25 : Last

1.1K 257 222
                                    


Jangan tertipu dengan title 'Last' . Chapt ini bukannya yang chapter yang terakhir 🌚

Lagi satu, jangan menangis ya temen temen 😭

————————————————

Hanah mengemas pakaian Jungkook ke dalam bagasi. Kalau nak diikutkan hati, mahu saja dia mengikut suaminya ke Korea tapi,

"Maaf sebab abang tak boleh bawa sayang ikut sekali. Sebab.. abang takut mummy akan apa-apakan isteri abang," kata Jungkook yang baru sahaja melabuhkan punggung di katil.

Bukannya dia tidak kenal dengan Puan Jeon Soojin. Sedangkan isteri abangnya yang janda itupun dia tidak mahu terima, apalagi Hanah yang berbeza agama dengan dia.

Hanah menunduk memandang lantai. Dia faham sangat apa yang dimaksudkan Isyraf.

"Tak apa Hanah faham."

"Abang akan buat mummy perlahan-lahan terima sayang. Don't worry. Abang akan jelaskan pada dia semua ni dan abang akan bawa Hanah pula nanti untuk jumpa diaorang," jelas Jungkook.

Hanah mengangguk perlahan. Dia cuba mengukir senyuman walaupun jauh di sudut hati dia sangat sedih bila Jungkook perlu pergi tinggalkan dia.

"Tapi abang tak lama kan kat sana?" soal Hanah sambil mengezip bagasi Jungkook setelah pakaian lelaki itu siap dikemas.

"Abang akan balik semula selepas beritahu perkara sebenar dekat diaorang. Lagipun abang takut diaorang akan fikir macam-macam pasal abang sebab tinggalkan mereka masa hari perkahwinan dulu."

Ya memang dia sudah sedia tahu dari awal lagi Jungkook terpisah dari keluarga dan bakal isteri dia dahulu semasa kemalangan di Penang Second Bridge. Semuanya sebab gambar yang ada pada Jungkook hari itu membuatkan dia tahu sedikit sebanyak tentang Jungkook. Tapi Jungkook pula yang berdegil tidak mahu mencari asal usul dia pada masa itu.

Sekarang bila dah ingat semula, dia pula yang rasa bersalah kerana telah membuat keluarganya risau. Lagi-lagi Hyuri.

Jungkook bangun dari duduknya dan menuju ke arah Hanah. Bahu isterinya itu ditarik sehingga berdiri menghadapnya.

"Abang sayangkan isteri abang. Abang janji abang pergi sekejap aje. Nanti abang balik semula dan bawa sayang jumpa mereka," kata Jungkook.

Hanah menunduk memandang lantai. Air matanya mula bergenang di tubir mata tetapi dia tetap kuatkan diri untuk senyum.

"Hanah faham,"

"Janganlah nangis.." Isyraf terus mengelap air mata Hanah yang mula mengalir perlahan dengan jari. Perempuan itu terus dibawa ke dalam pelukannya.

"Abang ra-rasa mummy boleh terima Hanah ke?" soal Hanah bersama nada yang tersekat-sekat menahan sebak di dada.

"Don't worry about it. Kalau dia tak terima sayang sekalipun, abang tetap akan jadi suami Hanah sampai bila-bila."

Dahi Hanah terus dikucupnya lembut. Sesekali air mata wanita itu bergenang. Cepat-cepat dia menyeka.

"Janji dengan abang sayang kena jaga kesihatan tau? Jaga makan, minum. Jangan kuat menangis sebab abang. Kalau ada apa-apa jangan lupa call abang." arah Jungkook. Bimbang juga dia untuk meninggalkan isterinya seorang diri di sini.

Hanah hanya mengangguk perlahan. Air matanya juga cepat-cepat diseka sebelum mempamerkan senyuman kelat.

"In syaa Allah, abang."

"Ingat satu ni aje.. Abang cintakan sayang dan Allah selamanya akan menjadi saksi cinta abang kepada sayang."

Hanah terus memeluk Isyraf sambil menangis teresak-esak.

[C] Lafaz Ijab Kabulmu ◽ jjkTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang