Bab 5

71 5 0
                                    

"Nyak uit nyak uit dapat syekali bungaaa~"

"Bagai buyan jatuh at riba~"

Jungkook menyanyi sekuatnya. Sejak dia terjumpa lagu itu di YouTube, dia terus obses dengan lagu itu. Siang malam lagu itu sahaja yang dinyanyikan. Dia juga memaksa papanya mencari tanjak dan cermin mata hitam serta keris seperti yang dipakai oleh animasi Altimet.

Sudah seminggu sejak dia memperoleh tanjak merah, cermin mata hitam dan keris palsu yang merupakan pedang plastik, dia langsung tak meninggalkan ketiga item tersebut. Dia pakai di mana sahaja walaupun dihalang keras oleh Yoongi. Bapa tunggal itu sudah mati kutu dengan kerenah anak bongsunya.

Seokjin sedang membawa susu untuk Jungkook tapi malang tidak berbau apabila dia tersadung oleh patung arnab yang terdampar di tengah ruang tamu.

Bam!

Tersembam wajah tampan milik Seokjin. Matanya mula berair akibat kesakitan yang melampau. Rasa seperti hidung mancungnya sudah patah. Jungkook segera mendekati abangnya. "Hyungie," Jungkook menggosok hidung Seokjin dengan lembut.

Wajah Seokjin pula merah padam. "Okie la ni! Suka campak patung tu merata-rata," Marah Seokjin. Jungkook menarik muncung. "Mana ada! Tu bukan patung Okie! Okie dah tak syuka Cooky!" Jungkook cuba mempertahankan dirinya daripada dipersalahkan oleh Seokjin.

"Habis sepah madu dibuang," Namjoon yang kebetulan sedang menonton aksi antara adik dan abangnya hanya menggeleng. Buku sejarah tentang ultraman ditutup agar dia dapat menumpukan perhatian pada mereka berdua.

Seokjin semakin geram apabila adiknya menjawab. Dia mengambil patung arnab berwarna merah jambu itu. "Oh? Jadi Cooky ni bukan patung Okie dah la kiranya?" Soal Seokjin. Dia gembira, akhirnya patung limited edition keluaran BT21 boleh ditambah ke dalam koleksi patung merah jambu miliknya.

Jungkook terdiam sejenak. Mata Cooky seolah-olah memanggil meminta tolong. Bibirnya digigit. "O-okie. ." Dia tak tahu untuk menyusun ayatnya. Dia mahu anak patungnya itu tetapi egonya tidak mahu. Dia sudah ada permainan baru iaitu pedang, tanjak merah dan cermin mata hitam.

Namjoon tersenyum sinis melihat reaksi adik bongsunya. Drama yang semakin menarik. "Kalau Okie tak nak Cooky dah, hyung nak," Kata Seokjin sambil menilik patung itu. Patung itu saiznya sama dengan Jungkook, dibeli oleh Yoongi kerana ketika keluarannya Jungkook langsung tidak berhenti menangis setelah melihat iklan BT21 di tv.

Mata Jungkook membulat apabila mendengar niat Seokjin namun reaksinya itu tersembunyi di sebalik kaca mata hitam miliknya. "Hm . ." Jungkook masih lagi berfikir. Seokjin masih menanti jawapan dari adik bongsunya itu.

Hoseok muncul bersama dua orang kembar di kiri dan kanannya, berpimpin tangan. "Okie jom main," ajak Hoseok. Ketiga kanak-kanak lelaki itu turut memakai tanjak. Selepas Jungkook memperoleh tanjak, pasangan kembar dan Hoseok turut berminat dengan simbol orang Melayu itu. Mereka turut memaksa Yoongi untuk membelinya.

Pedang plastik dijadikan sebagai keris yang diselit di seluar mereka. Jungkook semakin gelisah. Dia mahu menyertai abangnya bermain tapi dia tak mahu Seokjin memiliki patung kesayangannya itu. Namjoon senyum dengan lebar.

Interesting

"Otay, Hyungie boyeh ambik Cooky, Okie nyak main dengan hyungie lain," akhirnya Jungkook mengalah. Air matanya hampir tertumpah. Mujur ada kaca mata hitam untuk menutup matanya yang sudah merah menyala.

Dia memandang Seokjin yang sedang membawa Cooky pergi.

Cooky . .

🌼🌼🌼🌼

[OG]Misi Mencari MAMA Baru!Where stories live. Discover now