KANG DANIEL I Part 1

306 19 6
                                    

"Hmm tak apalah awak, lagipun awak dah balik sini minggu lepas. Saya risau kalau awak balik sini dengan keadaan awak tak sihat. Macam- macam boleh jadi." Ujar Hyejin kepada suaminya di dalam talian.

"Sorry again sayang. Next week saya usahakan balik jumpa awak ya. I already miss you so much." Ucap Daniel ikhlas.

Hyejin tersenyum mendengar. Perutnya yang mula membentuk diusap.

"I miss you too. Awak saya kena letak dulu, Makcik Soon panggil ni."

"Okay. Take care sayang. I love you."

"I love you too." Hyejin menamatkan panggilan. Tersenyum dia. Mungkin Daniel demam kerana mendapat alahan isteri mengandung rasanya. Hyejin masih lagi belum khabarkan berita gembira ini kepada siapa- siapa. Dia ada rancangannya sendiri untuk memberi kejutan kepada suaminya.

"Kita jumpa daddy tak lama lagi ya sayang." Diusap penuh sayang perutnya merasai zuriat Daniel yang sedang membentuk.

Teringatkan Makcik Soon yang memanggilnya di luar, terus Hyejin bergegas mendapatkan wanita separuh umur itu.

"Sorry Makcik Soon. Daniel call tadi. Tak berapa dengar makcik panggil." Ujar Hyejin.

Makcik Soon mengangguk faham. Diserahkan mangkuk yang berisi makanan kepadanya.

"Susah je makcik ni. Banyak pula tu. Takut tak terhabis saya makan sorang- sorang ni." Ujar Hyejin. Makcik Soon memang kerap memberinya makanan pada setiap hujung minggu. Selalunya anak- anaknya balik sebab itu dia masak lebih.

"Tak adalah susah mana pun. Lagipun Taeyong dengan wife dia balik sini petang ni, makcik masaklah sikit makanan kegemaran dia." Ujar Makcik Soon.

Untungnya Taeyong dapat mak yang prihatin macam makcik Soon ni. Desis hati Hyejin.

"Hah dahlah masuk. Panas ni. Jangan lupa makan ya." Pesan Makcik Soon sebelum beredar.

"Okay. Terima kasih." Ucap Hyejin sebelum melangkah masuk kedalam rumah semula.

Macam biasa pintu dan pagar dikunci rapat. Pesanan yang selalu diingatkan Daniel tak pernah Hyejin lupa.

"Nanti saya balik Busan, duduk rumah sorang- sorang hati- hati. Saya risau tinggalkan buah hati saya sorang ni." Pipi Hyejin diusap sayang.

"Yelah saya tahu. Selama ni saya duduk okay je."

"Dulu awak duduk dengan family awak. Sekarang ni awak dah kahwin sayang. Ingat tu. Sebab tu saya ni macam berat sangat hati nak pergi tinggalkan awak sorang- sorang. Saya ajak awak ikut saya taknak pula." Ujar Daniel penuh risau. Puas dipujuk tetapi Hyejin tetap berkeras nak duduk Seoul juga. Terpaksalah Daniel pergi meninggalkan isteri.

"Jangan risaulah sayang. Saya boleh jaga diri saya. I'm promise." Hyejin berjanji untuk menyedapkan hati suaminya.

"Hmm okay. But jangan keluar saja- saja. Dekat depan beranda tu pun tak boleh. Balik je dari mana- mana terus masuk rumah kunci semua."

"Yelah buah hati. Saya tak lupa." Ujar Hyejin.

Masuk sahaja dalam rumah terus Hyejin mengambil pinggan kosong. Makanan yang diberi Makcik Soon membuatkan dia terliur sekali.

Nyum... Nyum..

Dia mula menjamah dengan penuh selera. Mummy lapar, baby pun lapar juga.

🌈🌈🌈

"Mummy janji ya jangan bagitahu Daniel." Ujar Hyejin berharap mummynya tidak membongkarkan rahsianya.

"Yelah mummy janji." Jawab mummy selepas diugut anaknya. Nasiblah anak.

"Habistu bila nak pergi?"

"Malam ni flightnya." Jawab Hyejin.

Tercengang mummy dibuatnya.

"Harini pergi, harini juga baru bagitahu. Hey kamu ni Hyejin, buat mummy risau jelah." Mummy menggelengkan kepalanya. Pening melihat perangai Hyejin yang suka berbuat apa- apa tanpa berbincang dahulu.

"Hati dah tak sabar mummy, sebab tu semua lupa. Sorry mummy." Hyejin tersenyum.

"Hm yelah. Pergi naik apa?"

"Inilah sebenarnya nak cakap ni."

Mummy yang seperti faham apa yang dimaksudkan anakya itu terus menganggukkan kepalanya.

"Thank you mummy. I love you so much." Terus tubuh mummynya didakap.

Sajalah tu nak minta simpati. Mummy mencebik.

🌈🌈🌈

Bersambung...


New story😍

So macam mana story yg lepas, okay? Kalau ada yang kurang boleh je bagitahu. In Shaa Allah saya perbaiki sedikit demi sedikit😊

Sorry for late update sebab saya tak berapa sihat😌😭

Thank you for your support. Love you💓

[COMPLETED] LOVE STORY : COLLECTIONSWhere stories live. Discover now