KANG DANIEL I Part 5

220 19 1
                                    

"Mirae!" Mirae yang kenal dengan suara panggilan itu lambat- lambat menoleh. Wajah Hyejin yang tidak jauh darinya dipandang.

Hyejin menghampiri.

"Ya akak." Takut- takut dia bersuara.

"Akak nak minta maaf ya sebab salah faham dengan Mirae." Mirae mengerutkan dahinya tanda tidak faham.

"Maksud akak?"

"Akak ingatkan awak ada affair dengan husband akak, tapi akak silap. Awak cuma tolong dia waktu dia hampir jatuh pengsan."

Mirae mula faham sebab Hyejin menjauhkan diri darinya.

"Itu husband akak?"

"Ya. Terima kasih ya. Akak minta maaf sangat- sangat."

"Sama- sama. Saya ingatkan sebab apalah akak cuba jauhkan diri dari saya. Rupanya pasal ni. Saya pun nak minta maaf juga sebab sentuh laki akak." Mirae meminta maaf.

"Tak apa. Niat awak baik. Akak faham." Hyejin melemparkan senyuman.

"Akak balik dulu lah. Nanti kita jumpa lagi." Hyejin meminta diri untuk beredar.

🌈🌈🌈

Terkejut Hyejin dibuatnya apabila melihat kotak hadiah yang dia ingin bagi pada Daniel sudah berada di tangan lelaki itu.

Semuanya sudah terbongkar. Daniel sudah nampak pregnancy test yang Hyejin letakkan didalam kotak berbalut cantik itu.

"Sampai bila nak sorok anak dalam kandungan tu?" Tanya Daniel tegas. Hyejin menunduk.

Seminggu mogok bercakap dengan Daniel sampai lupa dia ingin memberi tahu tentang kejutan itu.

"Sampai bila nak sorok Hyejin!" Makin meninggi suara Daniel.

"Saya nak bagitahu tapi saya lupa." Jawab Hyejin takut- takut.

Daniel mendesis.

"Benda penting macam ni pun boleh lupa nak bagitahu. Kalau ada apa- apa berlaku macam mana!"

Hyejin tahan air mata. Sensitif hatinya apabila Daniel berkeras dengannya.

"Sorry." Perlahan Hyejin bersuara.

Hanya itu sahaja yang mampu dia bersuara melihatkan ketegangan yang sedang berlaku.

Daniel makan hati. Terus kotak hadiah dicampak ke lantai bersama pregnancy test. Terkedu Hyejin dibuatnya. Dia menangis teresak- esak.

🌈🌈🌈

Daniel meraup mukanya. Rambutnya dikuak kasar. Dia tak berniat langsung untuk memarahi Hyejin. Dia cuma terkilan kerana Hyejin cuba ingin merahsiakan kandungannya. Zuriatnya.

Pregnancy test dan bekas hadiah yang masih belum dikutip dicapai. Daniel melihat dengan sebuah senyuman. Dia gembira. Hanya tuhan sahaja yang tahu macam mana gembiranya hati dia.

Wajah Hyejin yang sedang lena dan pregnancy test dipandang silih berganti. Daniel bersyukur.

Dia cuba ketepikan rasa marahnya.

Punggungnya dilabuhkan disebelah Hyejin yang nenyak tidur. Rambut hitam lebat itu diusap sayang. Bibirnya bertemu dengan dahi Hyejin.

"I'm sorry sayang." Ucal Daniel. Tangannya mula melingkar di pinggang Daniel.

🌈🌈🌈

Sedar- sedar sahaja Daniel tiada di sebelah. Awal- awal lagi dia sudah ke tempat kerja.

Hyejin bangun membersihkan diri. Perutnya yang lapar perlu diisi segera.

Dia melangkah ke dapur. Pelik dia melihat ada tudung saji di atas meja. Tangannya terus membuka.

Ada nasi goreng bersama susu segar dan diselitkan sehelai kertas yang bertulisan.

Morning sayang.

I'm sorry. Saya tak sepatutnya marahkan awak petang semalam. Silap saya. Awak tak makan lagi dari malam semalam, jadinya saya buatkan awak nasi goreng ni. Minum susu sampai habis biar ada tenaga sikit. I love you❤ Saya jumpa awak petang nanti.

Your husband.

Hyejin tersenyum. Sekurang- kurangnya dia tahu Daniel tidak memarahinya lagi.

Nasi goreng yang dimasak Daniel dipandang penuh berselera. Sudu dicapai dan dia mula menjamu selera.

🌈🌈🌈

Mendengar sahaja pintu pagar dibuka terus Hyejin meluru kehadapan. Dia tak sabar nak jumpa Daniel.

Terkejut Daniel dibuatnya apabila Hyejin mula menerpa kearahnya. Hyejin memeluknya erat dan Daniel membiarkan perbuatan isterinya. Dia mula membalas pelukan hangat isterinya.

"I'm sorry." Hyejin bersuara perlahan. Dia masih lagi rasa bersalah.

Daniel tersenyum. Dia  bukan jenis suka marah lama- lama.

"Saya dah maafkan. Awak tak ada salah pun. Yang penting janji dengan saya jaga baby ni baik- baik." Daniel lepaskan pelukan. Pipi Hyejin ditekup dengan tangannya.

"Okay saya janji." Hyejin berjanji. Senyuman penuh manja ditayangkan.

"Awak saya laparlah. Boleh tak kita keluar makan." Ujar Hyejin.

"Lapar? Nasi goreng saya masak dah habis?"

"Dah. Tapi lapar lagi. Boleh tak?"

"Ya boleh." Jawab Daniel. Tersenyum Hyejin.

"Okay awak pergi mandi siap- siap dulu. Nanti saya sediakan baju awak." Daniel mengangguk melihat telatah isterinya. Alahai makin manja masa mengandung ni.

Daniel mula melangkah ke bilik. Tetapi langkahnya terhenti apabila suara Hyejin memanggil.

"I love you." Daniel tersenyum. Dia berpatah balik dan kembali mendapatkan isterinya.

Terus tubuh kecil Hyejin didukung. Secara spontan, tangan Hyejin mula melingkar di leher Daniel.

"I love you too sayang." Balas Daniel. Ubun- ubun isterinya dicium sayang. Kasih dia pada Hyejin tidak akan pernah kurang.

🌈🌈🌈

THE END

[COMPLETED] LOVE STORY : COLLECTIONSWhere stories live. Discover now