Bagai Anjing Dengan Kucing Part 2

14 1 0
                                    

Aku memandang ke arahnya yang sedang berjalan mendekati mejanya. Di sebelahku!

Kelas ni bukannya kecil! Duduk kat tempat lain tak boleh ke? Dah lah semua orang pandang aku semacam. Ish!

Masa sesi perkenalkan diri tadi, sempat lagi dia kenyitkan mata kearahku. Apa buaya ni mahu sebenarnya? Nak buat aku jadi mangsa dia yang seterusnya ke apa?

Aku menjauhi dia seraya menghimpit Timah disebelah.

"Kau pehal doh?" Soalnya berbisik.

"Aku tak nak dekat dengan buaya ni." Jawabku, juga berbisik.

"Tapi aku nak dekat dengan kau." Ujar satu suara, juga berbisik. Aku toleh ke kiri. Eeee dia ni lah! Mamat buaya tu turut merapatkan diri ke arahku.

"Ee duduk jauh jauh boleh tak. Duduk depan ke.. Sana ke? Tak pun, keluar terus." Sinis aku membalas.

Dia senyum kecil tanpa memandangku lalu membalas perlahan. "No. Aku takkan keluar." Tatapannya kini beralih padaku. "Selagi aku tak dapat hati kau."

Duh.. Dah kenapa dengan mamat ni? Wajahnya yang kini kembali menatap sir dihadapan, aku kerling sekilas.

"Hati aku? Believe me. Kau takkan dapat punya." Dulu ya, aku mengaku, aku-agak-minat-kat-dia. Tapi semenjak kelmarin, sejak fitnah yang dia buat tu.. No, aku putuskan untuk padam terus perasaan minat tu.

Dia senyum sinis. "Wise words, princess. Wise words."

Aku mengerutkan dahi mendengar ayatnya. Pehal dia ni?! Nak ajak aku bergaduh ke apa.

"Kau, nanti lunch break, jumpa aku kat taman. Ada benda aku nak settle." Ujarku kepadanya perlahan.

"Smooth. Nak ajak dating tu, cakap je lah terang terang." Tuturnya pula. Lahai mamat ni. Perasan lebih!

"Irfan, Nadia. Ada apa apa yang kamu nak tambah kat slide saya ni ke?" Soalan Sir Clarence, mengejutkan aku dari bentakan amarah. Tapi kejung juga aku. Dah sir mention out nama kau, siapa tak kejung. Tapi, siapa Irfan?

"No sir." Jawabnya tenang disebelahku. Ouu, buaya ni nama Irfan. Nama dah bagus dah, perangai. Cusssss!

Dah berapa lama kami usha dia, baru aku tahu nama sebenar mamat yang aku gelarkan buaya ni apa. Ke Liya dan Timah ada sebut tapi aku yang lupa? Well. Benda tak berapa nak penting kan. Ish ish ish Yaya. Lembab bukan main lagi kau ni.

"Lain kali kalau saya mengajar kat depan, jangan bercerita kat belakang. Faham?" Marah benar Sir Clarence ni. Chill sudah lah.

"Faham sir, and we're sorry." Ucap si buaya- Err Irfan. Aku sekadar mengangguk perlahan kearah sir.

Sir mengangguk puas hati lalu kembali mengajar di hadapan. Kali ni, aku fokuskan pandangan dan otak aku ke depan. Tak payah nak sibuk hal mamat buaya kat sebelah aku ni.

Kang tak pasal pasal, kena marah sekali lagi.
____________________________________________
Aku bergerak ke Taman Sains kampus setelah selesai mengisi perut. Liya sakit perut, so dia ke toilet kejap. Dan Timah temankan dia.

Dan sini lah aku seorang diri. Kelibat mamat buaya tu aku cari.

Mana dia ni?

"Yo." Eh mak kau! Fuh, sebaik melatah dalam hati je. Kalau tak, malu woh. Dan siapa juga yang me-yo yo-kan aku ni?

Aku pandang belakang. "Apa yo yo?"

"Yo princess.. Kenapa nak jumpa dengan aku kat tempat macam ni? You know this place is kinda romantic, right?" Dia melabuh punggung di kerusi kayu buatan hadapanku.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 14, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

My One and Only BudakWhere stories live. Discover now