BAB 3

338 53 6
                                    

Syuhada berjalan menuju ke bilik pengetua dengan langkah longlai. Ni mesti kes dekat bilik mesyuarat tadi. Sebelum dia keluar, sempat lagi dia mengenakan Rayhan. Syuhada sengaja menyelit Rayhan ketika lelaki itu berjalan menuju ke pintu keluar. Dan apalagi, jatuh lah lelaki itu. Tambahan pula mak cik cleaner meletakkan scoop sampah dihadapan Rayhan, memang berterbangan habuk debu segala mak nenek. Funny right? Sampai Tengku Hisyam menghadiahi jelingan maut. Berdirilah dia disini,  dihadapan bilik pengetua.

Tuk tuk tuk

"Masuk." Kedengaran suara pengetua menyuruh masuk.

"Duduk Syu." Syuhada hanya menurut tanpa membantah.

"Atuk nak bagitahu nih. Nanti lusa atuk kena pergi Elizabeth II Highschool kat Australia. Jadi atuk ada hire pembantu rumah. Jangan buli dia okay."

"Sejak bila pulak atuk suka hire pembantu rumah ni? Bukannya Syu tak boleh beli makanan. Masak pun boleh. Jangan-jangan tu bakal nenek tiri Syu ye dok." Balasnya sekadar mengusik.

"Ada-ada ajelah kamu ni. Itu aje atuk nak cakap. Kamu boleh balik kelas."

"Lah kenapa tak cakap kat rumah aje. Bukannya kita duduk asing-asing pun."

"Atuk takut terlupa je. Hehe."

Syuhada menghela nafas lega. Ingatkan kena dengar tazkirah panjang tadi.
Dia terus berlalu keluar selepas loceng habis waktu pelajaran berbunyi. Ketika dalam perjalanan ke kelas, dia ternampak kelibat Ilham. Dia tak balik lagi ke? Janna leader 3Girls tu asal menggedik dengan Ilham? Syuhada memerhatikan sahaja perbuatan mereka. Terkejut gadis itu dibuatnya bila tengok aksi tidak sepatutnya yang dibuat oleh mereka. Sakit hati betul tengok diorang ni. Bukan sebab jealous, tapi sebab aksi diorang tu boleh memburukkan nama sekolah.

Syuhada merakamkan semua perbuatan mereka menggunakan iPhone X miliknya. Bercumbuan di tempat awam. Heh, fikir ni sekolah bapak kau punya ke?  Kau tunggu tengok apa yang jadi nanti. Tapi yang peliknya, kenapa Ilham tak balik lagi? Macam mana dia boleh kenal Janna?

.

Kringggggggg........

Loceng yang berbunyi melegakan warga kelas 5 Permata. Setelah setengah hari menghadap buku, mereka boleh pulang ke rumah. Berpusu-pusu murid dari kelas itu keluar. Dah macam larian marathon pula. Bunyi pistol angin ditembak ke udara dan semua peserta berlari ingin mendapat nombor. Tapi yang ni lain sikit. Kena tunggu bunyi loceng dulu baru boleh gerak.

Syuhada menghampiri Aqilah yang sedang menyapu sampah. Harini nama dia dan Aqilah berada didalam jadual bertugas kelas. Jadinya, setengah jam mereka perlu berada disekolah. Mengemas apa yang patut.

  "Weih Aqilah. Aku tumpang kau boleh? Kereta aku tadi rosaklah."

  "Sorry weih. Tak boleh. Abang aku yang ambik aku harini. So, kau faham-fahamlah perangai abang aku."

  "Okey tak apalah."

  "Kenapa kau tak tumpang atuk kau aje? Kan senang."

  "Err dia kena attend meeting dekat luar sekolah. Maksud aku company dia."

  "Lah macam tu pulak. Kau tak ada family driver ke?" soal Aqilah pelik. Yerla kebiasaannya orang kaya mesti ada upah driver. Tapi lain pulak si Syuhada ni.

  "Tak. Sebab aku boleh drive sendiri. Atuk aku jenis tak suka tunggu orang yang buat kerja basic. Setakat drive je kut."

Rifkal yang terdengar perbualan mereka menyampuk.

  "Eh kau boleh tumpang aku. Nak tak?"
Soal Rifkal.

  "Tak apalah aku boleh naik bas."

  "Bahaya lah kau naik bas. Nanti ada bangla datang mengorat macam mana?" Rifkal sengaja menakutkan Syuhada. Mana tahu termakan dengan pujukannya.

That's My Girl [In Editing]Where stories live. Discover now