Bab 1

19.6K 572 12
                                    

Derapan langkah seorang lelaki memasuki ke dalam tempat yang dipenuhi manusia lalai yang diselubungi aura dingin milik lelaki itu mampu membuat orang ramai tunduk dan takut untuk memandang. Suasana di kelab itu menjadi hening. Ramai yang tertoleh untuk memandang lelaki itu. Tidak mampu menafikan kekacakan dan karisma yang lelaki itu ada.

Cukup dengan pelbagai pakej namun lelaki itu langsung tidak menoleh apatah lagi menegur semua perempuan yang mendampingi dia. Mahu dilabelkan sombong takut nyawa mereka berada di dalam genggaman si jejaka misteri itu dalam sekelip mata sahaja.

Dia lelaki berbahaya, misteri, pendiam dan penuh muslihat di bawah lengan bajunya. Lelaki itu memerhati sekeliling. Serentak itu, semua pelanggan di dalam kelab melarikan pandangan. Tiada siapa berani menentang mata kosong, dingin lelaki misteri tersebut.

Dia berjalan mendekati bilik persendiriannya di kelab kepunyaannya itu. Ya, betul! Siapa yang tidak mengenalinya di dunia gelap, seorang ketua mafia yg digeruni semua. Setiap kali dia jatuhkan pandangannya pada sesuatu, serta merta menjadi haknya. Selamanya.

Sebut sahaja namanya membuatkn ramai orang kecut perut. Seorang yang ganas dan tidak boleh ditipu sesiapa atau nahas orang yang cuba mencari helah pada dirinya. Pantang jikalau seseorang mengingkari arahannya.

Pintu besar berwarna hitam ditolak oleh pengawal yang bertugas dihadapan bilik tersebut, memberi laluan kepada Tuan lalu menunduk hormat. Lelaki itu terus melangkah masuk ke dalam bilik.

Seramai tiga orang berdiri ditegak di tengah-tengah bilik, mereka juga turut menunggu kehadiran tuan mereka. Ketiga-tiga manusia sado di situ berkhidmat kepada Tuannya. Apabila Tuan memandang wajah mereka sekilas, tangkas mereka mengundur setapak kebelakang lalu menunduk hormat. Dibelakang almari champagne tanpa Rayyan sedar, terdapat seorang wanita dia memerhati tindak tanduk mereka.

Tuan melabuhkan punggungnya di kerusi mewah yang disediakan di dalam bilik khasnya dengan perlahan. Setiap wajah anak buahnya dipandang serius. Mereka tunduk memandang lantai. Gerun kecuali bagi seseorang.

"Macam mana dengan bisnes?" Tuan bertanya sambil memandang anak buahnya yang berada di tengah-tengah.

"Semua berjalan dengn lancar Tuan Rayyan." Jawab Edith ringkas. Cukup hanya dia telah menjalankan tugasnya. Edith Roselet, menjaga bisnes ketika Tuan Rayyan tiada.

Tuan mereka dan lelaki misteri yang disebutkan ialah Rayyan Christ. Dingin, misteri, pendiam dan sombong. Aura hitam yang lelaki itu ada terlalu kuat sehinggakan setiap kali manusia umum mendekatinya pasti akan terpelecok.

"Konco-konco Dato ada kacau tempat kita lagi?" Mata Rayyan jatuh ke arah anak buahnya yang berada di sebelah kiri Edith iaitu Mexi Hurlet. Mexi Hurlet bertugas di kawasan dibahagian timur manakala Nate Caprice dibahagian barat.

"Tak ada tuan, lepas kita serang mereka, mereka sudah tak kacau kita lagi." Jawabnya yakin.

"Bagus." Rayyan bangun lalu terus berlalu keluar dari bilik itu, mahu menuju ke keretanya. Pengawal pantas menunduk hormat.

"I should go home." Gumamnya perlahan.

Walaupun dia pemilik tempat itu dia masih tidak suka dengan suasananya yang amat bising .Jangan ingat mafia suka je tempat macam ni!

Memang dia digeruni di dunia mafia tetapi musuh sentiasa Ada dimana mana. Antaranya ialah Dato Raziq, dia adalah musuh paling ketat Rayyan kerana berani cuba menentangnya. Bukan mudah untuk menumpaskan lelaki bernama Rayyan. Otaknya licik dan bergeliga bijak mengatur strategi.

 Otaknya licik dan bergeliga bijak mengatur strategi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
My Favourite Mafia! Where stories live. Discover now