5

8 0 0
                                    

"Ain Isabella, Raid yang saya kenal lebih baik dari yg awak tahu. Kalau nak tahu, Raid tu jaga Arissa sejak dalam kandungan saya lagi. Masa tu, suami saya terpaksa ulang-alik ke UK sebab keluarga dia sangat perlukan dia. Sebab tu, as soon as saya bersalin kami dah pack dah barang kami sekeluarga pindah ke sana. But then, Allah lebih mengetahui. Kalau awak nak  tahu, saya sebenarnya jiran Raid masa sekolah menengah. Faris, Raid dan saya memang rapat. Masa dapat tahu Raid kena tunang dengan budak form 4, kami gelak guling-guling. Tak percaya yang Raid dah nak kahwin. Rupa-rupanya kami yang kahwin dulu. Tapi tak lama persahabatan tu berkekalan. Kami dah tinggalkan dia"
Wanita berpakaian serba putih itu berlalu dan aku kaku di situ. Di atas bangku kayu dan aku dengar setiap langkah yang diambil oleh wanitu itu diiringi bunyi daunan kering yang dipijak. Bunyi air sungai mengalir jelas di telinga.

Aku terjaga dari tidur selepas mimpi itu.
Firasat aku kuat mengatakan yang itu Mawar dan disebelahnya ada seorang lelaki berkulit sawo matang senyum memandang aku dan aku yakin itu Faris. Ibu dan ayah kepada Baby Arissa yang aku tak pernah jumpa

Kenapa mereka hadir dalam mimpi aku? Petanda agar aku terima Raid dan Arissa dalam hidup aku? Sebagai sebahagian daripada mereka yang membahagiakan kehidupan aku?
 
Masih terngiang-ngiang telingaku akan setiap yang diucapkan oleh Mawar. Kedua-duanya nampak gembira, mungkin tenang kerana Arissa selamat di bawah jagaan Raid.

Aku ambil duduk di bangku taman berdekatan dan mengambil nafas. Cuba untuk menenangkan fikiran yang serabut dan masih berfikir akan hal Raid dan aku.

Jauh di sudut hati aku, aku nak terima Raid. Orang di sekeliling aku, tak payah tanya. Kalau ada yang menentang mesti mereka tak layan Raid dengan mesra masa makan malam semalam.

Masalahnya, macam mana kalau aku tak mampu nak kekalkan ikatan perkahwinan antara aku dengan Raid?

Aku hela nafas dengan berat dan aku mula jogging semula.

******************************
Usai jogging sekitar taman, aku lihat sekeliling. Harini, hari selasa. Aku pandang kereta dan orang yang lalu la lalang. 4 tahun berlalu dan aku memang nantikan saat ini tiba.

Pemandangan yang agak jauh berbeza dari Australia. Di sana, rata-rata penduduk tempatan akan turut berjogging sebelum pergi berjogging. Di sini, sunyi sepi.

Kalau aku rungsing, memang aku selalu begini. Aku akan keluar bersenam untuk melapangkan fikiran

Aku lontarkan pandangan sebelum seorang remaja lelaki ambil tempat disebelahku. Tanpa rasa bersalah, dia leraikan tali leher dan butang kemeja sekolah yang kemas dipakai sebentar tadi. Beg sekolah dibuka dan dia keluarkan 1 pek bun kacang merah. Utk sarapan barang kali.

"Hai, kak. Nama apa?" Dia hulurkan salam perkenalan. Berani betul dia tegur aku.

Aku pandang dari atas sampai bawah sebelum aku jawab dengan teragak-agak "hai, nama akak Isabella"

Dia senyum sebelum kembali menikmati sarapannya.

Tiba-tiba aku dengar sayup2 dia nanyikan lagu dendangan Awie. Isabella.

"Amirul, kenapa tak pergi sekolah?" Aku tengok nama pada poket kemeja.

"Alah, kak. Chill lah. Amirul pergi nanti je. Better late than never. Lagipon, harini cikgu banyak takde. 1 cikgu je yang tak pergi kursus, tu pon sivik...." amirul mula ramah bercerita tentang hidupnya.

"Lol, biasalah. Cikgu memang busy kursus je. Tapikan, akak macam kenal lah kau ni. Kau ni bukan Amirul anak Dr.Suraya, merangkap jiran belakang rumah, kan?"

"Hah?! Akak kenal saya ke? Adoi, habislah. Ni ke Kak Ain Isabella yang study kat Australia tu ke? Wow, long time no see, kak Isabella"

"Haha, dah lah. Akak nak blah dulu. Papehal kau roger akak. Jangan ponteng sekolah tau. Pergilah sekolah sebelum kau tu habis sekolah. Tahun ni SPM kan? Dulu budak kecik je, tetiba sekarang kau dah besar. Thanks god, tak lah beza sangat. Muka sebijik ikut Dr. Amin. Kalau tak akak tak kenal kau. Nanti, papehal singgah la rumah. Nanti kita keep in touch, ya? Nanti akak kahwin, jemputlah datang" panjang lebar aku membebel pada anak jiranku ini sebelum melangkah pergi

"Bye, kak" jerit Amirul dari jauh.

Aku cuma geleng kepala melihat tingkah remaja itu.

Hati Ini MilikkuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang