Aku duduk menghadap papa dan mama. Tangan ku letak atas riba. Dah serupa pengantin pula aku.
Bukannya apa, seriau je rasanya bila papa buat muka serius macam tu. Mama pun sama. Dah kenapa?
"Atiqah Nadia Binti my name." Wuishh.. Lagi seram bila papa buat lawak macam tu. Dah kenapa papa ni? Senyum sikit pun tak. Tiba2 buat lawak menakutkan.
"Ya pa?" Lambat-lambat aku menjawab. Wajah Along di sisiku ku tatap sekilas. Dan kenapa buaya ni ada sekali? Irfan yang duduk disebelah Along ku jeling tajam.
Menyebok je hal rumah tangga orang!
"Tahniah sayang!" Tiba-tiba lagi papa mengucapkan tahniah. Aku pandang mama, hairan. Senyuman mama akhirnya kelihatan.
"Congratulations sayang!!" Ucap mama lalu berluru ke arah ku, membawa aku masuk ke dakapannya.
"Yeay!" Sahutku. Walaupun tak tahu lagi apa yang tahniah nya.
"Tak sangka ada juga yang nak kat anak perempuan papa ni." Ujar papa lagi.
Kali ni aku betul-betul blur.
"Hah?" Wajah mama dan papa aku pandang silih berganti.
"Kenal Irfan kan?" Automatically pandanganku beralih ke arah tuan punya badan.
Irfan pun tengah pandang aku. Aku mencebik ke arahnya.
"Ha ah. Kenal sangat pa." Buaya kampus, siapa je yang tak kenal?
"Haaa elok la kalau dah kenal. Lagi memudahkan segala urusan." Ujar papa pula. Berbunga bunga.
"Pa.. Anak papa yang sorang ni lembab. Rasanya.. Dia tak dapat tangkap lagi apa yang papa cuba sampaikan." Ujar Along tiba tiba.
Dan semua mata kini memandang ke arahku. Ye?
"Yaya faham tak apa yang mama tahniahkan sangat tadi tu?" Soal mama ke arahku.
Ye tak ye juga.. Apa benda yang tahniah sangat tadi tu?? Perlahan aku menggeleng.
"Kan Along dah cakap." Aku jeling Along di sebelah. Eleh dia ni.. Cakap je lebih.
"Maksud papa dengan mama tadi tu... Tahniah!! .. Sebab dah ada orang masuk meminang Yaya." Jelas papa.
"Oooo.. Tu je ke. Ingatkan apa la yang di tahniah kan sangat tadi." Jawabku.
"Yaaa..dan kamu setuju kan?" Soal mama.
"Setuju apanya?" Serius blur.
"Aih..yang di pinang tu kamu. Setuju ke tidak?" Soal mama lagi.
"Ooo.. Okay. Setuju setuju." Semua dah tarik nafas lega.
Eh kejap! Jap jap jap!
"Ma... U said that.. Ada org pinang Yaya? PINANG YAYA? As in.. Kahwin ma?!" Aku terkejut besar. Sangat terkejut!
"Laa.. Tadi cakap setuju tu tak tahu the whole story lagi rupanya." Papa dah tepuk dahi. Mama pula angguk kepala. Mengiyakan pertanyaan ku.
Wth! Aku baru 25 kot!
"But ma.... Isn't it too early for me??" Soalku merayu simpati. Lah sangat.
"Early apanya.. Kau tu dah 25. Kawan-kawan kau yang lain dah ada dua tiga anak dah pun." Eh eh Along ni. Menyampuk je keje.
"Eleh. Sendiri bujang. Si Timah tu pun belum kahwin lagi. Still single mingle triangle." Jawabku seraya menjelirkan lidah ke arah Along.
"Dah dah. Korang jangan gaduh." Papa menghentikan tikaman lidah manis antara kami. "Yaya."
Aku pandang papa. "Pa... Yaya masih muda la pa."
Mama yang kini duduk dekat sofa bersebelahanku, memegang erat tangan kiriku.
