PART 2 (FARIS INTRODUCTION)

2K 38 0
                                    

"Dah weh. Jom la balik. Bini aku dah whatsapp marah-marah dah ni,"

"Laa... rilek la. Belum pukul 12 lagi,"

"Takleh bro. Kau tau la Aisya macam mana. Karang tido luar jugak aku,"

Faris mencebik. Inilah sebabnya kenapa dia tak kahwin lagi. Takut dapat bini queen control. Si Badrul ni pun satu. Guna la kuasa sang suami sekali sekala. Dengan bini pun takut.

Badrul cepat-cepat habiskan teh o ais limau sebelum mengemas dokumen-dokumen serta VCD PlayStation yang dia baru saja borong tadi. Huh, dah umur 24 pun main game lagi.

"Sorry, Faris. Aku gerak dulu. Nanti kita lepak lagi," seraya Badrul menghulurkan bro fist.

"Haa yelah. Kirim salam kat bini kau,"

"Kau tu cari la calon bini jugak hihihi"

Kurang asam sungguh lawaknya. Ya memang betul. Umur 23 tapi masih lagi single. Bukan tak ada orang nakkan dia. Faris serba serbi lengkap dengan pakej - kacak, kulit sawo matang, sado, kuat lagi, ada degree, ada harta, ada rumah sendiri, siap ada kereta sendiri lagi.

Entah lah. Dia cuma mahukan kebebasan. Dari kecil lagi Faris bukan jenis bergantung dengan orang. Tak pernah bercinta satu hal. Harta sekarang pun atas usaha dirinya sendiri sejak Diploma lagi, waima keluarganya yang kaya raya.

Selepas mengambil kursus jurulatih kecergasan dulu, Faris giat memulakan bisnes personal training dan mengajar kelas tinju secara separuh masa. Sambil membuat perniagaan online yang bermula secara kecil-kecilan.

Ada masa terluang dia akan sertai tournament yang dia betul-betul gemari seperti strongman, MMA dan triathlon. Berkat bakatnya Faris kerap juga mendapat tempat pertama atau kedua dengan hadiah wang yang agak lumayan.

Walaupun bergelar kerani di sebuah bank swasta, dia masih bijak mengatur masa. Tak pernah kelam kabut. Mungkin itulah sebab dia begitu diminati oleh ramai gadis.

Teh o halia yang dah suam dihirup. Tinggal dia seorang diri di kedai mamak selepas Badrul hilang dari pandangan.

Duduk seorang diri di kondo miliknya sebenarnya membuatkan dia bosan. Ada terdetik di hatinya untuk mencari housemate. Tapi dengan sewa yang agak mahal, tak siapa yang berani hantar whatsapp.

"Ah, boring. Asyik pasang cerita Bollywood je mamak ni. Balik ah. Anney!"

Balik tidur lagi best.

Satu masalah di kawasan kedai mamak ni, iaitu parking. Sentiasa penuh. Jarang dia dapat letak keretanya dekat dengan restoran. Dah nama lokasi di tengah-tengah bandar KL. Hari ni, lokasi parking agak jauh - di belakang bangunan. Lorong gelap.

Kalau bukan sebab tosei terbaik kat kedai mamak tu, dia takkan susah payah nak datang.

Kakinya melangkah sepanjang kaki lima kedai yang kebanyakannya sudah tutup. Faris memeriksa jadual kelas tinju untuk esok. Jam 8.30 malam di Setiawangsa. Rumah seorang CEO. Anak gadisnya yang nak belajar. Agak cantik.

"Mmm... kau betul, Bad. Nanti aku carilah. Aku belum ready lagi," ngomelnya dalam hati.

Di simpang lorong gelap...

Seorang lelaki tak sengaja melanggarnya lalu jatuh. Nampak kelam kabut dan takut sangat pulak. Selamat handphone berada dalam poket. Kalau tak memang on the spot dia akan mintak ganti rugi.

Di hadapannya seorang lelaki bertubuh kecil yang nampak terketar-ketar takut dan tercungap-cungap.

"Bang, tolong bang. Tolong saya bang! Ada orang nak belasah saya bang!"

With You... (Slow Update)Where stories live. Discover now