Bab 4

77 7 2
                                    

Jungkook terjaga dari tidurnya akibat terdengar bunyi bising. Dia mula merengek tetapi segera berhenti apabila terasa seseorang memeluknya dan mengusap belakangnya. Dia memandang pemilik tangan itu. Mata Aria masih terpejam rapat.

Perlahan-lahan dia keluar dari pegangan Aria sebelum memerhatikan keadaan sekeliling. Abang-abang nya sudah bangun dan bermain di tak jauh dari mereka.

Baru sahaja dia mahu bangun untuk menyertai mereka tiba-tiba igauan Aria membuatkan dia berhenti bergerak.

"Shh, cian nyoonya," dia menggosok kepala Aria dengan jari kecilnya. Dia terpandang botol susunya. Dia mendapat idea. Dia menyumbat puting botol susu ke dalam mulut Aria. Dia menepuk-nepuk bahu Aria seperti sedang mengulit dia untuk tidur.

"Hm hm winkel winkel yitel star ba ba byack sheep how I wonder where you aaaa," Habis semua lagu dia campur. Jimin dan Taehyung yang kebetulan sedang berkejaran di situ, terus berhenti apabila melihat adiknya sedang memberi susu kepada Aria.

"Hm? Hobie hyunggg," Taehyung berlari memanggil abangnya. "Noona lapar," Kata Taehyung kepada Hoseok. Hoseok memandang pelik. Sementara itu Jimin yang ditinggalkan oleh Taehyung, sedang berdiri tegak di belakang Jungkook.

"Nape Okie suap susu dekat noona?" Tanya Jimin perlahan-lahan. Dia tak mahu Aria terjaga. Jungkook mengelap lebihan susu yang meleleh di tepi bibir Aria. Aria masih lagi tidak terjaga.

"Tadi nyoonya lapar. Okie suap lah, "jawab Jungkook selamba. Hoseok dan Taehyung tiba. "Okie? Kenapa suap susu dekat noona?" Soal Hoseok pula. Jungkook memandang abang-abang nya. Pandangan mereka membuatkan dia seperti seseorang yang bersalah.

Botol susu tergolek dari tangannya. "Ok-Okie. ." Tak sempat dia menghabiskan ayatnya air mata terus jatuh. Jungkook menangis sekuat hati. Dia benci perasaan bersalah.

Terkedu ketiga tiga abangnya. "Kenapa kenapa?" Seokjin berlari daripada bilik air manakala Namjoon yang sedang menyiapkan kerja sekolahnya turut berlari sama. Jimin turut menangis kerana Jungkook menangis.

Itu menyebabkan Taehyung juga menangis. Hoseok panik. Dia turut menangis. Aria bangun terkebil-kebil. Tangisan mereka membuatkan dia terjaga. "Omo!" Aria panik.

Dia menarik Jungkook ke atas ribanya. Dia cuba memujuk Jungkook manakala Seokjin pula cuba memujuk kembar dan Namjoon memujuk Hoseok.

Yoongi baru tiba di pintu rumah setelah habis menghadiri mesyuarat tadi. Dia terkejut mendengar tangisan anak-anak nya. Pintu dirempuh. "Sayang kenapa ni?" Suara Yoongi menamatkan tangisan anak-anak nya.

Wajahnya tergambar kerisauan dan ketakutan. Yoongi terus memeluk anak-anak nya lalu mencium dahi mereka. "Papa~" Jimin membenamkan wajahnya di dada Yoongi. Begitu juga Taehyung dan Hoseok.

"Tak apa sayang. Papa ada dekat sini. Jangan nangis ya,"Pujuk Yoongi. "Pa-papa. . Okie nak popo jugak," Rengek Jungkook. Yoongi baru sedar akan anak bongsunya itu. Yoongi berdiri lalu mengambil Jungkook lalu mencium anaknya berkali-kali.

Aria tergamam.

Ini pertama kali dia melihat kasih sayang antara bapa dan anak. Dia tidak pernah rasa semua ini. Jiwanya cemburu.

Tetapi pandangan yang dilemparkan oleh Yoongi kepadanya membuatkan dia menggeletar ketakutan. Pandangannya jatuh ke lantai.

''Apa yang kau buat dekat anak aku huh?!"

Bukan Aria sahaja yang terkejut malah anak-anak Yoongi sendiri. "S-saya tak buat apa pun tuan," Aria membela dirinya tapi dia masih tidak berani bertentang mata dengan lelaki itu. Selama dia bekerja dengan Yoongi pun dia tidak pernah bertentang mata dengannya.

Aura Yoongi terlalu menakutkan.

"Kau jangan tipu aku! Baik kau bagi tahu apa yang kau dah buat dekat anak aku!"

Aria sudah tidak tahan lagi. Tengkingan ini.

"Sumpah saya tak buat apa apa dekat anak tuan.. maafkan saya. Saya pergi dulu," Aria segera berlari keluar. Jungkook yang sudah berhenti menangis tadi sambung semula tangisannya.

"Nyoonyaa~" Jungkook bergelut untuk melepaskan diri dari dukungan papanya. Yoongi segera menurunkan Jungkook. Budak lelaki itu segera mengejar Aria.

Aria tidak jadi menaiki teksi yang ditahan. Suara kecil Jungkook menahan dia. Jungkook segera memeluk kaki gadis itu.

"Nyoonyaa jangan pergi. ."

"Noona nak balik ni. Nanti kita jumpa lagi okay?"

"Taknak. Nyoonya tipu! Mama pun tipu!"

Mereka tergamam.

Aria tersentuh. Dia melutut di hadapan Jungkook. Pipi Jungkook dicium. "Noona tak tipu sayang, nanti noona datang lagi. Esok kan kita jumpa," Kata Aria sambil menekup pipi Jungkook. Air mata dikesat.

"Noona jangan tinggalkan kami, Hobie nak noona," Hoseok segera memeluk Aria. "Jangan tinggal Taetae. . Min pun sama," Kata Taehyung bagi pihak Jimin juga. Yoongi terdiam melihat perbuatan anak-anak nya.

"Noona janji noona datang lagi. Noona balik dulu ya, nanti papa awak marah, bye bye," satu satu dahi mereka dicium. Namjoon dan Seokjin turut meminta ciuman dari gadis itu. Perbuatan mereka mendatangkan ketawa pada Aria.

"Noonaa~"

"Jumpa lagi,"

Mata Jungkook berair semula. Dia berpaling kepada papanya. Pipinya dikembangkan. Matanya membulat manakala tangan dicekak ke pinggang.

"O-okie benci papa! "

[OG]Misi Mencari MAMA Baru!Where stories live. Discover now