Period

2.5K 169 49
                                    

(tak senonoh betul tajuk nya... Tak ada tajuk lain ke😂 apa benda la yang aku fikir ni. Tak apa kan? Ok enjoy this part)

****

Third person POV

"Mulut kau tu kurang garam ea?" kata lelaki bertopi

"Suka hati aku la nak kurang gula ke kurang garam ke, ada kacau telur kau ke?" balas Gempa. Nasib baik kau jadi perempuan maaf ye kasar bahasa aku yang dok taip ni pun tergelak.

"Boleh tahan biadab juga kau ni." kata lelaki yang masih mengunyah gula-gula getah.

"Apa kau kata? Biadab? WOI MANUSIA TAGUNA!!! KAU YANG BIADAB!!! MANA ADAB KAU HAH??!! KACAU PEREMPUAN NOMBOR 1!!!" marah dan tengking Gempa dengan sekuat hati.

"Budak ni memang nak kena ni!" kata lelaki bertopi merah sambil mengenggam tangan menahan kemarahan.

"Apahal?! Nak gaduh ke!!" kata Gempa bersemangat. Berani sangat Gempa ni dah kena nanti baru la nak insaf.

"Eleh, korang budak ni ajak gaduh la." kata lelaki yang mengunyah gula-gula getah.

"Huh! Badan cantik ada hati nak gaduh." kata lelaki bertopi merah. Sebaik dengar apa yang dia cakap tadi, Gempa terkejut dan melihat badan nya yang kurus lagi kan ramping gitu. Alahai jealous nye.

"Woi! Jangan ganggu Gempa la!!"

Gempa mahu menumbuk mereka tetapi tak sempat kerana ada seseorang datang dan lindungi Gempa. Cewah! Untung le.

"Fang? Apa kau buat kat sini?" tanya Gempa di kelilingi lelaki samseng itu. Dengan suka cita nya aku tak tahu kenapa aku jual nama Fang.

Dia berlari ke arah Gempa tetapi samseng yang tak bertamadun itu menghalang Fang. Dia tak teragak-agak mengikat samseng itu dengan jari bayang, samseng itu meraung.

"Woi! Lepaskan kitaorang la!" pinta lelaki bertopi merah.

"Entah nya!" support lelaki mengunyah gula-gula getah.

"Sakit la bangang! Kau guna kuasa boleh la!" kata lelaki berhoodie.

"Diam la! Suka hati masyarakat aku la nak guna ke tak nak!" jawab Fang. Amboi kau guna ayat aku ye Fang. Tak apa kau selamat kali ni habis saja part ni kau kena dengan aku kang.

"Kau ok ke Gempa? Diorang ada buat apa-apa tak kat kau? Apa diorang buat kat kau? Diorang ada ragut kau ke?" dari situ kita boleh lihat Fang tanya kepada Gempa bertalu-talu.

"Eh stop stop, tak perlu la tanya macam tu. Aku ok je, kau ni dah kenapa macam risau sangat kat aku?" kata Gempa pelik dengan Fang. Yelah siapa tak pelik bila di tanya begitu.

"A-aku saja t-tanya mana tau diorang ragut kau ke?" tanya Fang blushing. Woi apa ni sejak bila aku ship diorang ni-_-

"Chill la, aku tahu la cuaca kat malaysia ni panas tapi tak perlu la kau buat muka yang macam tu merah sangat" kata Gempa lagi.

"Jom la aku teman kau balik." kata Fang sambil memegang muka nya. Dia mengangkat dua beg plastik pada Gempa tadi dan berjalan(?) laju menuju ke rumah Yaya. Gempa cuba menghalang Fang tapi dia degil dan terus bawak lari beg plastik itu. Haih sekarang siapa ragut siapa ni.

****

"Kau ni Fang, bila masa kau jadi baik dengan aku ni?" soal Gempa dan membuat Fang tersentak dan diam membeku.

"B-bukan aku memang baik ke?" kata Fang dengan kekok.

"Ye tu betul, tapi selalu nya kau suruh aku angkat barang? Aku ingat lagi waktu kita kena kemas stor. Kau yang suruh aku angkat kotak besar-besar, kau pula angkat barang yang ringan je." kata Gempa tak puas hati dengan kelakuan Fang.

Gempa or Gegem? ✔︎Where stories live. Discover now