Khai P. O. V
Aku melabuhkan duduk diatas katil. Memandang kearah Syakila yang berbaring membelakangkan aku.
'Haih, apalah nasib. Baru je get back dah gaduh balik.' Bisik aku sendiri.
"Sya." Panggil aku. Perlahan.
Diam, tiada balasan.
"Sya, jom makan." Ucap aku lagi.
Masih diam.
Aku melepaskan keluhan. Perlahan-lahan aku berganjak lalu berbaring sambil memandang belakang tubuhnya yang membelakangiku. Aku memeluk pinggang Syakila dari belakang.
Dingin. Kaku. Tiada reaksi.
Aku merapatkan lagi tubuh aku dengan tubuhnya, sehingga aku boleh menghidu haruman syampu yang dipakai Syakila. Aku mengeratkan pelukan. Belakang kepalanya aku kucup lembut dan lama.
"I'm sorry. Khai tau Khai salah. Tapi jangan lah macam ni sampai tak nak makan." Bisik aku ditelinganya.
Tiba-tiba sahaja dia meleraikan pelukan dan berdiri disisi katil. Tajam pandangan matanya kearah aku.
Aku menelan liur. Aku terus bangun untuk duduk.
"Puas hati Khai? Puas?" Tanya Syakila dengan nada marah.
Aku terdiam, tidak mampu untuk menjawab.
"Sya dah kata, ibu takkan terima orang bila dia dah benci. Khai degil, tengok apa jadi tadi. Depan mata Sya sendiri ibu hina Khai. Yang sebelum-sebelum ni, Sya tak tau apa dah jadi." Luah Syakila. Dia meraup wajahnya kasar, tampak serabut.
Aku bangun lalu menghampiri Syakila. Namun baru aku mahu mendakap tubuhnya, dengan pantas dia menolak.
"Sya tak tau apa yang Khai fikir sampai sanggup buat keputusan macam tu. Sebelum ni pun, sebab decision Khai yang gila tulah kita sama-sama merana. Khai nak sangat ke benda macam tu jadi lagi?" Mata Syakila mula menampakkan kaca airmata.
Aku sekadar tegak membatu mendengar luahan Syakila.
"Sya kenal sangat ibu Sya macam mana. Ibu boleh buat apa je termasuklah pisahkan kita." Dia mula menitiskan airmata.
"Khai sanggup ke kalau kita terpisah lagi? Sanggup ke?" Syakila mula menolak dan memukul bahu aku. Tangisan dia semakin menjadi.
Hati aku diruntun sebak.
Serta merta aku menangkap tangan Syakila yang memukul bahu aku lalu menariknya sedikit kuat, membuatkan dirinya terus terdorong kearah aku. Aku segera mendakap erat tubuhnya.
"Sya dah tak sanggup, Khai. Sya tak sanggup. Sakit, sakit sangat lima bulan tu. Sya tak nak." Syakila menggumam didalam pelukanku.
Aku mengucup ubun-ubun Syakila seraya mendaratkan dagu aku diatas kepalanya.
"I'm sorry, my love. I'm so sorry." Ucap aku dan mengeratkan lagi pelukan aku pada tubuh Syakila.
*****
Aku terjaga! 2.57 pagi.
Dapat aku rasakan peluh resah mengalir membasahi dahi dan baju yang aku pakai.
Aku meraup wajah dengan sebelah tangan. Aku terdiam merenung siling bilik.
'Apa maksud mimpi tu?' Bisik hati aku.
Syakila yang lena berbantalkan lengan aku, aku pandang penuh kasih. Tenang seketika aku rasakan apabila memandang wajah mulus Syakila.
'Apa sebenarnya makna mimpi tu?' Bisik hati aku lagi. Kembali risau.
Perlahan-lahan aku mengalihkan kepala Syakila daripada lengan aku dan meletakkannya diatas bantal.
