B

3 0 0
                                    

*sedang pensyarah mengajar di hadapan

' PUKK! Bunyi tepukan Qayra menepuk bahu Lily.

'Aduhhh!!' Lily melontarkan suara kesakitan apabila Qayra memukulnya dengan kuat.

Semua pelajar yang berdekatan dengannya terus memandang.

'Ehh sorrg sorry!' Lily meminta maaf kepada mereka.

Lily terus memandang Qayra dengan pandangan yang tajam.

'Weh kau nak apa? Sakit tahu takkkkk?!!'

'Yeye sorry . Weh lepas class ni teman aku beli buku nak'

'Kalau lepas kelas, cakap dengan aku lepas kelas . Aku nak focus ni'

Qayra terus menjelingnya. Dalam hatinya terdetik persoalan sejak bila lah Lily nak focus dalam kelas .

'Weh kenapa result aku tak segempak kau? Kesian parents aku keluarkan duit banyak banyak! Lepas ni aku nak focussss!'

Tiba tiba Qayra teringat kata kata Lily sewaktu semester 2.

........

Selepas kelas tamat..

'Hah Qay kita nak pergi mana ni?'

'Jom masuk kereta dulu. Kau ikut je aku nak pergi mana '

Mereka terus menuju ke pakir kenderaan lalu mereka terus menaiki kereta jenis Produa Myvi milik Qayra yang dihadiahkan oleh makciknya sempena ulang tahun yang ke 19 tahun.

'Okay sudah sampai ke destinasi'

'Lah kedai buku je ke? Aku ingat nak shopping ke apa! Baru excited'

'HAHAH yelah kalau aku bagitau aku nak pergi mana mesti kau taknak ikut'

'Kau ni kita dah nak cuti sem ni. Buku apa lagi kau nak beliii?'

'Kita ni nak cuti sem je tau. Belum graduate lagi makcik Lily'

Lalu Qayra yang hanya memakai seluar jeans dan T-shirt lengan pendek berjenama Levi's bersama topi Adidas dan sneakers turun dari kereta berbanding Lily yang memakai dress dan kasut tumit tinggi.

'Weh nanti mesti orang ingat aku ni lesbian kan HAHAHA'

Qayra terus menjeling Lily dan meninggalkannya.

'Dah lah kau kalau malu jalan dengan aku biar aku jalan sorang!' Qayra membuat reaksi merajuk.

'Wey wey tunggu. Aku gurau lah tak gunaaa' Lily terus memeluk tangan Qayra

'Yeyeye takyah peluk peluk geli'. kata Qayra setiap kali rakan baiknya ingin bermanja.

Mata Qayra sudah rambang melihat buku buku. Sudah menjadi hobinya untuk membeli dan membuat koleksi. Qayra terus tekun memilih buku yang hendak dibelinya.

'How to be a success Engineer'
'Muslim sejati'
'Fixi - Videotape'

Ini antara tajuk buku yang menjadi pilihannya. Pada awalnya dia hanya mahu membeli 3 buah buku . Namun matanya terlihat dua buah novel yang menarik perhatiannya iaitu 'Cleaner itu Suamiku' dan 'Perhentian Hidup'.

'Weh Lily mana satu kau rasa best ah' malangnya tiada sebarang respon. Dia terus melihat sekelilingnya. Rupa rupanya Lily sudah tidak bersamanya. Qayra terus mencari Lily.

.......

POV LILY

'Macam best je colouring book ni' Lily terus mencapai untuk membelinya. Sewaktu dia ingin pergi ke Qayra tiba tiba.

*Gedebuk!

Buku yang dipegang Lily jatuh ke lantai. Seorang lelaki melanggarnya.

'Woi kau ni jalan tengok depan lah. Mata kau mana!'

Lelaki itu hanya memandang bawah. Jantungnya berdetak dengan laju. Tanpa menghiraukannya, lelaki itu terus pergi tanpa menolong atau berkata apa apa.

'Son of fish!!! Dah lah tak tolong angkat buku aku ni. Terus bla macam tu je' bebel Lily seorang diri sambil mengangkat bukunya. Tanpa disedari kejadian itu disaksikan oleh Qayra .

Sewaktu Lily bangun setelah mengambil bukunya yang jatuh..

'HAHAHA padan muka kau dia tak tolong . Tu lah buat dosa lagi dengan aku. Tapi peliklah mamat tu kenapa dia tak pandang kau lansung?Minta maaf pun tak'

'Diam lah kau. Kau pun satu bukan nak tolong aku. Pergi kahwin jelah dengan mamat tu. Dah lantak lah dia, jom pergi makan. Lapar pula lah tengok muka dia tadi'

'Ei please lah . He's not my type. Hah jom. Eh jap sebelum tu novel mana hah best? ' Qayra terus meminta Lily untuk memilih novel untuknya .

Selesai membuat pembayaran buku, mereka terus pergi makan di sebuah restoran berhampiran.

Si Venustraphobia.Where stories live. Discover now