01 : Help

3K 395 64
                                    


"Help!"

"Korang ni tengok saja, tolonglah!" jerit salah seorang doktor kepada beberapa orang doktor pelatih.

"Apa dah berlaku? Kenapa ramai sangat patient ni?"

"Ada accident kat Penang Second Bridge."

"What?"

"Yes.. Kemalangan melibatkan 20 buah kereta. Semuanya dihantar ke hospital ni. Cepat panggil doktor-doktor lain!"

"Kenapa mesti hospital ni?"

"Sebab hospital ni paling dekatlah, budak!" dia membuat muka menyampah.

Lalu pesakit-pesakit itu mula dikerumuni oleh ramai doktor pakar, houseman dan jururawat.

Hanah yang masih tercegat di sebalik dinding itu masih terkaku dan mendiamkan diri. Mungkin dia masih baru dalam bidang kedoktoran dan masih lagi berpangkat doktor pelatih, dia merasa ragu dan takut untuk berhadapan dengan pesakit yang cedera parah seperti ini. Lagi-lagi pesakit yang ramai macam ini.

"Nur Hanah Aisyah! Buat apa tercegat kat situ lagi? Cepat mari sini tolong!" arah Puan Tasnim dengan wajah yang diketatkan. Mentang-mentanglah dia tu doktor pakar, tegas betul caranya untuk mengajar doktor baru seperti Hanah ni.

Hanah menarik nafas dalam sebelum berjalan perlahan mendekati Puan Tasnim yang sedang menolak katil hospital bersama Encik Fattah dan Puan Aida yang juga merupakan doktor di hospital itu.

"Cepatlah sikit! Terhegeh-hegeh!" Doktor Tasnim meninggikan suara.

Hanah mengetapkan gigi dan membulatkan mata menahan geram. Sabar Hanah sabar! Macam kau tak kenal dengan perangai doktor pakar macam Puan Tasnim tu macam mana?

Terus Hanah berlari ke arah mereka dan memandang pesakit yang berada di katil yang ditolak mereka tadi.

Didapati pesakit ialah seorang lelaki bukan warganegara. Kulit putih melepak semacam aje ni. China ke? Ke manusia albino yang diimport ke Malaysia? Kalau ye pun, kenapa kena Malaysia? Kenapa tak Afrika je?

Hanah menutup mulutnya yang hampir terhambur keluar ketawanya lalu lantas dijeling tajam oleh Doktor Tasnim.

"Awak nak buat kerja ke tak nak ni? Kalau nak main-main sila angkat kaki dan berambus! Pihak hospital ni pun tak perlu houseman yang tak ambil serius macam awak ni!" tegas Puan Tasnim lagi.

Berdesing telinga Hanah mendengarnya. Sakit hati? Itulah lumrah hidup sebagai seorang doktor pelatih. Tak apa Puan Tasnim! Nanti sepuluh tahun lagi aku jadi doktor pakar, kau tengoklah kau pula yang jadi hamba aku! Kata Hanah di dalam hati.

"Mencarut pasal saya laa tu! Awak ni nak tolong ke tak nak? Kan saya suruh awak resign kan lain pula ceritanya."

Hanah menggulingkan matanya buat seketika lalu menolak katil pesakit tadi. Memang tak dinafikan, lelaki yang berada di atas katil itu kelihatan cedera parah terutama di bahagian kepala.

Wajah lelaki itu ditatap buat seketika sebelum masuk ke wad kecemasan. Nasib baik handsome kalau tak dah lama aku sumbat kau dalam paya belakang rumah Mak Limah, jiran aku tu. Rungutnya dalam hati.

"Marah sikit melawan! Kan saya jolok juga mata tu pakai garpu berkarat nak?" bebel Puan Tasnim yang membuntutinya dari belakang bersama beberapa orang jururawat. Hanah hanya mengeluh berat. Kalau boleh nak saja dia cincang Puan Tasnim ni sekarang tapi itulah, siapalah dia nak lawan doktor pakar macam Puan Tasnim ni.