Aku bangun perlahan-lahan menjauhi katil dan bergerak kearah meja belajar. Lampu belajar aku pasang. Cahaya daripada lampu belajar tersebut menerangi bilik yang tadinya gelap.
Buku berwarna hitam aku capai bersama sebatang pen. Helaian demi helaian aku selak sehinggalah tiba pada helaian yang masih kosong. Penutup pen aku buka, dan mula menuliskan sesuatu pada helaian kosong tersebut.
Mimpi!?
Apa sebenarnya mimpi tu? Ada org kata, mainan tidur. Tp ada juga org kata mimpi tu satu petanda. Entahlh, aku sendiri pelik dengan mimpi aku kali ni. Nampak mcm real. Everything was so fast.And the most important thing adalah aku dh mimpi benda sama tiga malam berturut-turut. Apa semua ni? Apa maksud mimpi aku kali ni?
Penulisan aku terhenti. Aku melepaskan keluhan berat kerana masih terbayangkan mimpi tersebut.
Kenapa Syakila? Aku tak fhm, kenapa msti aku mimpikan Syakila accident untuk tiga malam berturut. Apa semua ni? Apa?
Kalo lha bnda ni satu petanda akn jd, aku snggup... Aku snggup jd penggnti untuk Sya...aku snggup bgi nyawa aku untuk Sya...
Aku tersentak apabila sepasang tangan memeluk mesra leher aku dari belakang. Dengan pantas aku menutup buku tersebut.
"Tulis apa tu?" Bisik dia sedikit serak.
"Tak ada apa. Just normal diary." Dalih aku.
"Nak baca!" Pinta dia tiba-tiba lalu melepaskan pelukan pada leher aku.
"Eh, mana boleh! Ni diari Khai. Privacy okay." Aku pantas menghalang.
"Alah, macam orang tak pernah baca." Ujarnya masih berusaha mencapai buku hitam tersebut.
"Yang lepas tu lepaslah, yang baru ni tak boleh baca." Balas aku. Buku tersebut aku simpan ke dalam laci lalu menguncinya.
Syakila menayangkan wajah cemberut. Tidak puas hati.
"Ni mesti Khai mengumpat Sya, sebab tu tak nak tunjukkan?"
"Mana adalah sayang, Takde benda menarik pun dalam tu. Just cerita rutin harian je."
"Habistu kalau takde benda menarik, kenapa kena sampai sorok bagai. Bagi jelah Sya baca." Protes Syakila. Masih monyok. Mulut dimuncungkan.
CHUPP!!
Aku tergelak melihat wajahnya yang nyata terkejut dengan tindakan tak diduga aku tadi.
"Eee... Suka ambil kesempatan." Marah Syakila. Tapi wajahnya berona merah. Malu lah tu.
"Mana ada ambil kesempatan. Dah Sya buat muncung macam tu, ingatkan nak minta kiss." Aku ketawa. Syakila nyata tidak berpuas hati.
"Dah lah, nak sambung tido." Syakula berjalan sambil menghentak-hentakan kaki menuju ke katil.
Aku terhibur dengan gelagat Syakila pagi-pagi buta ni.
'Don't worry, satu hari nanti Sya akan baca juga diari ni.' Desis hati aku.
Ah! She's my everything. Dia cinta, dia semangat, dia my happy pills dan dia nyawa aku. Aku tak boleh kehilangan dia.
Tolonglah mimpi tu tak bermaksud apa-apa.!!!
Sorry for the late update.... 🙏🙏🙏
Kaliannnnnn... Just nak share..
Baca story from tunteja274...sumpah best wehhh....

ANDA SEDANG MEMBACA
Only you, my love! (GxG) {COMPLETED}
Romance"Aku tak main-main Sya! Sungguh aku cintakan kau. Dari awal aku jumpa kau, aku dah mula sayangkan kau, cintakan kau." - Khai- Khairun Rafiqi, kerana cinta dia sanggup lakukan apa sahaja untuk kekasih hatinya. Apa sahaja, biarpun hatinya sendiri yan...