BAB 2

418 54 7
                                    


Syuhada masuk ke kelas dengan wajah ceria kerana  berpuas hati  dapat mengenakan Rayhan. Hah rasa lah kau Ray selama ni kau asyik kenakan aku kan. Desisnya. Senyuman yang lekang dibibir dibiarkan.

  "Eh Syu. Asal senyum-senyum nih. Tak nak share ke?" Aqilah yang baru tiba di kelas hairan melihat tingkah laku Syuhada. Selama ni bukan ke dia tayang muka ketat dia ke?

  "Eh tak ada apa-apalah. Mana Balqis?" Soalnya bagi mengelak dari menjawab soalan Aqilah.

  "Dia demam. Tak dapat datang. Kan dia dah bagitahu dalam grup pagi tadi. Kau tak baca ke?"

    "Hehe. Tak. Aku tak on tadi."
Aqilah mengeluarkan buku latihan matematiknya. Tak lama lagi dah nak SPM, jadi dia kenalah bersedia. Sudahlah dia itu pelajar target sekolah. Pasti malu jika mendapat keputusan yang tidak seberapa.

  "Weih aku dengar Rayhan sekolah kat sini pulak. Kenapa ek? Bukan ke dia kena sekolah dekat Putera Highschool ke? Sekolah grandpa dia tubuhkan?"

  "Nanti lepas rehat kau tahulah. Oh ye. Nanti pesan dekat pengawas lain pengetua nak adakan mesyuarat perlantikan jawatan ketua pengawas. Jangan lupa tau."

  "Ha yelah." Balqis menyambung membuat latihan matematik.

Syuhada yang baru ingin melelapkan mata terbangun apabila mendengar suara yang amat dikenali. Dia memincingkan mata. Nampaknya hari ini ada pengacau baru. Dia kena bersedia sekiranya lelaki itu mahu mengenakannya. Masak dia kalau dia tidak peka seperti sebelum ini.

  "Assalamualaikum." Sapa Rayhan.

  "Waalaikummussalam." Jawab warga 5 Permata serentak.

Rayhan mengambil tempat duduk kosong bersebelahan Syuhada. Syuhada yang tidak berpuas hati menjeling Rayhan tajam. Rayhan hanya tersengih seperti kerang busuk. Tiada rasa bersalah langsung. Sekurang-kurangnya tanyalah dahulu siapa pemilik tempat itu.

  "Siapa suruh kau duduk kat sini hah? Ni tempat Balqis lah." Marah Syuhada.

  "Eh aku kan Ketua Pengawas sekolah ni. So, suka hati akulah nak  duduk mana. Lagipun tak salah kan duduk sebelah assistant sendiri." Balas Rayhan sinis.

Menggelegak hati Syuhada mendengar jawapan yang diberikan oleh Rayhan. 'Haish dia ni nak balas balik ke apa. Tapi tak apa kita tunggu dan tengok siapa yang menang.' Syuhada hanya membuat muka serius dia. Tiada apa-apa perkataan yang dikeluarkan dari mulutnya.Lagipun boleh juga dia menghilangkan bosan jika Rayhan mencari fasal dengan dia. Tak adalah dia diam dan membaca buku sahaja.

  "Duduklah." Kata Syuhada tanpa nada.
Lama juga dia melihat Rayhan berdiri. Takut mungkin kerana Syuhada telah memberi amaran tadi.

  "Ok thank you, my girl." Rayhan hanya mengikut rentak permainan Syuhada.

Mereka hanya membuat kerja masing-masing. Syuhada tidur manakala Rayhan  menulis sesuatu diatas buku notanya. Banyak juga sub tajuk yang perlu dikejarnya. Mana taknya, sekolah mereka baru memulakan pembelajaran. Ini semua disebabkan oleh minggu orientasi tingkatan 1 dan 4. Maklumlah, sekolah lamanya mempunyai asrama.

Tiba-tiba muncul idea jahat Rayhan. Dia meletakkan cicak mainan diatas tapak tangan Syuhada. Biar gadis itu bangun dari lenanya. Lagipun sudah lama dia tidak menguji keberanian gadis ini terhadap cicak.

Syuhada yang merasakan sesuatu di tapak tangannya mencelikkan mata. Terbuntang matanya apabila melihat benda yang ada atas tapak tangannya.

  "Arghhhhh~~~~" jerit Syuhada.

Dia melemparkan mainan tersebut ke arah Rayhan. Rayhan meletuskan tawanya yang ditahan dari tadi. Dia melihat muka merah Syuhada. Gadis itu sudah mulai hilang kesabarannya.

That's My Girl [In Editing]Where stories live. Discover now