Di sekolah
Normal POV
Kriiinnggg!!!!
Jam loceng Gempa berbunyi tepat pukul 5. Gempa menggosok mata dan cuba untuk segarkan badan. Gempa menutup jam loceng tersebut, Gempa mengambil tuala mandi dan masuk ke dalam bilik mandi.
Selesai saja mandi dia pakai baju sekolah dan turun ke bawah untuk masak sarapan.
"Hoamm.... Selamat pagi Gempa.."
Gempa terdengar ada manusia menyapa dia, dia memandang manusia tersebut. Rupa-rupanya mereka ialah Hali dan Taufan yang baru bangun tidur dalam keadaan yang berbaju sekolah.
"Selamat pagi... Hali..Taufan." Kata Gempa dan meletakkan sarapan di atas meja.
"Kau masak apa hari ni?" Tanya Taufan.
"Aku masak orang." Kata Gempa dengan membuat muka nak makan orang. Hali dan Taufan hanya menelan air liur ketakutan. Kadang-kadang Gempa boleh jadi sangat creppy, sebab itu lah kembarnya selalu dengar arahan dari Gempa.
"Apa la korang ni... Aku masak bihun goreng la tak kan tak nampak." Gempa hanya tergelak kecil melihat muka Hali dan Taufan yang mula pucat.
"Kau la ni! Kau tahu tak apa nama makan tu?!" Kata Hali lalu meluku kepala Taufan.
"Tahu..." Kata Taufan sambil menggosok kepalanya.
"Kalau macam tu kenapa kau tanya?!" Marah Hali.
"Dah la tu korang. Cepat makan, aku nak kejut kan diorang." Kata Gempa lalu melangkah kan kaki ke atas.
"Tak payah nak kejut kan kitaorang!"
"Hah! Boleh pun bangun sendiri. Ice dah bangun ke?" Kata Gempa kepada kembarnya yang lain kecuali Ice.
"Pergi la tengok. Tadi dia kata kejap lagi dia bangun." Kata Blaze dengan rambut kusut masai.
"Ha! Yelah. Kau tu pergi sikat rambut dah macam sarang burung aku tengok!" Kata Gempa lalu naik ke atas, manakala yang lain mengetawakan Blaze.
Gempa mengetuk pintu bilik Ice dan memanggil nya, tetapi tiada jawapan, Gempa memulas tombol pintu dan masuk ke dalam. Ice tiada di atas katil.
Tiba-tiba Gempa terkejut sebab Ice baru keluar dari bilik mandinya sambil membutangkan baju sekolah. Gempa menghembus nafas lega sebab Ice berjaya bangun tidur sendiri.
"Lepas kau dah siap turun bawah sarapan, jangan lambat." Gempa warning Ice. Ice hanya menganggguk kepala dan senyum pada Gempa, lalu Gempa turun ke bawah semula dan lihat kembarnya sedang makan.
Ice pun turun ke bawah dan membawa beg sekolahnya, dia meletakkan di atas sofa dan duduk makan bersama.
Tepat pukul 6:30 pagi mereka sudah selesai makan, dan nak pergi sekolah.
"Jom pergi sekolah!!"
"Jom!!"
S
K
I
PT
I
M
E"Dey!! Cikgu mari! Cikgu mari!"
"Bangun!! Selamat pagi cikgu KEBENARAN!"
"Selamat pagi cikgu KEBENARAN!"
"Selamat pagi anak didik ku!" Cikgu papa Zola menyambut semula salam anak muridnya.
"Cuba kamu semua teka!! Hari ni hari apa!!" Cikgu papa mulakan kelasnya dengan teka teki.
"Haiya! Cikgu ni hari ni hari Jumaat la!" Kata ying.
"Cikgu tahu lah hari ni HARI JUMAAT!! TAPI HARI APA?!!!" Cikgu menjerit di depan Ying.
YOU ARE READING
Gempa or Gegem? ✔︎
FanficApa akan berlaku kalau Gempa jadi perempuan? Adakah elementals yang nakal menjadi sopan santun bila Gempa jadi perempuan? Atau di sebalik nya? Apa yang akan Gempa lalui, bila jadi perempuan? Adakah dia faham dan tahu perasaan menjadi perempuan? Baga...