Puan Aida dan Encik Fattah sudahpun pergi memandangkan ramai lagi pesakit yang perlukan bantuan mereka. Biarlah Puan Tasnim yang mengambil pesakit ni. Lagipun Puan Tasnim tu dah pakar dan lebih berpengalaman berbanding mereka berdua.

Seusai saja pintu wad ditolak, katil itu terus dimasukkan ke dalam bilik itu.

"Okay now, saya nak tengok awak buat kerja, Hanah." Membulat mata Hanah mendengarnya.

Dia buat kerja? Seorang diri?

Tangannya mula menggigil. Bukannya dia tak pandai, tapi.. dia agak takut untuk berhadapan dengan pesakit yang tenat macam ni seorang diri. Sebelum ni pun waktu dia buat kerja, mesti ada doktor pelatih yang lain yang juga turut melakukan tugas yang sama bersamanya.

Tapi ini?

Dia seorang saja? Dan Puan Tasnim jangan haraplah nak tawarkan diri untuk bantu.

Sikap gelabah mula menguasai dirinya. Injection yang berada di atas meja terus dia capai dengan gelabah.

"Ke-kena suntik ke?"

"Eh taklah! Patahkan saja jarum tu.."

"Eh betul ke saya buat ni? Bukan ke kena check jantung dulu kan?"

"Haa pergi ambil pregnancy test kat hujung sana and check jantung dia." Puan Tasnim sudahpun mengetatkan wajahnya sambil menggulingkan mata.

"Ouh ye eh?" Dengan segala kekalutan serta kekecohan yang ada, Hanah terus menuju ke almari yang tersimpan alatan dan radas untuk mengambil benda yang disuruh Puan Tasnim tadi.

Puan Tasnim menepuk dahinya, "Hanah!!! You failed at this time! Macam ni ke apa yang awak belajar sebagai seorang doktor?!"

***

Gambar pesakit lelaki itu yang berada di tapak tangannya ditatap lama. Gambar itu dijumpai di dalam poket seluar lelaki itu semasa jururawat cuba menukarkan pakaiannya kepada pakaian hospital petang tadi.

Mungkin semasa selepas kemalangan tadi, barang-barang lelaki ini telah dirompak membuatkan dia kehilangan identiti.

Entah apa namanya. Warga apa entahlah lelaki ni. Muka lain semacam je.

Wajah lelaki yang memakai masker oksigen itu dipandang sekilas sebelum matanya memandang kepada gambar tadi semula.

Kelihatan lelaki ini sedang memaut pinggang seorang perempuan yang berambut panjang hingga ke paras punggung. Lawa orangnya.

"Dia ni orang China ke? Ke Jepun? Tak pun Korea? Mata sepet, kulit putih. Nasib baiklah kulit aku ni lebih putih dari dia" sempat Hanah membezakan warna kulitnya dengan lelaki tadi.

Nasib baiklah waktu ni cuma dia dan lelaki ni saja yang ada dalam wad ni. Maklumlah dia yang perlu mengambil tugas kepada lelaki ni bersama Puan Tasnim.

Gambar tadi diterbalikkan ke belakang dan mendapati ada tulisan di situ.

Jeon Jungkook will marry Park Hyuri at 12.00 p.m 7/7/2018 💕

Thanks for being my girlfriend until my age has reached 25 years old. I love you so much and I will take care of you, my dear ♥


Baru dia tahu bahawa lelaki ini adalah orang Korea bila namanya dibaca. Hanah menaikkan sebelah keningnya sebelum tangannya mencapai fail yang tertulis laporan pesakit Jungkook.


"Hmm.. dia kemalangan pada pukul 11.50a.m. Jadi maksudnya, dia tak sempat kahwinlah?" Hanah mengangguk perlahan tanda faham. Kertas laporan itu dibelek pula ke muka surat seterusnya.

"Amnesia?" Hanah mengetapkan bibir kerana simpati.

"Kesian kau Mr. Jeon. Dah lah accident, tak sempat kahwin, pastu amnesia pula tu? Mungkin lepas ni kau dah tak ingat dah bakal isteri kau tu kan? Ishh kesian.." Hanah mengeleng perlahan memandang Jungkook yang masih tidak sedarkan diri.





++++


[C] Lafaz Ijab Kabulmu ◽ jjkTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang