22 : Save Him

1K 238 48
                                    

Sudah sejam Hanah menunggu di situ namun kelibat Isyraf langsung tidak muncul. Nombor telefonnya juga sudah beberapa kali didail namun tidak terjawab. Perasaan risau semakin menguasai diri. Apa yang terjadi pada Isyraf?

Doa kepada Isyraf tidak henti-henti disebut di dalam hatinya. Semoga Isyraf selamat.

Tiba-tiba, bunyi siren ambulan kedengaran dengan kuat menerpa ke arahnya.

Sebuah ambulan diberhentikan tepat di hadapannya. Kelihatan beberapa orang doktor berlari ke arah ambulan dengan perasaan cemas.

Dari jauh pintu belakang ambulan itu dibuka lalu sebuah katil beroda hospital ditolak keluar.

Hanah yang melihat dari jauh mengecilkan anak mata. Lelaki di atas katil itu seperti amat dikenali.

Dia teringat kembali wajah Isyraf yang dipenuhi darah sewaktu mula-mula dia melihat lelaki itu terlantar di atas katil hospital dulu.

"Isyraf.." terus Hanah berlari ke arah katil itu. Air mata yang tumpah tidak mampu dia seka lagi. Apa yang ada dalam hatinya cuma nama Isyraf.

Katil beroda itu dia pegang.

"Isyraf.." air matanya jatuh tatkala melihat wajah itu. Ianya betul Jungkook. Lelaki itu kini dipenuhi dengan darah.

"Doktor Hanah.. kami perlu bawa dia ke bilik kecemasan," kata salah seorang jururawat yang menolaknya keluar dari ambulan tadi.

"Dia suami saya. Biar saya sendiru yang rawat dia.." tangan jururawat tadi ditepisnya lalu dia segera menolak katil Isyraf tadi bersama beberapa orang doktor lain ke bilik kecemasan.

Apabila pintu bilik kecemasan dikuak, Hanah terus menghidupkan segala suis peralatan yang perlu dia gunakan untuk membantu Isyraf. Linangan air mata di pipinya juga tidak henti-henti mengalir.

"Isyraf bangun.. Ini saya, Hanah, isteri yang paling awak sayang. Awak kena bangun, Isyraf."

Ya Allah dugaan apa lagi kau nak beri pada aku? Papa dan ibu sudah tiada. Aku mohon jangan ambil nyawa suamiku, Muhammad Isyraf Al-Firash pula. Biarkan kami mati bersama-sama.

Dia hanya mampu berdoa supaya Isyraf dapat diselamatkan. Tiada cara lain lagi selain berdoa kepada yang Maha Kuasa.

***

"Hanah? Isyraf macam mana?" soal Auntie Suraya. Hanah yang kini sudahpun berada di luar bilik kecemasan itu terus menerpa ke arahnya. Badan wanita tua itu dipeluk bersama air mata yang masih belum kering.

"Isyraf.. kemalangan, auntie. Dia cedera teruk dekat bahagian kepala. Sekarang dia tak bangun-bangun lagi. Dia koma, auntie.."

Auntie Suraya terus melurut perlahan belakang anak saudaranya itu. Dia sedaya upaya cuba menenangkan Hanah.

"Hanah, sabar ye? In syaa Allah Isyraf akan sedar tak lama lagi. Doa banyak-banyak, Hanah," kata Uncle Danial pula.

Darwisy yang hanya berdiri simpati, mula berjalan kearah Hanah yang sudah meleraikan pelukannyq dengan Auntie Suraya.

"Hanah.. Abang tahu Hanah kuat. Sekuat mana Hanah berdiri sehingga hari ini dan sanggup melihat Isyraf yang terlantar atas katil demi merawat dia. Abang kenal sangat Hanah. Kita sama-sama doa biar Isyraf cepat-cepat sedar dari koma."

Hanah mengangguk perlahan sambil menyeka air matanya. Sejurus itu, Darwisy menghulurkan sesuatu kepada Hanah.

Bukan tisu mahupun kain untuk mengelap air matanya. Tetapi ianya adalah sebuah Yassin. Hanah menyambut hulurannya.

