55 : Daegu

1.1K 238 172
                                    


Maaf atas fakehope tadi 🌚 ini bukan fakehope lagi 😂



————————————————


Jungkook melangkah masuk semula ke dalam wad Taehyung memandangkan lelaki itu sudahpun disuntik ubat penenang oleh doktor. Wajah Taehyung yang terlena tidur akibat penangan ubat penenang itu dia pandang.

"Dalam empat jam lagi mungkin dia dah bangun," kata seorang jururawat yang masih berada di situ. Jungkook hanya mengangguk faham lalu jururawat itu mula beredar pergi.

Jungkook mencapai iphone X miliknya dan mula menekan chats antara dia dengan Jin.

Me:
Jumpa aku esok

SeokJin:
Okay


Tidak lama selepas itu, pintu wad Taehyung itu dikuak perlahan dari luar. Kelihatannya Jimin berjalan masuk mendekati mereka berdua.

"Macam mana Taehyung?" soalnya.

"Dia dah sedar dah tadi. Cuma doktor bagi ubat penenang." Jimin mengangguk faham lalu melabuhkan punggung di sofa di sebelah Jungkook.

"Haa, Isyraf! Kau tengok tak kereta yang baru keluar tu? Hyundai Palisade? Halah halah halah lawanya."

Jungkook tergelak kecil.

"Memang lawa pun. Tengok dalam iklan dia kat tv tu halah halah yang driver kereta tu pun handsome."

"Hahaha! Tapi yang kat belakang yang rambut silver tu pun handsome juga."

Sedang rancak mereka berbual, tak sedar bahawa sudah empat jam berlalu. Entah apalah yang mereka bualkan. Sekejap tentang kereta, sekejap tentang keluarga dan sekejap tentang perempuan. Tak padan dengan ada bini!

"Taehyung!"

Mereka berdua mula mendekati Taehyung apabila ternampak jari Taehyung yang sedikit bergerak. Perlahan-lahan lelaki itu membuka mata. Tiba-tiba,

"Argh!" jerit Taehyung bila melihat dua manusia tak diundang kini berada di hadapannya.

"Taehyung kau okay tak?" soal Jimin dengan gelabah. Begitu dengan Jungkook yang cuba menahan Taehyung apabila melihat lelaki itu mula meronta dan menggelupur di atas katil.

"Aku tak nak sunat!" jeritnya lagi.

"Haa sunat? Apa kau merepek ni?" lalu mereka berdua terus tergelak. Manakala Taehyung hanya terdiam. Kenapa gelak?


"Ni mesti kau mimpi kitaorang nak sunatkan kau kan?" soal Jimin lagi manakala Jungkook sudahpun terbongkok-bongkok gelak. Amboi kau Isyraf! Dan pandai gelak ye?

Taehyung hanya memandang mereka dengan pandangan sepi memandangkan jantungnya masih berdegup kencang bila teringatkan mimpi tadi.

"Kau orang paksa aku sunat siap bawa parang lagi," jujur Taehyung.

"Halah, Taehyung. Mimpi saja tu. Tak ada maknanya kitaorang nak sunat kau pakai parang." Akhirnya Jungkook bersuara selepas penat bergelak tawa.

"Haih kau ni Taehyung! Tragis gila mimpi," kata Jimin.

"Tapi kan.. sunat tu apa? Aku nampak Jungkook selak kain aku," soal Taehyung dengan wajah yang penuh innocent. Jungkook dan Jimin mula berpandangan satu sama lain. Kemudian, terhambur pula ketawa dari mereka berdua sedangkan Taehyung masih lagi terpinga-pinga tidak mengerti.

[C] Lafaz Ijab Kabulmu ◽ jjkTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang