🐾Perjumpaan suara garau misteri🐾
Keesokan paginya☀️
"Aku....dimana?"
Alex membuka mata dengan payah.
"Aduh! Tak guna!"
Tiba-tiba Alex menyeringai sakit. Satu badan Alex terasa sengal. Mulutnya bergerak-gerak menyumpah seranah badannya yang tidak mahu bekerjasama.
Alex melihat kesekeliling. Pokok-pokok tinggi dan hijau menjadi tatapan pertama.Air mata mula bergenang. Memori hitam semalam terasa kembali menerjah minda.
"Kenapa...?...ke...na..pa..tsk.....tsk...kenapa...a...ku???" Alex kesal. Alex kesal dengan apa yang terjadi.
"KENAPA MESTI AKU!?KENAPA KAU AMBIL SEMUA ORANG YANG AKU SAYANG!?!?HAH?!AKU PENAT DENGAN SEMUA NI!!!KENAPA KAU TAK AMBIL AKU SEKALI!!?!?"
Alex meraung histeria. Dia menumbuk-numbuk akar pokok yang tidak bersalah itu.
"Lebih baik aku pergi mati jelah!" Alex berkata seraya mengambil batu sebesar kepalanya untuk dihentak.
Batu dijulang diatas kepala. Alex nekad untuk membunuh diri.
"BUK!"
Tiba-tiba dia ditendang dari belakang. Alex terus terpelanting ke depan lalu mencium tanah.
"Manusia lembap! Berani kau melalak kat sini?! Aku nak beradu pun tak senang! Tak sedar dek untung! Nak bunuh diri buat jelah kat tempat lain! Dekat sini jugak kau nak bunuh diri! Otak ada,tidak mahu guna! Bangang betul! Sial kau manusia!...bla...bla...*mencarut*...*kata kesat*...bla..bla...*berita tv10*...bla...blabla"
Suara garau yang teramat bising bagai murai tercabut ekor terus memaki hamun Alex.
Manakala,dia masih lagi mencium tanah. Terkejut dan takut yang teramat sangat menyelebungi hati dia.
"Bagaimana ada orang dekat tengah hutan ini? Siapa dia? Patutkah aku bangun dan terus lari?! Entah-entah dia bukan manusia? Mati la aku!"
Sedang Alex bermonolog di dalam minda,badan dia ditarik dari belakang dengan kuat memaksa dia untuk bangun berdiri.
"Kau dengar ka tak ini jahanam?!"
Suara garau itu menepik dengan kuat dihadapan muka Alex. Alex makin tidak berani membuka mata.
"Ye-ye-ya...a-aku de-den-gar..."
"Betul?!"
Si suara garau bertanya lantang.
"Y-ya!"
Author rasa si Alex dah terkencing dalam seluar sebab asyik kena jerkah. Mata dipejamkan kuat. Badan Alex bergetar hebat.
"Kenapa kau tutup mata?"
".........."
Alex diam membisu. Badannya makin mengigil maha hebat.
"Aku tanya ini!"
Alex mengigit bibir. Enggan bersuara.
"Ish! Buka mata sekarang bebal!"
Alex menggeleng dalam takut. Baju kolar Alex dicengkam kuat lalu ditarik lebih dekat kearah muka si pemilik suara garau. Rasa hembusan hangat menampar pipi Alex.
"Aku kata...BUKA!!!"
Pemilik suara garau menjerit lantang. Rasa getaran di tanah. Pokok-pokok bergoyang. Dia ni asyik menjerit ja.
Dalam keadaan terpaksa si Alex membuka mata akibat dijerkah sebegitu rupa.
Dan...apa yang dia nampak sekarang adalah....
🍀BERSAMBUNG🍀
Wahhhhh~~~~!!!!
Payah nak dapat ideaaaa!!!!ZuraAcs
NA_NABH
pandachef1zz
tomyamputihcampur
Misssecret1207
thetennba
nurizzahzag
Ir_mefraN
seribayu
IDi_may