"Yaya dah lupa ke janji Yaya dengan mama dan papa dulu?" Soal mama pula.
"Janji?" Aku mengimbas memori ku. Cuba mengingati janji yang dimaksudkan.
------------------------------------------------------------
2 tahun lalu..."Yaya dah ada teman istimewa ke?" Soal mama tiba tiba sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di sisinya.
Mama dah kenapa ni tanya soalan luar alam macam ni.?
Aku menggeleng. "Tak ada ma.. Lagipun, Yaya malas nak bercinta cinta sekarang ni. Nak focus study dulu." Ujarku memberi jawapan selamat.
"Papa tak suruh pun Yaya sambung study. Boleh je Yaya ambil ahli syarikat papa. Lagipun Along dah ada syarikat dia sendiri." Ujar papa pula.
Adoii.. Dah kenapa dengan parents aku malam ni?
"Err.. Tak pe la.. Yaya nak belajar dulu. Nak mula dari bawah. Lebih selesa macam tu. Hehheh. " Aku sengih kekok.
"Mama dengan papa ni bukannya apa.. Tapi.. Bila mama tengok anak-anak kawan mama dah kahwin.. Kawan mama dapat cucu.. Mama teringin nak merasa la pula."
Lahaii.. Tu je ke.. Senang masalah mama ni.
"Suruh je la Along kahwin. Settle masalah." Ujarku memberi saranan.
"You do know that your brother tu workaholic right?.. Mananya dia nak fikir semua benda tu." Pak aiii.. Dah keluar dah English papa aku.
"Alah.. Takkan la Along tak terniat sikit pun nak cari isteri.. Nak hidup bahagia macam orang lain. Lagipun Along tua dari Yaya. Patut Along la yang kahwin dulu. " Fuh ayat. Nak mengelak kenalah pandai berbelit belit. Wuhahahaha.
"Tua apanya. Kamu tu kembar. Tua beberapa jam tu tak dikira." Ujar papa lagi.
"Eeee.. Sama la juga tu.."
"Dan.. Along kamu tu.. Tak nak kahwin punya.. Takkan kamu dah lupa cinta tak kesampaiannya tahun lepas.? Still tak move on lagi rasanya Along kamu tu."
Aduiiii betul gak. Aduiiii aduiii.
"Macam ni la ma, pa. Kalau mama ngan papa nak Yaya kahwin. Tunggu umur Yaya 25 tahun. Kalau masa tu, Yaya tak kahwin-kahwin lagi.. Pepandai mama ngan papa lah nak buat apa." Ujarku memberi kata putus. Malas nak panjangkan cerita sebenarnya.
Mama dah tunjuk muka ceria. Papa pula buat muka poker face. Tapi aku tahu.. Papa teruja juga tu. Biasala lelaki. Reaction kena control beb!
"Janji?" Mama buat pinky promise. Lahai.. Mama tau juga rupanya mende promise2 ni.
Jari kelingking ku bersatu dengan mama. "Janji ma."
-------------------------------------------------------------"Laaa. Janji tu ke? Tak boleh batal ke ma, pa? Sebab.. Yaya tak ingat langsung kat janji tu." Aku sengih.
"Dah berjanji tu tak boleh batalkan. Lagipun papa dan mama dah terima pinangan Irfan." Lancar papa bersuara.
Aku pula yang tersedak. "Irfan?! As in Mohd Irfan Daniel ni?!" Wajahnya yang duduk tenang di samping Along, ku tunjuk.
Papa angguk. Begitu juga mama.
Wth?! So I am his fiancé now? Irfan's fiance?! Like seriously?! Oh my god!
Wajah si sang buaya ku pandang tajam. Apa rancangan mamat ni?
Tbc..
So how is it so far?Bahek tak bahek??
YOU ARE READING
My One and Only Budak
RomanceEvery story has its beginning and also an ending. Whether u like it or not...semua akan berlaku. Atas kehendak-Nya. Well. Don't worry. This is not a sad story. Some part of it may-be cliché nak mateee. But yeah. Happy reading! ...