D

4 0 0
                                    

   Pada awal pagi lagi , Qayra sudah bersiap sedia ingin pergi ke kampus. Tanpa sempat bersarapan , dia kelihatan bergegas.

   'Eh happy ya harini. Sebab semalam ke' usik aunty Ros itu.

  'Haah Qayra happy sangat sebab takyah fikir mana nak cari kerja cuti sem ni' jelas Qayra kepada makcik nya itu.

   'Okey aunty Qay pergi dulu!!!'

  Dalam hati Qay tidak sabar ingin berjumpa Lily di kampus. Seperti biasa mereka akan bergosip setiap kali berjumpa. Tiba di kampus , Qayra terus menelefon Lily untuk berjumpa di tempat biasa .
 
     Setelah hampir 10 minit Lily tunggu di library, baru Qayra tiba. Dari jauh lagi Lily sudah dapat meneka perasaan Qayra .

    'Weh weh weh weh aku dah ada kerja untuk cuti sem ni!!!' Qayra terus berkata kata sebelum sempat duduk di kerusi.

   'Lahhhhhhh ni jeke yang buat kau happy. Kau nak kerja buat apa? Baik kau duduk rumah . Nikmati percutian' kata Lily. Qayra sudah biasa dengan sikap Lily yang hanya tahu makan dan tidur apabila cuti sem bermula.

    Qayra tidak mempunyai kawan perempuan yang rapat seperti Lily. Sifat kasar Qayra hanya akan di fahami oleh Lily sahaja. Dia hanya disenangi oleh pelajar lelaki tapi dia bukan jenis seorang yang melayan. Dia juga lebih selesa berkawan dengan Lily .

   Semakin hampir dengan cuti sem . Hati Qayra  sungguh berdebar kerana itu akan menjadi pengalaman dia bergelar seorang pekerja kerana cuti sem yang lepas dia hanya duduk di rumah menemani aunty Ros yang keseorangan apabila suaminya meninggal sewaktu dia berusia 40 tahun.

Dia menjadi lebih semangat apabila meningati ibu nya yang dihantar di rumah orang tua. Dia sangat bertekad akan mengambil ibunya semula dan menjaganya.

    Selepas kuliah tamat, Qayra biasanya akan ke perpustakaan kerana ingin mengulangkaji pelajaran  . Sewaktu sedang mencari buku untuk di pinjam dia tiba tiba teringat pekerja lelaki yang menghantar makanan tempoh hari adalah lelaki yang melanggar Lily sewaktu di kedai buku. Perkara itu terus menjadi gosip nombor satu yang ingin dikatakan kepada Lily

.......

   'Lily jom teman aku shopping kat Pavilion. Jangan risau aku amik kau. Aku otw ni cepat siap perempuan!' ajak Qayra melalui telefon bimbit. Belum sempat Lily berkata apa apa dia terus mematikan telefonnya.

  Tiba di mall......

'Kau punya shopping tu aku ingat nak beli baju lawa lawa ke apa kat Pavi. Ni nak beli cap, kemeja putih dengan seluar slack je? Kat rumah macam takde ' bebel Lily.

  'Kau ni cuba support sikit. Hari tu nanti bakal jadi hari bersejarah buat aku! Mestilah kena gempak gempak' kata kata Qayra mula menyedarkan Lily untuk terus menyokong kawan baiknya itu.

  'Kalau macam tu kau kena belanja aku makan kat secret resipi okay' Lily cuba untuk memujuk Qayra.

    Kata katanya itu membuatkan Qayra juga berasa lapar  . Mereka terus menuju ke secret resipi. Sedang berbual bual, Qayra terus teringat gosip yang ingin diberitahu Lily.

   'Weh weh weh weh kau ingat tak mamat yang langgar kau haritu? Aku rasa di kerja kat tempat aku kerja lah.'  kata Qayra secara berbisik.

  'Lahh mamat tu? Dah lah aku tak kisah pun. Kalau jumpa dia just kirim salam je!'

  Perbualan mereka diteruskan dengan gosip gosip lain yang menarik sambil menikmati spagetti carbonara .
  

Si Venustraphobia.Where stories live. Discover now