+Min Yoongi
•30 tahun
•Bapa tunggal
•Bencikan perempuan setelah ditinggalkan oleh isterinya dulu+Min Seokjin
•12 tahun+Min Namjoon
•10 tahun+Min Hoseok
•8 tahun+Min Jimin
•6 tahun
•Kembar Taehyung//tidak seiras+Min Taehyung
•6 tahun
•Kembar Jimin//tidak seiras+Min Jungkook
•4 tahun🔥🔥🔥🔥
"Papa, mana mama pergi? Dah dua hari mama tak balik?" Soal Hoseok sambil menarik lengan baju Yoongi. Yoongi masih termenung. Dia masih teringatkan kejadian 2 hari lalu. Hari di mana perempuan yang dia sangka akan hidup bersamanya hingga hari tua, perempuan itu pergi.
Darahnya menggelegak apabila teringatkan kecurangan isterinya itu. Tak cukup ke apa yang aku bagi dia selama ni? Yoongi berfikir berulang kali namun masih gagal mencari silapnya yang menyebabkan perempuan itu curang.
"Pa. . Hobie rindu mama," Hoseok mengesat air mata yang jatuh di pipinya. Yoongi seakan baru tersedar apabila dia mendengar esakan Hoseok. Cermin mata dibuka sebelum dia menarik Hoseok ke dalam pelukannya.
Rambut hitam Hoseok diusap perlahan, pelukan masih erat. "Lupakan pasal mama, Hobie perlukan papa , hyung dan adik Hobie saja dalam hidup ni. Kita tak perlukan perem- maksud papa, kita tak perlukan mama,"
Hoseok mengangguk. Dia tahu apa yang terjadi, bukan dia sahaja tapi semua tahu kecuali Jungkook yang tidak faham maksud bercerai. Dia cuma rindukan kehadiran mamanya.
"Pa! Okie beyak atas tilam!"
"Pa! Joonie hyung rosakkan pintu tandas lagi!"
"Pa! Macam mana nak tutup api dapur ni?!"
Yoongi mengeluh. Dia tersenyum kepada Hoseok lalu menggosok kepala anaknya itu. "Tengokkan Okie kejap. Nanti papa datang okay?" Hoseok mengangguk sebelum berlari keluar dari bilik papanya.
Cermin mata dipakai semula.
"Papa datang ni,"
YOU ARE READING
[OG]Misi Mencari MAMA Baru!
Fanfiction6 orang adik beradik menjalankan misi untuk mendapatkan pengganti mama mereka untuk papa tercinta, Min Yoongi