang dan membalas renungan tajam Hanie.
"Hebat soalan kau, Syariya." Hanie ketawa sinis.
"Aku tahulah kau bodoh. Tapi jangan lah tunjuk sangat. Kau dihantar oleh siapa?" Malas nak berkias. Just straight to the point.
"Aku cari k-kerja. Aku takda duit. Aku dah cari seluruh job yang ada tapi ini aje yang aku dapat. Itupun mendesak." Well. Penipu tetap penipu.
Rayyan yang sudah lama berdiam diri itu tersenyum sinis. Dia bukan tak mahu masuk campur,cuma gadis bernama Hanie mahu mengambil alih pula. Dia hendak melihat bagaimana Hanie meng'ajar'.
Cari kerja apanya. Siap nak gugurkan kandungan orang. Kerja membunuh ke? Membunuh dalam diam.
"Cari duit untuk siapa? Keluarga? Abang? Akak? Ayah? atau.." Hanie makin bersuka ria apabila melihat wajah Syariya yang mati kutu dan sedikit pucat.
"Emak?" Tekaan Hanie membuatkan wajah Syariya semakin pucat.
Oh. That's the reason?
"Kenapa diaorang kaitkan dengan keluarga kau? Kotor juga ek cara diaorang main. " Tanpa berfikir panjang, ayat itu meluncur laju keluar daripada mulut Hanie. Dingin nadanya.
Syariya terkejut. Tidak sangka secepat itu gadis itu tahu.
Syariya diam.
Hanie mengeluh kasar. Cara girl to girl kalau jalan sekalipun tak akan pernah ada tanda-tanda gadis itu akan membuka mulut. But now I got her weak side. It's her mom.
"Mak kau ada dengan diaorang ke?"
Syariya menggeleng.
"Tapi ada mata mata anak buah dia perhatikan mak aku." Bergetar-getar bibirnya ketika berkata. Syariya sebak. Kesian ibunya. Tidak terlibat pun menjadi mangsa. Tubir mata Syariya terasa panas. Terkenang nasib ibunya yang tulus dan tidak bersalah. Serta merta air mata yang jernih meluncur laju jatuh ke pipi terus menitik ke atas seluar.
Kenapa mereka buat nasib keluarga aku macam ni. Kenapa aku? Kenapa keluarga aku juga korang nak?! Kenapa?! Aku benci korang semua. Mak aku tak bersalah dalam hal ini. Kenapa keluarga yang miskin tak berduit ni juga korang libatkan!? Terbit rasa rindu pada ibuku. Ibu...ibu sihat? Maafkan Yaya, ibu. Rintih Syariya di dalam hati.
"Jangan nangis." Arah Hanie dingin.Ada getaran di situ. Dia memandang ke tempat lain.
Kadang-kadang dia sebagai wanita pun terasa sedih dengan nasib Syariya. Dia kasar bersebab. Dia keras bersebab. Dia membunuh bersebab.
YOU ARE READING
My Favourite Mafia!
Romance[EDITING] Rayyan Christ seorang yang paling digeruni di dunia mafianya .bertemu dengan sepupu kakak iparnya memberikan dia 1001 persolan pada dirinya. Hanie Roselet sepupu kepada Diana. Seorang gadis yang penuh misteri. "Who's she?" Rayyan s...