"Kita sama-sama berdoa, ye? Tiada cara lain lagi selain berharap kepada Allah," sambung Darwisy lagi. Hanah sekadar mengangguk perlahan dan berjalan menuju ke bangku berdekatan bersama Yassin di tangannya.

Surah Al-fatihah dibaca bagi pembukaan dengan alunan suara yang lembut. Tangisan yang semakin laju keluar bukan lagi menjadi penghalang kepada doanya kepada pencipta.

"Bismillahirahmanirahim,"

"Yassin... wal qur-an nil hakim.."

***

Hanah menjenguk Jungkook di balik cermin hospital. Kelihatan badan Jungkook masih lagi terlantar, tidak menyedarkan diri. Sudah tiga hari lelaki itu tidak sedarkan diri.

Begitu juga dengan Hanah yang tidak henti-henti berdoa agar dikurniakan keajaiban. Semoga Isyraf akan bangun tak lama lagi.

Pintu wad itu dia buka dan langkahnya menuju ke arah katil Jungkook. Tangannya dicapai dan diusap lembut. Kelihatan di bahagian kepala Jungkook berbalut rapi. Tiada lagi kesan darah di situ.

"Abang.. cepatlah bangun.. Hanah rindukan abang," kata Hanah perlahan. Air mata yang mengalir di pipi terus dia seka.

"Ya Allah, kau selamatkan suami aku. Aku.. tak sanggup hidup tanpa dia macam mana aku hidup tanpa ibu dan papa. Aku.. tak kuat."

Hanah memejamkan mata menahan air mata. Terasa matanya sudah seakan bengkak tatkala sudah tiga hari dia menangis.

Pintu wad itu dikuak perlahan. Hanah terus berpaling ke arah pintu wad tersebut. Kelihatannya Wardha yang datang bersama bungkusan makanan di tangannya.

"Assalamualaikum, Kak Hanah."

"Waalaikummusalam," jawab Hanah.

"Ni ha akak mama kirimkan rendang ayam untuk akak. Dia tak dapat datang hari ni sebab dia sibuk sangat tadi," kata Wardha sambil menghulurkan Hanah bungkusan mangkuk bertingkat yang dibawanya dari rumah.

"Terima kasih, Wardha." Hanah menyambut hulurannya dan meletakkan mangkuk bertingkat itu di atas meja kecil.

"Uncle dan auntie sihat?" soal Hanah. Wardha tersenyum kecil lalu mengangguk perlahan.

Tiba-tiba, mereka berdua tersentak bila pintu wad itu ditolak kuat oleh seseorang dari luar.

Park Jimin.

"Jungkook! Eh eh Isyraf.."

Jimin menerpa ke arah Jungkook dengan wajah yang cemas. Tangan Jungkook digenggamnya erat.

"Kenapa kau ni selalu accident ha? Kau tahu tak aku terkejut gila bila dapat tahu kau accident sampai aku cepat-cepat tempah tiket flight nak balik sini?" kata Jimin sambil memegang tangan Jungkook dengan kecoh. Namun seperti dia menanya tunggul kayu sahaja bila Jungkook masih belum mampu menjawab apa-apa.

"Erm.. Ji..Jimin.." Hanah seakan-akan segan untuk menghentikan kelakuan Jimin yang seakan sedang dikuasai emosi.

Wardha yang berada di hadapannya sudahpun terkaku, terkejut melihat Jimin.

"Ji..Jimin.." kata Wardha tergagap.

Jimin terdiam seketika. Suara halus milik perempuan itu amat mengingatkan dia pada seseorang. Terus dia mendongakkan wajah dan melihat wajah Wardha yang separa tertutup itu terpancul di hadapannya.

"Wardha.."

Hanah yang berada di sebelah Wardha sudahpun hairan. Wardha kenal Jimin dan Jimin pun kenal Wardha?

Wardha yang merasa dia sudah bertentang mata dengan Jimin terus menundukkan wajahnya. Air mata miliknya mula bergenang.

Sudah hampir empat tahun lelaki ini menghilangkan diri begitu saja. Akhirnya hari ini dia bertemu kembali.

Ya Allah.. apa rancangan engkau? Tunjukkanlah pada hambamu yang sememangnya lemah ini..








++++

Ready for Jungkook? 🌚

[C] Lafaz Ijab Kabulmu ◽ jjkTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang