A

4 0 0
                                    

Qayra Imani seorang perempuan yang sangat cantik berumur 20 tahun. Mempunyai sepasang mata yang berwarna soft brown. Pipinya runcing rambutnya yang pendek berwarna sedikit keperangan semula jadi. Dia mengambil ijazah dalam jurusan Civil Engineering di UiTM Shah Alam. Hasratnya ingin sambung ke luar negara punah apabila tidak dapat mengumpul wangnya sendiri secukupnya. Jantina perempuan hanya terletak pada kad pengenalannya. Lagak nya seperti seorang lelaki . Bukan di buat buat, tetapi sejak kecil lagi perangainya memang begitu.

'Ayah kenapa ada orang ambil gambar tepi jalan ni. Kan bahaya'

'Bukan ambil gambar , sayang. Itu dia buat kerja. Ayah pun tak tahu apa orang panggil alat tu'

'Qayra dengar sini pesan ayah baik baik. Nanti dah besar, Qayra belajar betul betul sehingga berjaya. Bukan hanya di dunia tapi di akhirat kelak. Jangan terlalu mengejar dunia. Solat jangan tinggal. Tanggungjawab sorang anak itu jangan dilupakan. Nanti kalau ayah dah takde jaga Umi baik baik'

Qayra tersenyum seorang diri apabila teringat perbualan antara dia dan arwah ayahnya sewaktu dia berusia 6 tahun. Kata kata ayahnya lah menjadi semangat dia untuk menjalani kehidupan. Setelah mendalami ilmu Kejuruteraan Awam, baru dia tahu alat yang dibualkan itu adalah alat ukur aras yang berfungsi untuk mengira jarak dua titik antara datum dan permukaan aras bumi.

Ayahnya meninggal dunia sewaktu umurnya 12 tahun kerana terlibat dalam kemalangan semasa pulang dari kerja.

Hidupnya bertambah derita apabila ibunya mengalami gangguan emosi sebaik saja suaminya meninggal dunia . Ibu nya terpaksa di kerap berjumpa dengan pakar psikiatri. Dengan kesibukkan dirinya , dia telah hantar ibunya ke rumah orang tua untuk mendapatkan perlindungan yang lebih baik dan berjanji akan mengambil ibu apabila sudah berjaya .

'Umi, Qayra janji akan belajar bersungguh sungguh dan dapat kerja je Qayra akan kumpul duit untuk bawa umi keluar dari sini dan dapatkan rawatan yang lebih bagus okay'

Namun ibunya termenung sahaja tanpa sebarang respon.

Qayra di jaga oleh makciknya . Pada mulanya, dia tidak ingin meninggalkan rumah peninggalan arwah ayahnya. Akhirnya dia setuju untuk berpindah kerana tiada siapa ada untuk menjaga makan minum .

Itu sahaja peninggalan arwah bapanya itu kerana kenderaan dan harta yang lain telah di sita oleh kerajaan.

'Aunty Ros, Qayra janji akan bayar balik jasa aunty yang telah besarkan Qayra'

'Alah Qayra! Takpe Qayra cuma perlu belajar bersungguh sungguh je untuk buktikan dekat umi dan arwah ayah '

Saat mengimbau peristiwa dahulu, tiba tiba ada seorang perempuan menegurnya.

'Oii kau ni asal aku jumpa kau je termenung, asal jumpa je termenung' teguran Lily telah mengejutkan Qayra daripada lamunannya.

'Kau ni cuba bagi salam dulu ni main terjah je. Haih berapa kali nak ajar'

'HELLO Qayra Imani! I dah bagi salam banyak kali okayyyy! You tu yang pekak'

'Lah yeke? Sorry Dailily Anisa. Sejak bila pandai ber I , You dengan aku ni! Geliii'

'Kau ni bagilah support aku nak jadi baik ni. Aku, kau kan kasar'

'Sudahlah Lily , banyak benda lagi kau boleh buat untuk jadi baik. Dah lah layan kau ni sampai esok tak habis. Jom buat assignment sama sama'

'Kau ni cakap pasal assignment pula . Spoil mood aku lah' balas Lily.

Lily adalah kawan baik Qayra sejak sekolah menengah lagi. Dia juga mengambil jurusan yang sama dengan Qayra. Hanya Lily seorang yang tahu segala rahsia yang disimpan Qayra.

'Weh jalan lembut lah sikit Qay! Kau tu perempuan tau'

'Eh alamak aku lupaa. Alah aku tak boleh lah berubah terus. Susah tahu tak!'

'Yyeyeye aku ajar . Jalan kepit sikit okay macam ni hah' Lily cuba untuk mengajar Qayra.

Melihat cara Qayra berjalan seperti seorang perempuan sejati, Lily terus ketawa terbahak bahak dengan kuatnya.

'Hah kau tengok tu! Gelakkan aku lagi. Dah ah kau taknak kawan' Qayra terus berjalan laju meninggalkan Lily.

'Wehh sabarlah. Penat nak kejarr!!!!'

Si Venustraphobia.Where stories live. Discover now