PART 1 (BOY INTRODUCTION)

3.2K 38 4
                                    

11.45 malam.

Dalam hiruk pikuk Bukit Bintang, Boy mengatur langkah menyelusup di celahan orang ramai. Perutnya dipegang.

Dia terlalu lapar. Mana tidaknya, sampai sahaja di Terminal Bandar Tasik Selatan, dia tertinggal plastik makanan yang dia sendiri letakkan sebahagian baki duit belanja dan kad atm.

Kakinya terhenti di hadapan McDonalds. Penuh dengan pelanggan-pelanggan yang menikmati makanan. Perutnya makin berbunyi. Boy mengeluh. Dia hanya mampu melihat dari luar dinding cermin.

Dia bertapak di Kuala Lumpur bukan atas pilihan sendiri. Boy dihalau oleh seorang yang dia amat sayangi - ibunya sendiri, atas perbuatan abang tirinya, Hafeez.

Boy dituduh mencabul Hafeez di dalam bilik tidur abang tirinya. Hakikatnya Hafeez sendiri yang mengumpan Boy untuk datang ke bilik, dengan alasan untuk berbaik-baik. Hafeez sendiri yang mencabul dan kemudian berlakon menjadi mangsa keadaan.

Tiada soal siasat, Boy terus dihalau pada hari kejadian. Lebih sakit lagi ibunya sendiri tidak ingin mendengar penjelasan, walaupun sepatah ayat.

Boy menekup muka.

"Sumpah, aku takkan jejak balik ke kampung, celakalah kau orang semua,"

Entah berapa lama Boy duduk di tepi dinding restoran makanan segera itu, dia terasa bahunya disapa.

"Awak, nah. Saya belikan set Big Mac untuk awak. Saya perasan awak kat luar McD tadi. Makan ye noks,"

Seorang perempuan... bukan perempuan sejati. Ya, seorang lelaki lembut menghulurkan paperbag berisi makanan kepadanya.

"T...terima kasih bang!" Ucapnya lalu terus menikmati Big Mac yang sememangnya menjadi kegemarannya.

"Nyah, jangan panggil I abang okey. Panggil I Riana," lelaki tersebut terus duduk di sebelahnya. Sememangnya rupa tak nampak 100% perempuan. Tapi cukuplah dengan penampilannya. Rambut warna hazel paras bahu, dress paras lutut warna biru laut berkelip-kelip.

"U orang baru ker nyah? Baru sampai KL?"

Boy hanya mengangguk. Sekejap-sekejap dia menyumbat fries dan menyedut minuman.

"Nok, makan tu helok-helok la. Tercekik karang susah pulak mak," tergelak pulak Riana ni. Aku ni dah la kebulur. Tapi apa-apapun terima kasih la belanja aku. Ada udang di sebalik batu ke?

"Terima kasih la belanja aku makan. Aku belum makan pape lagi dari petang tadi,"

"It's okay nyah. Mek ni kesian tengok kau duk tercongok kat luar tu. Aku dah berapa lama kat KL ni. Kalau ada yang buat macam kau ni nyah, kompem baru datang KL sehelai sepinggang,"

Boy tertunduk. Ya, dia bawa baju seluar pun tak banyak. Kalau dia tak cuai tadi dah confirm dia boleh lena di hotel murah.

"Nyah, aku kena pergi dulu. Masuk kerja noks. Kau datang KL ni jangan ended up jadi macam aku dah la ye noks. Jangan jadi moneyboy. Usaha sendiri. Banggakan orang tua kat kampung. Mek ni nyah jugak, tapi mek taknak hadek-hadek macam kau ni jadi macam ni, gituu. Nah, mek sedekah je kat kau. Pergi la cari hotel murah. Kau pergi mandi, kalau belum solat kau solat," Pantas Riana menyeluk dua keping not bernilai RM100 ke poket baju Boy dan terus berlalu.

Boy terkedu. Dilihatnya semula dalam poket. Ya, dua keping RM100. Boy memandang semula keliling mencari kelibat Riana namun dia dah lesap di sebalik orang ramai.

Allah. Pendek tapi pedih. Selama ini dia terlalu judgemental terhadap semua lelaki lembut. Namun tak sangka dia dipertemukan dengan seorang yang siap bagi nasihat jangan ikut jejak langkah dia.

Lantas Boy teringat perbuatan Hafeez. Penumbuknya dikepal. Itu sahaja yang mampu. Nak melawan dia pula lembik.

Papejelah. Malam ni dia harus mencari hotel yang paling murah di sekitar tempat ini. Esok nak kena cari kerja.

Lenguh kaki berjalan, Boy masih tak jumpa hotel yang betul-betul kena dengan bajetnya. Bukan memilih tapi dia perlu berjimat. Kerja pun belum ada.

"Lu, brenti!"

Sudaaaah. Ada lima orang lelaki berdiri di depannya. Salah sorang memegang kayu besbol. Boy memandang sekeliling. Ah, takde satu kedai pun yang bukak.

"Mmm.. maaf bang. Sss.. saya takde duit kalau aaa.. abang nak mintak saya bagi duit, ss.. saya miskin bang,"

Tak semena-mena mereka gelak berjemaah. Suka hati kau pulak. Boy dah ketar lutut. Dia dah la penakut. Sebelum kena belasah baik dia blah.

"Bhai, tengok badan budak ni macam boleh buat duit kita ni. Amacam? Nak kenduri dulu malam ni?"

"Itulah. Tangkap je dulu budak ni. Gua pun dah lama tak bayar 'bil' ni,"

Buat duit? Kenduri? Bil? Diorang ni katering ke?

Dua orang daripada mereka mula mendekati Boy sambil tergelak sinis. Okey, dah boleh mula pasang langkah. Selain taknak kena belasah, duit RM200 ni kena selamat jugak.

"BANG, BANG, TOLONG BANG! DIORANG NAK BULI SAYA BANG!" jerit Boy sambil memandang ke arah lain.

1. 2. 3. Lari!

"HOI, BINAWE. KEJAR BUDAK TU CEPAT!"

Ah, sudah. Kena kejar pulaaaak.

Entah ke mana dia lari. Mamat-mamat tu masih mengejar dia di belakang. Ended up di belakang lorong belakang bangunan yang agak gelap dan panjang. Nafasnya mula tercungap-cungap.

"Aku taknak mati malam ni. Ya Allah, tolonglah aku," bisiknya.

Simpang keluar! Harapnya ada orang ramai kat situ. Tak semena-mena tenaganya kembali. Boy mempercepatkan lariannya. Di belakang masih terdengar jeritan mamat-mamat tu.

GEDEBUK!

Boy terlanggar seorang lelaki. Dia pulak terjatuh.

"Bang, tolong bang. Tolong saya bang! Ada orang nak belasah saya bang!"


With You... (Slow Update)Where stories live. Discover now