CHANGKYUN (I.M) I PART 6

87 3 3
                                    

Pintu rumah yang dibuka dari luar dipandang. Terkejut Daehyun dengan kehadiran Changkyun secara tiba- tiba sekali lagi.

Daehyun bangun menghampiri lelaki itu.

"Awak buat apa dekat sini?" Soal Daehyun tegas.

Tangan Changkyun yang cuba ingin menyentuh dahinya ditepis.

"Jangan sentuh saya Kyun." Tersentak Changkyun dibuatnya. Kecewa dia tetapi dia tepis perasaan itu cepat.

"Baliklah Kyun, nanti apa pula kata family mertua awak."

Berkerut dahi Changkyun. Family mertua siapa yang dimaksudkan Daehyun.

"Family mertua siapa?"

"Awaklah. Awakkan dah ada kekasih. Apa pula kata dia nanti."

Tergelak Changkyun mendengarnya.

Daehyun terus duduk di sofa membiarkan Changkyun berdiri sahaja dihadapan pintu rumah.

"Taknak ajak saya duduk."

Daehyun menoleh kearah Changkyun. Panggilannya mula berubah.

"Dae."

Lelaki itu memanggil. Daehyun menggumam halus.

"Dah tak nak pikat hati saya semula ke?" Ujar Changkyun.

Hari yang baru, permulaan yang baru.

"Buat apa saya nak pikat awak. Awak dah bahagia dah pun."

"Siapa cakap saya bahagia?" Tangan Daehyun dicapai dan diusapnya sayang.

"Perbuatan awak menunjukkan segalanya. Saya memang tak layak. Gadis tu lebih layak berbanding saya. Lagipun saya dah move on, saya tak mahu dah terhegeh- hegeh lagi pada yang tak sudi." Terus Daehyun bangun dan meninggalkan Changkyun di ruang tamu.

Changkyun mengeluh memandang kepergian Daehyun.

🌈🌈🌈

"Muram je I tengok you ni Kyun."

Changkyun mengeluh mendengar teguran Sunny.

"Mana tak muram, orang nak perbaiki hubungan tapi dia pula nak move on."

"Siapa? Daehyun?"

Lambat- lambat Changkyun mengangguk.

Sunny mengambil tempat dihadapannya.

"I think dia cemburu dengan kita
kot."

"Cemburu? Kenapa perlu cemburu? Dia dengan you tak pernah kenal
lagi."

"Yelah, sebabtu dia cemburu. Cuba kalau you kenalkan dia dengan I, confirm dia tak akan salah anggap lagi."

Changkyun mengusutkan rambutnya. Sudahlah kerja di pejabat banyak yang tertangguh. Mujurlah ada Jimin yang boleh tolong dia untuk sementara waktu sebelum lelaki itu bercuti panjang untuk persediaan perkahwinan tidak lama lagi.

"I think biar I jumpa dia lah."

Membulat mata Changkyun mendengarnya.

"Are you serious?"

"Yes, cepat kita settle cepatlah you bahagia. Lagipun I taknak lah dilabel kekasih you. Siapa je nak dengan you ni." Gurau Sunny dihujung ayatnya.

Changkyun sudah menjelingnya tajam.

"Eleh jangan sampai I sendiri yang bocorkan rahsia you sebelum you dengan Ken."

"Rahsia apa?" Soal Sunny cuak. Tu lah menyakat orang kan dah kena.

[COMPLETED] LOVE STORY : COLLECTIONSWhere stories live. Discover now