Bab 1

84 8 1
                                    

Yoongi membuka pintu rumah lalu masuk bersama anak-anak nya yang baru diambil dari sekolah masing-masing. Sunyi.

"Mamaaa, Okie dah bayik ni," Jungkook berlari ke dapur mengharapkan kehadiran ibunya. Yoongi terkaku di pintu. "Pa? Mana mama? Selalu mama ada dekat dapur tengah masyak," Jungkook muncul semula di hadapan Yoongi sambil menarik seluar Yoongi.

Seokjin yang sedar ayahnya yang masih terdiam sejak tadi, segera menarik Jungkook. "Okie jom ikut hyung, tadi hyung beli coklat, " Seokjin cuba mengalihkan perhatian Jungkook daripada mencari ibunya.

"Cekelat? Yay! Okie syuka cekelat," Jungkook melompat kegembiraan sambil memeluk abangnya. Terus lupa bahawa ibunya tiada. Yoongi mengeluh. Beg kerjanya diletak di atas meja berdekatan. "Meh sini semua, papa nak cakap sesuatu," Yoongi berkata.

Mereka semua mengangguk lalu membuntuti Yoongi ke ruang tamu. "Min nak duduk atas riba papa boleh?" Jimin menepuk paha papanya itu. Jungkook yang sedang asyik mengunyah coklat itu terus berpaling ke arah Jimin.

Coklat dilempar sebelum dia berlari ke arah Yoongi. Paha Yoongi dipanjat sebelum dia memeluk tubuh Yoongi yang jelas bersaiz lebih besar berbanding dengan nya. "Manya boyeh! Okie je boyeh duduk sini, hyung duduk la atas Jin hyung," omel Jungkook. Dia masih erat memeluk Yoongi.

Yoongi hanya ketawa kecil melihat telatah anaknya. Wajah Jimin berubah. Matanya mula merah. Belum sempat dia pergi ke arah Seokjin, Yoongi sempat menghalang. "Okie, jangan tamak, paha papa kan ada dua. Okie duduk sini, Jimin duduk sini,"Kata Yoongi sambil menepuk paha kanan dan kirinya.

Jimin tidak jadi menangis. Dia gembira apabila papanya itu memberi kebenaran untuk duduk di atas pahanya. Jungkook menarik muncung. "Yela, hmph," kanak-kanak berusia 4 tahun itu mula berpeluk tubuh.

Jimin pula memanjat paha Yoongi sebelum mengambil posisi yang selesa. Yoongi merangkul tubuh kedua anaknya. Dia berpaling semula ke arah yang lain. "Papa nak cakap sesuatu pasal mama kamu, ," Yoongi melihat perubahan air muka anak-anak nya.

Jungkook paling berbeza dengan yang lain. Wajahnya ceria, matanya membesar manakala bibirnya terukir senyuman.

Sangkanya mama dia akan pulang.

"Mama takkan ada lagi dalam hidup kita. Mama dah pergi. Jadi papa harap kamu semua jangan tanya papa dah pasal Mama. Kita tak perlu dia macam mana dia tak perlukan kita. Kamu cuma perlu ingat papa sayang kamu semua tak kira apa pun yang terjadi. Papa takkan tinggal kan kamu, dan papa harap kamu pun takkan tinggalkan papa. Papa ada kamu saja dalam hidup ni,"

Yoongi menghabiskan ayatnya sambil menatap lantai. Dia takut apabila terpandang wajah anaknya dia jadi tidak kuat. Dia tak boleh menangis di hadapan anaknya.

Itulah ayah.

Dia harus kuat.

Jungkook melihat abangnya yang sudah menitiskan air mata. Dia tidak faham apa maksud papanya. Pemikiran dia masih tidak cukup matang untuk memproses 100 peratus ayat papanya.

Tapi dia tahu semua sedang bersedih sekarang.

Air mata turut jatuh di pipi kanak-kanak itu.

Dia tidak boleh melihat abang dan papanya dalam kesedihan. Dia juga terluka.

"Okie syayang semua oyang, papa, mama, hyungie, Cooky, Okie syayang semua," ayat Jungkook menarik perhatian semua. Semua memandang si maknae.

Yoongi menarik anak-anak nya dalam satu pelukan besar. Mereka turut mengucapkan perkara yang sama seperti apa yang diucapkan oleh Jungkook. Yoongi mula rasa terharu. Sekurang nya dia tidak bersendirian untuk menghadapi semua ini.

"Hmm, papa Okie beyak lah, busuk," Teguran Jimin menyebabkan semua sedar akan bau yang menyengat hidung itu. Jungkook buat muka yang tidak bersalah. Yoongi ketawa lagi.

"Okay jom kita basuh beyak Okie,"

[OG]Misi Mencari MAMA Baru!Where stories live. Discover now