Syuhada menuju ke Starbucks. Dia memilih tempat yang agak terlindung. Bengang betul dia dengan Janna tadi. Tiba-tiba aje serang dia. Huh. Nasib baik dia dah ambil kereta sebelum ke sini. Kalau tak naik grablah jawabnya. Ilham tu pun satu. Pengecut!
Syuhada dan Ilham pergi ke Haura's Boutiqe, salah satu butik pakaian wanita yang digemari Syuhada di Pavilion Mall. Syuhada ingin membeli pakaian baru yang dikeluarkan oleh butik itu. Riuh suara Ilham bercerita tentang mummy dan adiknya ketika membeli pakaian. Syuhada hanya melayan. Kadang-kadang terdengar hilai tawa Syuhada. Sedang mereka sibuk memilih design yang diinginkan, tiba-tiba Janna datang kearah mereka.
'Haish minah ni dah insaf ke? Tiba-tiba datang butik pakaian muslimah ni.' Bisik Syuhada dalam hati. Ilham yang tahu sebab Janna datang kearah mereka serta-merta meminta izin dari Janna untuk membayar pakaian yang dipilih.
"Syu. Saya bayar baju ni dulu ya." Syuhada hanya mengangguk. Ilham cepat-cepat beredar dari situ.
"Hey perempuan! Kau tahu tak dengan siapa kau keluar nih?" Soal Janna berang.
"Ilham. Aku keluar dengan Ilham. Kenapa?" Syuhada membalas sambil membelek tudung yang berwarna royal blue. Saja dia buat begitu. Dia malas ingin memandang wajah musuhnya.
Janna yang sudah naik hantu menarik tudung bawal yang dipakai Syuhada. Syuhada apa pulak, balaslah. Pantang betul dia bila orang kacau atau sentuh tudung yang dia pakai. Syuhada menarik rambut berkarat Janna.
"Kau apahal Janna. Tiba-tiba datang sini serang aku. Gila ke?" Dia melepaskan cengkaman pada rambut Janna setelah Janna melepaskan tudungnya. Rasakan. Siapa suruh kacau tudung aku. Mesti sakit kepala dia. Kalau boleh aku nak gunting rambut kau sampai botak.
"Ilham is mine! Don't you dare to get him from me. Kau sengajakan goda dia."
Pang!!!
Satu tamparan melekat di muka Janna. Padan muka. Selama ni aku sabar dan pendam je tau hadap kau.
"Sorry aku tak hadap lah jantan macam dia. Pengecut! Saja bagi alasan nak lari sebab girlfriend dia datang nak serang aku. Pandai ya jantan tu." Syuhada menjeling Ilham yang berpura-pura baru keluar dari fitting room. Agak-agaklah kau nak berlakon sekali pun. Ni butik pakaian perempuan lah! Takkan nak jadi mak nyah pulak.
'Alamak! Dia nampak aku ke?' Bisik hati Ilham.
"Untuk pengetahuan kau, dia tolong tumpangkan aku pergi ambik kereta kat bengkel aje. Dah alang-alang bengkel tu dekat dengan Pavi so kiteorang singgahlah sini. Lain kali sebelum serang tu soal selidik lah dulu kalau cerdik!" Syuhada menunjal kepala Janna.
Janna hanya menggosok kepalanya. Ilham yang nampak ramai orang berkerumun pergi ke arah mereka. Dia menghulurkan beg kertas berisi tudung dan baju kepada Syuhada.
"Nah baju awak. Saya bayarkan."
"Tak apalah. Terima masih. Kau boleh bagi dekat girlfriend kau yang pakai baju tak cukup kain tu."
Syuhada meninggalkan mereka yang mula dikerumuni orang ramai. Dia pergi ke tandas untuk membaiki tudungnya. Habis senget benget dibuat jembalang tadi. Pin yang rosak segera digantikan. Mujur ada dia ada bawa stok brooch dalam sling bag miliknya. Nasiblah tudung ni anti kedut, tak adalah malu sangat bila keluar nanti.
Air cappuccino yang dipesan oleh Syuhada telah sampai. Pelayan lelaki itu sempat lagi mengenyitkan mata kearahnya. 'Ish gatalnya. Tak padan dengan pelayan.' Bisiknya. Dia hanya memberi jelingan tajam pada pelayan itu.

YOU ARE READING
That's My Girl [In Editing]
Roman d'amourIn Editing Syuhada × Rayhan Kisah bermula apabila Tengku Rayhan dipindahkan ke salah sebuah sekolah terkenal di Malaysia iaitu Ratu Highschool. Di sana, dia bertemu semula dengan teman lamanya dari sekolah rendah, Tengku Syuhada yang merupakan pemil...