Bab 9

57 6 1
                                    

"Kenapa Hobi tak nak datang dekat mama? Mari sini sayang," Panggil Jaehee sambil mendepakan  tangannya. Hoseok masih bersembunyi di belakang Jaehyun. Adik beradik yang lain sudah gembira memeluk ibunya itu kecuali Hoseok.

Dia sahaja yang menjauhkan diri daripada ibunya sejak tadi. Jimin yang pada mulanya teruja kerana dapat bertemu dengan ibunya semula, juga mula menjauhi wanita itu. Dia menarik Taehyung bersamanya ke arah Hoseok.

Hati ibu mana yang tidak sedih apabila melihat anak anak menjauhkan diri daripadanya.

"Mama jahat! Mama tinggalkan kami!" Jerit Hoseok bersama air mata yang sudah jatuh berderai. Dia masih lagi memeluk kaki Jaehyun. Lelaki itu tidak tahu apa yang dia patut lakukan.  Tugasannya hanyalah untuk menghantar dan mengambil anak tuannya itu.

"Sayang, jangan cakap macam tu, Mama tak berniat nak tinggalkan kamu semua," balas Jaehee. Namjoon mula menjauhkan diri. Jaehee semakin resah apabila Jungkook juga cuba mengelak daripada disentuh olehnya.

Sekarang semua sudah mengelakkan diri daripada wanita itu.

Pintu wad dibuka dan Aria muncul di pintu.

Mereka semua berlari kepada Aria kecuali Jungkook yang masih tersekat di katil dek wayar di tubuhnya. "Eh kenapa ni?" Soal gadis itu apabila semua mengerumuni dirinya. Ada yang menangis ada yang tidak.

Jaehee terkelu di situ. "Kalau mama nak tahu, kami dah ada mama baru, mama dah tak perlu datang jumpa kami," Hoseok berkata sambil memandang tajam ke arah ibunya. Memang dia tak boleh lupakan apa yang telah dilakukan oleh ibunya itu. Reaksi papanya setelah ditinggalkan oleh wanita itu begitu juga adik dan abangnya.

Ditinggalkan seperti sampah. Sekarang mahu dikutip semula.

Aria tidak berkata apa-apa. Dia tidak mahu memburukkan keadaan. Tapi itu bukan apa yang difikirkan oleh Jaehee. "Jadi kau lah betina yang nak rampas anak anak aku?!" Tengking Jaehee.

Senyap sunyi.

Semakin erat pelukan dan genggaman tangan yang kecil di tubuh Aria. Gadis itu juga takut melihat Jaehee tiba-tiba berubah. Jungkook pula menangis sekuat hati. Dia tidak pernah melihat ibunya begitu. Dia juga takut melihat wanita itu berubah seratus peratus.

"P-puan dah salah faham ni, s-saya tak pernah nak a-ambil anak puan," Aria tidak mampu menghalang ketakutan daripada terpancar daripada suaranya.

Sohee semakin geram.

"M-mama...jahat," Bisik Jimin ketakutan tetapi masih kuat untuk didengari semua.

"Puan, jangan salah faham. Cik Aria ni cuma pembantu sahaja," Jaehyun cuba membantu. Jaehee semakin gelisah. Dia tak mahu kehilangan anak-anak nya itu. Dia tak sanggup. 

Dia dengan pantas bangun menuju ke arah Aria sebelum menarik Aria keluar daripada wad tersebut. Dia menolak gadis itu sekuat hati. Lebih malang untuk Aria kerana kasut tinggi yang dipakai itu menyebabkan dia terseliuh semasa ditolak.

"Mama!" Anak-anak nya cuba menghalang Jaehee daripada terus memukul Aria tetapi tidak berdaya.  Wanita itu seperti dirasuk.

Jaehyun juga turut cuba untuk meleraikan pergaduhan tersebut.

"Dah!" Suara kecil itu mematikan setiap pergerakan yang ada. Jungkook dan seorang nurse berdiri di pintu wad. "Kenapa mama pukul noona? Mama jahat! Okie benci mama!" Jerit Jungkook lagi. Jaehee sudah jatuh terduduk di lantai.

Yang lain cuba membantu Aria untuk berdiri. Jaehyun memapah gadis itu kerana dia tidak boleh berdiri dengan betul.

"Shi- apa yang dah jadi ni?!" Terkejut Yoongi apabila melihat suasana di wad anaknya itu. Aria yang sedang dipapah oleh Jaehyun sambil dikelilingi oleh anak-anak nya dan juga bekas isterinya yang sedang meraung di lantai.

Hatinya sakit.

Dia terus menuju ke arah Aria sebelum memeluk gadis itu. Dia mengintai segala cela di wajah dan tubuh gadis itu. Jaehee hanya mampu memandang. Tika ini dia sedar bahawa..

Aku dah terlambat.

[OG]Misi Mencari MAMA Baru!Where stories live. Discover now