23

203 18 0
                                    

Seventeen memasuki kawasan sekolah dengan superbike milik mereka menjadi perhatian ramai pelajar perempuan namun tidak bagi Blackpink. Mereka sudah lama berkawan dengan Seventeen dan telah muak melihat muka Seventeen yang ada sahaja perangai pelik mereka

Jisoo, Lisa dan Jennie pergi ke arah Seventeen untuk  melaksanakan rutin pagi mereka iaitu bersarapan di kantin. Rose tidak mengikut langkah rakan-rakannya, tapi terus berlalu pergi ke kelas seorang diri. Bukan sebab tidak mahu berkawan dengan Seventeen tapi dia tidak selesa bersama Mingyu. Dia lebih suka bersendirian daripada menghadap Mingyu yang telah banyak melukakan hatinya.

Mingyu yang perasan akan Rose yang berlalu pergi , cepat-cepat dia mengejar Rose. Rose juga perasan yang Mingyu mengejarnya. Dia mempercepatkan langkah. Mingyu berlari laju lalu menarik lengan Rose supaya berhenti

Mingyu: nak pergi mana jalan laju-laju ni?

Mingyu senyum menampakkan gigi taringnya sambil membetulkan rambut yang sudah tidak teratur

Rose: suka hati aku lah nak pergi mane

Mingyu: dah taknak join kiteorang breakfast ke?

Rose: aku dah kenyang

Mingyu: ouwh kalau macam tu aku pun dah kenyang lah

Rose menjeling lalu menyambung langkah ke kelas. Mingyu mengekori dari belakang. Seventeen , Jisoo,Jennie dan Lisa sudah bergerak ke kantin. Mereka bab makan tak boleh skip woi!

Sambil berjalan Rose memasukkan earphone ke telinganya. Dia membuka lagu 'Everytime' ost DOTS. Mingyu hanya memerhati tindakan Rose.

Mingyu mengambil sebelah earphone dari telinga kanan Rose lalu dimasukkan di telinganya. Rose terkejut. Dia memandang Mingyu sekilas.

Mingyu: aku suka lagu ni

Rose diam. Malas nak melayan

Mingyu: hey asal tak bersuara?

Rose: jangan kacau aku boleh?

Mingyu: ade pun suara

Rose: kau nak ape ni? Asal tak ikut dieorang?

Mingyu: aku nak kau. Dari aku ikut dieorang lebih baik aku ikut buah hati aku ni

Rose: sape?

Mingyu: kau lah sayang

Rose diam bila Mingyu memanggilnya 'sayang'. Mata mereka bertaut.

Rose: kau suka aku?

Mingyu: suka. Dah lama aku nak mengaku sejak aku back dengan Seventeen balik

Rose: kau suka aku sebab kau rasa bersalah kat aku kan? Sebab kau pernah cakap kau nak tebus salah kau kat aku. Tak payah nak paksa perasaan kau Mingyu. Aku dah lama move on sejak kau tampar aku .

Mingyu: aku tak tipu. Jujur memang aku suka kau. Perasaan tu muncul tiba-tiba. Aku tak tahu. Tapi bila aku nampak kau, aku rasa nak senyum je

Rose: kau buang je perasaan kau tu jauh-jauh macam mane aku buat sekarang ni

Mingyu: kau dah benci aku terpulang. Tapi aku tetap akan amik hati kau! I love you Rose

Mingyu menjerit. Beberapa orang pelajar memandang Mingyu dengan pandangan yang pelik.

Rose: ish susah cakap dengan orang gila ni lah

Mingyu: haah, gilakan kau lah tu

Rose penat nak bersuara. Dia terus memasuki kelas dan menuju ke tempat duduknya. Mingyu mengikut. Dia duduk di tempat kosong di sebelah Rose.

Prrrtttt~

Mingyu tersengih. Dia memandang Rose dengan perasaan malu

Rose: tadi kata kenyang sangat

Mingyu: aku ikut kau. Aku ingat kau ade sekali nak breakfast dengan dieorang

Rose: pergilah makan

Mingyu: takpe lah. Aku nak duduk sini dengan kau je lah

Rose: jangan nak mengada

Mingyu: aku duduk sini diam-diam. Tak kacau kau

Rose: ish dah jom lah aku teman kau pergi kantin. Nanti tak makan perut masuk angin. Dah pula belajar perlukan tenaga. Ni tak makan. Sakit nanti kan dah susahlan diri sendiri. Lepastu kau pulak jenis payah nak makan ubat. Dah tahu susah nak makan ubat jangan cari penyakit

Mingyu tersenyum mendengar bebelan Rose. Rose memandang Mingyu tajam. Orang cakap dia boleh senyum-senyum pula

Rose: kau senyum-senyum ni pahal?

Mingyu: risau juga kau kan kat aku? Kau pun masih ingat perangai aku yang susah makan ubat?

Rose tersedar. Mukanya sudah merah menahan malu.

Rose: kau nak makan tak ni? Cepat lah

Rose melangkah keluar dari kelas diikuti Mingyu yang asyik tersengih menuju ke kantin

BEAUTIFUL LOVE||SEVENTEEN BLACKPINK ✔Where stories live. Discover now