Bab 1

941 7 0
                                    

Sydney Airport Perth , Australia

Adam p.o.v


Aku menunggu pengumuman pelepasan flight dari Australia ke Malaysia . Aku mengeluh kecil sambil melihat pelbagai jenis ragam manusia yang sedang menunggu pengumuman flight mereka . Aku memejamkan mata sambil menikmati lagu yang dipasang melalui earphone .

Aku bangun dari bangku setelah mendengar pengumuman sambil membetulkan kedudukan sunglasses yang terletak di hidungku . Aku menarik bagasi lalu menuju ke arah pintu pelepasan . Perjalananku dari Australia ke Perth mengambil masa lebih kurang 4 jam .

Hanna p.o.v

" Wei! Kau bagi ah chance kat aku menang sekali . Apa punya adik pun aku tak tahu lah kau ni. Eeee! " Rungut aku sambil mengutip bola tennis di tepi longkang .

Aku menghentak kaki tanda geram dengan kejayaan adik aku yang dah menang 15 kali berturut turut sejak perlawanan kecil ini dimulakan . " Ah .. Tak boleh ! Tulah kau kak, nak sangat lawan ngan pro cam aku ni .. " Kata Afnan bongkak sambil menepuk nepuk dadanya berulang kali .

" Oh berlagak kau ea . Sat biaq cheq hentam hang sat gi . Hang tunggu sat naa! " Aku melantun lantun kan bola tennis sambil memandang adikku dengan tajam. " Serious ah kak ? Meh tunjuk kit " Kata Afnan sambil gelak mengejek.

Aku memukul bola tennis dengan kuat sambil mataku yang tidak lepas merenung tajam adikku.

Prang !

Aku menjadi kaget . Otakku ligat memproses perkara yang terjadi atas hasil air tangan ku sendiri . "Alamak.. Pecah pulak tingkap rumah.. Masaklah kau hanna" getusku sendiri

" Ya Allah ... Apa kau dah buat ni kak! " Afnan berkata sambil menggoncang goncang bahuku berulang kali.

Tetapi yang membuatku ternganga bukannya apa , but mamat yang sedang bercekak pinggang sambil memandang ku tajam tu sexy gila kot! Siap pakai wardrobe tu! Fuh nampak abs dia .. Oh my god!

" Anan syak yang mamat tu tuan rumah ni lah kak.. Ingat tak Mak senah cakap minggu lepas? Yang owner rumah ni nak balik hari ni ? Habis lah kau kak .. Aku tak tahu .. " Afnan memberi kata terakhir sebelum memecut masuk ke dalam rumah .

Mata ku tak lepas mengscan badan mamat sexy di depanku ini . " Oww.. Perfect ! " Ujarku di dalam hati sambil tersengeh sengeh seperti kerang busuk .

Adam p.o.v

Prang !

Aku tersentak setelah mendengar bunyi seperti kaca pecah di tepi rumah . Aku lekas menutup pili air lalu memakai wardrobe yang elok tergantung di pintu tandas . " Aish.. Bala apa pulak dah kali ni ... " Kata ku perlahan sambil melangkah keluar rumah .

Mataku melilau mencari punca bunyi tersebut datang . Tapi akhirnya , mataku terhenti ke arah seorang gadis yang tegak berdiri dan sedang dibisik oleh seorang budak lelaki . Mulutnya seolah olah terlopong melihat ku dan matanya yang ligat memandangku dari atas ke bawah sambil tersengeh sengeh .

Aku mula melangkah jalan menuju ke arahnya . Aku berhenti dihadapannya sambil merenungnya tajam . " Hello ? " Aku menegurnya . 'Asal keras je minah ni hei .. Aku tahu lah body aku mantap . But jangan lah tunjuk sangat suka tu " desis ku di dalam hati . " Hello ?! " Jerit ku sedikit kuat sambil menepuk nepuk tangan dihadapan mukanya.

Hanna p.o.v

Bahu ku terhinjut setelah mendengar teguran yang agak kuat dari mamat dihadapan ku ini . Aku cuba mengawal mukaku sebaik mungkin. Sebab apa ? Sebab aku tahu yang aku telah terkantoi 'menikmati' permandangan percuma dihadapanku ini.

" Aku rasa kau dh boleh lap kot air liur kau yang meleleh tu " Kata mamat sexy tu sambil menunjuk nunjuk ke arah tepi mulut aku . Secara automatiknya tangan tu terus mengelap bahagian tepi mulut ku . 'Damn ! Apa yang aku buat ni ?! ' Desis ku di dalam hati kerana aku telah tahu yang mamat ni sengaja menyakat aku.

"Ah emm.. Encik .. Saya.. emm... Saya mintak maaf ! " Kata ku gagap sambil menunduk nunduk kan wajah ku . Muka jangan cerita lah , cover habis .

" Look at what you have done! " Kata mamat itu sambil jarinya menunjuk nunjuk ke arah tingkap rumahnya yang sudah pecah hasil pukulan padu aku ketika bermain tennis sebentar tadi .

" Err .." Mataku mula melilau lilau mencari kelibat adikku . 'Shit! Mana budak tu pergi ?! Tak boleh harap betullah .. At least cover lah sikit aku ni ! ' Ujarku sedikit perlahan sambil mengetap gigiku kuat .

" Emm ... Haaaa.. Ginilah encik.. Saya memang tak sengaja terpecahkan cermin encik tu .. Encik cakap lah berapa banyak ganti rugi tu .. In Sya Allah saya akan bayarkan .. Please.. " Kata ku dengan lebut sambil mengelip ngelip mataku berulang kali . Acah comel gitu.. Mana tahu mamat ni cair pastu maafkan aku pastu mintak aku tak payah bayar ganti rugi pastu terus ajak aku kahwi- k aku stop. Hmm ..

" Dua ribu lima ratus ringgit " Lima patah perkataan yang mampu mengembali kan fikiran ku ke alam reality . " Wh- what?! Haha encik.. Serious ah? Jangan gurau macam ni encik.. " Aku ketawa kekok selama 2 saat sebelum ia mati setelah melihat muka ketat mamat tersebut . "Kau nampak muka aku macam main- main ke ?" Mamat tu berkata sambil menunjuk nunjuk ke arah mukanya.

" Erm ..tak kot " Ujarku sambil tersenyum kelat . " So aku nak kau bayar duit ganti rugi tu ASAP . Okey? " Mamat tu berkata sebelum mengenyit kan sebelah matanya lalu mula melangkah masuk ke dalam rumahnya.

'Nenekkkkk !! Hotnyaaa ! ' jeritku di dalam hati sambil tersengeh sengeh . Malangnya , senyuman itu terus mati setelah teringatkan perjanjian singkat kami mengenai ganti tersebut .

Guy Next DoorTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang