Okay korang mesti tidur di hotel masa jejalan gi bercuti betul tak??
Author nak cerita serba sedikit daripada kawan author.
Kawan author serta kakak sulungnya baru balik dari jejalan sekitar kawasan Terengganu.
Dalam pukul 1:50 nak dekat pukul 2 AM. Baru diaorang balik reason diaorang ialah saja nanti tak sesak.
Diaorang pun balik ke hotel. Dalam bilik diaorang mula mandi apa semua siap. Diaorang pun bershare katil.
Konon nak manja-manja. Tetiba kakaknya terasa tertindih bukan dari adiknya.
Dia tak boleh bernafas masa tu. Kawan author hanya dikacau sahaja. Dia ingat kakanya yang tidur lasak.
Tetapi dia baru teringat kakanya dan dia bukan seorang yang tidur lasak.
Ye,Kawan author tu tidur tersangat la ayu. Sama la macam paras rupa molek author ni hanya mampu berhuhu je lah.
Anyway,diaorang terus baca surah Kursi akhirnya slow-slow 'benda' tu hilang.
Kawan author ternampak benda tu keluar.
So tips is:
1)Jangan Balik Lewat ke hotel. Balik dalam pukul 11 or 10 kira okay lah.
2)Apabila masuk ke bilik,jangan susun kasut. Barulah benda tu rasa ramainya orang dalam bilik.
3)Jangan tutup semua lampu,hanya bukak lampu bilik air atau lampu meja atau kedua-duanya
4)Baca surah Tiga Qul disertakan surah Kursi.
5)Semasa dalam bilik bila azan dah keluar cepat-cepat kau tunaikan. Habis solat apa semua siap kau baca lah pulak Al-Quran.
6)Ajak ramai-ramai tidur dalam satu bilik penuhkan satu bilik dulu baru tempah satu lagi bilik. Bila kita tidur beramai-ramai. Benda tu macam confuse nak kejut siapa dulu.
7)Bagi Kaum Hawa yang datang bulan jangan biarkan anda punya tuala wanita tu terbiar macam tu. Prepare satu plastik yang saiz kecil dan kertas or surat khabar untuk balut.
Ini paling penting
8)Jangan pilih bilik yang dekat dengan lif atau yang hujung bangunan atau yang atas sekali.
Biasanya kat situ tak ramai orang muncul. Jadi benda tu sentiasa muncul.Jadi Elakkan apa yang patut dan buatlah apa yang harus dilakukan.
Nak selamat kat hotel silalah ikut cadangan author. Semoga bermanfaat ya. Author harap korang buatlah.
Kalau nak tips-tips lain silalah komen.

ANDA SEDANG MEMBACA
PANTANG LARANG FEAT MASAK
Fiksi PenggemarAuthor disini membuat satu buku iaitu pantang larang serta masak. Kalau nak tips nak selamat dari 'H' tu bolehlah rujuk chapter-chapter yang seandai dengannya tapi kalau nak buat snack or diet snack boleh la rujuk chapter-chapter yang seandai dengan...