KANG DANIEL I Part 2

211 13 0
                                    

Hyejin memandang kertas yang tertulis alamat rumah Daniel.

"Betul lah ni kot." Kertas itu dilipat dan diletakkan kembali didalam beg tangannya. Bagasinya ditarik.

Hyejin memulas tombol pintu.

"Cuainya awak sayang." Tergeleng dia dibuatnya apabila pintu rumah Daniel tidak dikunci.

Dengan langkah yang perlahan, Hyejin masuk kedalam rumah yang serba mewah itu.

Hyejin terus meluru ke bilik. Dia perlu mencari buah hati dia.

Senyap. Kepalanya dijengulkan kedalam. Dapat dia lihat Daniel sedang berselubung didalam selimut.

"Sayang.." Tubuh Daniel dihampiri.

Hyejin duduk di birai katil menghadap Daniel. Tangannya terus melekap pada dahi Daniel.

Panas.

Kalini tangannya beralih ke leher Daniel. Sangat panas.

Terus Hyejin meluru ke bilik air untuk mengambil bekas yang diisi air suam. Tuala kecil dicapai sekali.

Dengan penuh sayang, Hyejin mula mengelap serata wajah Daniel dengan air suam.

Daniel yang mamai mula membuka matanya apabila terasa mukanya basah. Baru sahaja dia ingin duduk, tubuhnya ditolak untuk berbaring semula.

"Jangan bangun." Ujar Hyejin tegas.

Hyejin meneruskan kerjanya. Tubuh Daniel juga dilap untuk menghilangkan rasa panas. Setelah selesai, diletakkan bekas itu ditepi meja.

"Kenapa datang tak bagitahu?" Soal Daniel. Suara dia kedengaran serak.

"Suprise." Ujar Hyejin teruja. Tangan Daniel dipegang. Terlepas juga rindu dia. Di tatap mata kuyu itu penuh dalam.

Daniel pandang tidak puas hati. Tahu dah tu nak marah.

"Alah janganlah marah. Demam pun still nak marah orang lagi." Hyejin mencebik. Dia terus mengambil tempat disebelah Daniel. Betul- betul rapat sehinggakan dia dapat merasa haba panas Daniel.

Daniel diam.

"Alah janganlah sayang. Asyik awak ulang alik jumpa saya je, kalini saya pula lah ulang alik jumpa baby saya ni." Pipi Daniel diusap. Alahai, rindunya dengan encik husband ni.

Daniel memandang sisi wajah Hyejin yang sudah terlentok di bahunya.

"Naik flight ke train?"

"Flight. Cepat sikit." Jawab Hyejin.

"Awak nak makan tak? Sebelum saya pergi rumah awak, saya beli pizza. Nak tak?"

"Nantilah. Tekak sakit lagi. Tak ada selera nak makan."

"Alah macam mana nak baik kalau taknak makan, makan lah eh." Hyejin mengedipkan matanya berkali- kali mengharap Daniel makan. Melihat Daniel menganggukkan kepalanya terus Hyejin bergegas turun dari katil untuk mengambil kotak pizza.

Sekeping pizza disuakan kedalam mulut Daniel.

"Sedap tak?" Soal Hyejin.

Daniel mengangguk.

"Okay kalau sedap kena makan banyak. Lepasni awak kena makan ubat. Ubat ada kan dalam peti ais? Nanti saya ambil eh."

"Banyak cakaplah awak ni sayang. Cubit kan pipi tembam tu." Ujar Daniel. Terus Hyejin menekup pipinya takut dicubit oleh Daniel.

🌈🌈🌈

Bersambung...

[COMPLETED] LOVE STORY : COLLECTIONSWhere stories live. Discover now