👓EPISOD DUA👓

214 21 8
                                    

🍂Permulaan Impian Terlarang🍂

Hai. Aku Alex.(gambar diatas adalah Alex)

Sejuk. Itu apa yang aku rasai sekarang ni.

Selepas kejadian yang mengerikan tadi. Aku terus berlari masuk ke hutan.

Takut. Sudah semestinya. Dengan tangan yang patah teruk.

Berseorangan didalam hutan yang gelap begitu menakutkan.

Aku pasrah...aku tersenyum lemah....memandang langit yang penuh dengan bintang bercahaya terang...indah sekali.

Aku memejam mata rapat. Cuba mengingat kembali bagaimana aku boleh berada disini.

Aku seorang remaja yang riang. Aku ada semua yang aku nak. Yelah...aku kan anak orang berada. Kesusahan tidak pernah kurasai.

Sehinggalah....satu hari yang amat malang...dunia terasa berpaling tadah terhadapku.

Syarikat ibubapaku bankrupt...kami sekeluarga terpaksa menjual rumah dan semua barang berharga kami kecuali kereta.

Kami hidup dijalanan...sehelai sepinggang...

Kami akhirnya memutuskan untuk balik ke kampung halaman.

Kami menaiki satu-satunya barang yang tak dijual iaitu kereta Mercedes Benz.

Sudah jatuh ditimpa lif pulak...kami kemalangan. Bertembung dengan pemandu lori yang mabuk dipertengahan jalan di dalam hutan yang sunyi.

Kereta kami rosak teruk. Bahagian depan kereta hancur. Aku menendang pintu sehingga terbuka lalu terus keluar dari perut kereta yang remuk itu.

Aku tahu aku tiada masa lagi. Aku ternampak minyak hitam pekat merata-rata. Dalam keadaan cedera parah. Aku terpaksa berlari masuk kedalam hutan. Api sedang merebak dengan cepat.

Aku agak tercampak ke depan akibat letupan besar di belakang.

Aku tahu tiada sesiapa terselamat kecuali...aku.

Aku bangun dengan keadaan kepala yang berdarah. Terasa pening dan sakit. Tanpa menghiraukan apa-apa pun aku terus berlari masuk lebih dalam ke dalam hutan.

Aku berlari.

Dan terus berlari.

Sehingga sampai ke sebatang pokok yang besar.

Aku penat lalu terus duduk diatas akar pokok yang tersembul keluar dari tanah.

Akhirnya,aku pengsan disitu.

Itu adalah memori aku yang terakhir.

Air mata mula bergenang di tubir mataku. Aku menangis. Aku meraung. Berharap seseorang boleh mendengar.

Malangnya,tiada sesiapa disini. Hanya aku.

Akhirnya untuk ke berapa kalinya...aku tertidur dibawah pokok itu.

Tanpa mengetahui, sepasang mata berwarna merah sedang melihat ku.

Tanpa mengetahui, sepasang mata berwarna merah sedang melihat ku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🥀BERSAMBUNG🥀

ZuraAcs
Juna_Una
tomyamputihcampur
Misssecret1207
@NA_ABH
thetennba
@nurrizzahzag
Ir_mefraN
seribayu
IDi_may
pandachef1zz

KARMAWhere stories live. Discover now