Esok nya akan bermula cuti sem. Dan esok juga Qayra akan mula bekerja.
Pada malam itu dia ingin menelefon Adyan, tapi malangnya dia tiada sebarang nombor telefon atau email. Dalam fikirannya ingin sahaja meminta aunty Ros tetapi perasaan malu menyelebungi diri. Malam itu, pakaian kerja nya sudah tersiap digosok. Sungguh semangat untuk memulakan hari pertama sebagai seorang pekerja.
......
*azan subuh berkumandang
Qayra terus bangun apabila jam lonceng berbunyi. Sudah menjadi kebiasaan bangun pada pukul 5:30 pagi kerana ibunya selalu berpesan untuk bangun pagi .
Selesai solat subuh, dia terus menyiapkan sarapan . Ini menjadi rutin Qayra pada setiap cuti sem . Dia memanggil aunty Ros untuk bersarapan bersama . Dengan berat hati, dia terus menanyakan soalan.
'Aunty, Restoran Adyan usually buka pukul berapa?''Pukul 7 pagi dah buka !' Balas makciknya itu.
Jawapan makcik nya itu telah mengejutkannya kerana jam menunjukkan pukul 8:48 a.m.
'Alamakk harini dah lah first day kerja!! Bye aunty , Qay nak bersiap dulu!'
'Alah awak kan bakal isteri dia. Dia mesti okay je kalau lambat'. Sempat makcik Ros mengusiknya.
Semakin besar langkah yang di ambil Qayra kerana tak sanggup mendengar gurau aunty Ros itu .
.....Sudah tiba di restoran Adyan,
dia terus memasuki restoran itu dengan melangkah kaki kanan dan membacakan basmallah.Semua pekerja terus memandangnya. Dari jauh terlihat Adyan sedang menghampirinya.
'Awal eh kau datang. Meh sini aku bawa jumpa chef' kata Adyan.
Namanya saja sudah menakutkan. 'Chef Syuk' . Kami terus menuju ke ruang dapur.
'Good morning Chef! She's your new assistant'
Dengan penuh gayanya, Syuk terus memandang Qayra. Saat itu Qayra memandangnya tanpa berkelip. Perasaan gelisah dan takut bercampur, ditambahkan lagi dengan kekacakkannya.
'Just leave her on me. This girl can be handle with' kata Chef Syuk.
'Are you ready?' Tanya chef kepada Qayra.
'YES!' Balas Qayra dengan penuh semangat. Hatinya berdegup dengan laju apabila pekerja pekerja lain memerhatikannya.
Haih aku ingat first day ni baru nak berkenalan dengan staff dulu! Bebel Qayra didalam hati.
Sesudah selesai Chef itu memberi tunjuk ajar, maka sudah tercatatlah hari pertama dia bekerja. Walaupun Qayra kelihatan penat di tetap meneruskan.
'Awak okay ke tak ni? Kalau penat rehat dulu' kata Chef itu.
'Eh panggil Iman je. Takpe boleh lagi ni' nak saja berehat tapi takut apa yang akan diperkatakan oleh staff lain.
Adyan sebelum ini telah memberi jadual restoran itu dan peraturan bekerja yang perlu diikutinya.
Walaupun Adyan seorang yang berkelakuan agak kasar, namun dia seorang yang baik .'Nanti dah habis ni Iman sapu dan mop lantai dapur . Kalau awak penat... Eh kalau Im penat cakap. Nanti Syuk sambung . Lepastu awak dah boleh balik' Kata kata chef itu melembutkan hati Qayra.
'Eh no hal Chef! Takpe saya boleh buat' balas Qayra.
Penatnya terus hilang apabila seorang Chef yang handsome,tall and dark berkata kata seperti itu kepadanya . Tapi kekacakkannya tidak diambil kisah oleh Qayra.
Setelah selesai menyapu dan mengemop lantai seorang diri di bahagian dapur kerana ramai staff sudah balik, tiba tiba Qayra merasakan ada orang datang daripada belakang. Dia sudah bersiap sedia dengan batang mop untuk memukul .
Tanpa membuang masa 'Iyakkkkk' tepat batang mop itu terkena di dahi lelaki itu.
'Aduhhhh! Sakit lahhh!! relax lah ni aku lahhh' balas lelaki itu dengan nada kesakitan.
Rupa rupanya itu lelaki yang melanggar Lily tempoh hari. Qayra rasa sebersalah lalu mengambil kain dan beberapa ketul ais di peti ais.
'Ehh sorry kau ni bagi lah salam dulu' bentak Qayra.
'Yeye aku tak sempat kau dah bertindak dulu. Nama aku Luqman Al Hafiz panggil Luq je. Nama kau siapa?'
'Sorry tauu. Nama aku Imani, panggil Iman je' Qayra lebih digemari dipanggil Iman dari orang yang baru dikenali.
'Takpelah. Ni aku nak letak pinggan tu tadi kat dapur' jelas Luqman
'Kau tak nampak ke aku tenga mop lantai ni?'
'Ye lah sorry juga. Dah lah aku nak balik ni kau boleh tak sorang sorang?. Takpelah aku tunggu kau' kata LuqmanLalu Qayra hanya suruh dia balik terlebih dahulu kerana takut menyusahkannya.
Luqman seorang lelaki yang pelik tetapi mempunyai muka yang agak tampan. Matanya yang sedikit sepet, rambutnya yang disikat kemas , rapi dan style. Cukup untuk menarik perhatian gadis gadis di luar tetapi bukan Qayra.
Luqman pun terus pulang ke rumah meninggalkan Qayra seorang diri. Dia risau akan Qayra tetapi dia percaya bahawa wanita itu pandai menjaga diri. Sudah terang penampilan dia boleh di baca oleh semua orang.