BAB 5

300 40 3
                                    

"Syu." Panggil Rayhan.

  "Iye kenapa?" Jawab Syuhada.

  "Kau kenal Ilham?"

Syuhada yang sedang memilih buku itu tiba-tiba berhenti. Dia memalingkan muka kearah Rayhan. Mukanya berkerut. Dah kenapa tanya pasal Ilham?

  "Aku baru kenal dia masa hari kau masuk Ratu Highschool. Masa tu kereta aku rosak kat tepi jalan. Dia tolong kenapa?" Jawab Syuhada panjang lebar.

  "Aku tanya kau kenal dia ke tak aje. Tak perlulah kau cerita pasal macam mana kau boleh kenal dia." Rayhan membuat muka.

   "Alah kau. Nanti kau tanya jugakkan macam mana aku boleh kenal dia. So, aku jawab awal-awallah."

"Hah menjawab je tahu. Nih dah cukup belum buku. Asal ada 10 buah novel nih? Kau nak jual kat sekolah eh? Aku report kat pengetua baru tahu."

1 bakul berisi buku dijinjing Syuhada. Pelbagai jenis genre yang disumbatnya dalam bakul. Nasib baik tak patah pemegang bakul tuh. Dahlah nipis.

  "Ish kau nih. Aku nak bacalah. Macamlah atuk aku tak bagi duit belanja untuk beli barangan keperluan sampai kena jual." Syuhada memusingkan bebola matanya.

  "Aku nak bagitahu nih." Rayhanberjeda seketika. Niatnya ingin menarik perhatian Syuhada.

  "Apa dia?"

  "Jom bayar dulu." Rayhanmengambil bakul ditangan Syuhada lalu berjalan ke kaunter.

"Ish mamat nih."Syuhada mengomel sendirian. Dia berjalan kearah Rayhan yang sedang melayan cashier di kaunter. Syuhada hanya membuat muka dinginnya lalu duduk disebelah Rayhan.

   "Eh girlfriend awak ke ni? Lah melepaslah saya." Tanya cashier yang memakai tag nama Natasya.

  "Eh taklah. Ni kawan saya. Nama dia Syuhada." Rayhan menjawab sambil menjeling Syuhada disebelah. Dia melihat muka tidak berperasaan Syuhada. Gadis itu mengeluarkan telefon bimbitnya. Malas mahu melayan mungkin.

  "Owh ada chancelah ni. Nah awak punya barang. Jangan lupa followback saya dekat insta tau." Natasya mengenyitkan mata. Sempat diselitkan username instagram miliknya.

  "Okeyh." Balas Rayhan pendek. Satu senyuman dihadiahkan buat gadis berambut panjang itu. Dia berjalan keluar dari Time Bookstore sambil menarik lengan Syuhada yang berlapik baju.

   "Nah minum air ni dulu." Rayhan menghulurkan botol mineral kepada Syuhada. Syuhada mengambil tanpa banyak songeh. Dia membuka penutup botol mineral dengan cermat.

  "Kau kenapa ni Syu?"

  "Kenapa apa? Nampak macam aku tengah sakit ke? Pucat?" cermin kecil segera dikeluarkan dari sling bag miliknya. Ditatap mukanya untuk melihat sama ada dia kelihatan seperti orang sakit atau tidak.

   "Kau buang tebiat apa? Aku tak cakap pun kau sakit kan."

   "Dah tu apasal kau tanya soalan macam tu?"

   "Dah kau diam aku tanyalah. Lagipun aku tengok pandang budak cashier tadi macam nak makan orang. Kau jealous ea?" sakat Rayhan.

   "Nonsense."

    "Malu lah tu."

  "Apa kau nak cakap pasal Ilham tadi?" Cepat-cepat Syuhada menukar topik. Dia tidak mahu melayan perangai Rayhan yang seperti ulat beluncas ini. Pandai-pandai je cakap dia jealous. Hello! Ni Syuhada lah. Tak pandang playboy macam Rayhan tuh.

  "Kau kena hati-hati dengan dia."

   "Lah tu aje ke? Kenapa tak cakap terus tadi?"

  "Saje."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 04 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

That's My Girl [In Editing]Where stories live. Discover now