Rose pergi ke taman seperti rutin biasanya setiap petang. Kali ini dia mahu menenangkan fikirannya . Lusa dia akan menjadi isteri Mingyu. Sekejap masa berlalu. Dia tidak mampu untuk membantah jika Appanya sudah membuat keputusan muktamad. Rakan-rakannya semua sudah tahu tentang perkara ini. Ramai mengucap taniah. Rose hanya mampu memberi fake smile kepada rakan-rakannya.
Rose termenung melihat tasik yang berada di taman itu. Fikirannya serabut. Bolehkah dia hidup dengan Mingyu? Dia masih susah untuk memaafkan Mingyu walaupun Mingyu sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk memikat hatinya balik. Tidak tahu kenapa hatinya sudah keras untuk menerima Mingyu.
Leka Rose termenung tiba-tiba dia disergah dari belakang. Terperanjat Rose dibuatnya. Rose memusing kepala memandang gerangan yang membuat dia terkejut. Rose memusing kembali kepalanya ke hadapan menghadap tasik.
Mingyu: Aishhh sombongnya kau ni
Rose hanya diam. Malas mahu melayan . Mingyu juga diam. Dia duduk disebelah Rose. Kemudian tangannya naik memeluk bahu Rose tanpa perasaan. Rose terkejut buat kali kedua. Dia menepis perlahan tangan Mingyu. Mingyu meletakkan lagi tangannya di bahu Rose. Rose geram
Rose: kau ni dah kenapa?
Mingyu: ade pun suara
Rose: macam mane kau boleh ade kat sini?
Mingyu: nak tengok wife to be aku pun salah ke?
Rose: what ever
Mingyu: aku tak sabar lusa ni
Rose: Mingyu kau nak aku maafkan kau kan?
Mingyu: nak nak nak!
Rose: boleh tapi satu syarat!
Mingyu: apa syaratnya sayang?
Rose: ish boleh ark jangan panggil aku sayang?aku tak suka!
Mingyu:tapi aku suka
Rose:suka hati kau lah
Mingyu: hehehehe. Apa syarat kau nak bagi ni?
Rose: cakap dekat omma dan appa kau supaya batalkan perkahwinan ni please!
Mingyu diam. Tidak membalas. Dia hanya memandang tasik yang berada di hadapannya mempedulikan permintaan Rose. Rose sudah bengang apabila tiada respons dari Mingyu.
Rose: woi kau dengar tak ni?
Rose menepuk bahu Mingyu kuat. Mingyu mengusap bahunya yang sakit akibat tepukan puaka Rose
Mingyu: dengar
Mingyu malas melayan. Dia mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar lalu menghiraukan Rose yang menunggu jawapannya
Rose: so?
Mingyu tetap tak melayan. Telefon di tangan lebih menarik perhatiannya dari membalas permintaan Rose yang kurang 'cerdik' itu
Rose geram. Dia merampas telefon milik Mingyu. Dia menyorokkan telefon itu di belakang badan. Mingyu cuba mengambil tetapi tidak berjaya
Rose: tunaikan permintaan aku dan semuanya akan selesai. Aku maafkan kau then kita kawan macam dulu. Settle. Macam mane?
Mingyu tetap mencuba mengambil telefonnya dari Rose. Rose tetap cuba mengelak. Akibat geram dia menarik Rose ke dalam pelukkan nya. Rose tersentak.
Mingyu: aku tetap akan kahwin dengan kau. Aku boleh usaha cari kemaafan kau tetapi dengan cara lain bukan cara ni. Ingat, be good wife to me.
Bisik Mingyu di telinga Rose. Rose diam. Dia sedikit terharu. Tetapi Rose bukan mudah diperdaya. Mingyu mengambil telefonnya ketika Rose sedang letak merenung anak matanya. Rose baru tersedar dari lamunan terus menolak Mingyu perlahan.

YOU ARE READING
BEAUTIFUL LOVE||SEVENTEEN BLACKPINK ✔
RomancePersahabatan Rose bersama mingyu yang sangat rapat membuatkan Rose terperangkap dalam perasaan sendiri. Namun Rose takut jika persahabatannya roboh akibat berterus terang. Rose mengambil keputusan untuk menjadi peminat rahsia mingyu. "Ape !Rose ad...