Bab 2

500 5 0
                                    

Pin !

Hanna tersentak. Tangannya mula meraba raba handphone nya yang berjenama iphone 6 plus.

" Hanna! Ni kawan hang si Arin ni datang! Lekas oi " Ujar Nek Jah sambil menjemput Arin masuk ke dalam rumah.

" Alamak! Masak ah kau hanna oi! " Hanna membebel kesorangan sambil kakinya laju memecut masuk ke dalam bilik air .

*******************

Arin menjenguk jengukkan kepalanya ke arah bilik Hanna.
" Nek .. Mana hanna ni nek ? Hidup lagi ke tidak ni ? Sunyi je" Kata Arin sebelum menyisip sedikit minuman yang disediakan oleh Nek Jah.

" Ada tu.. Biasalah.. Anak dara zaman sekarang .. Matahari dah terpacak atas kepala baru nak bangun " Ujar nek Jah sambil ketawa kecil

Bam!

Kedengaran bunyi pintu yang seakan dihempas . " Weh aku dah siap! " Ujar Hanna sambil tersengeh seperti kerang busuk .

" Sorry ah.. Aku tadi buat solat Dhuha ngan hajat tadi.. Tu lambat sikit.. " Hanna menyambung percakapannya sambil tangan sibuk membetulkan pin ditudungnya.

Arin membuat muka redho. Haih nasiblah kalau dapat kawan macam ni .

"Hmm iyelah hanna oi .. Solatlah sangat" perli Arin

" Hehe.. Nek.. Kami pergi dulu lah eh " kata Hanna sambil mencium tangan nek Jah

"haa iyelah.. Hati-hati bawak kereta tu. Jangan bawak laju-laju pulak .. Karang--" percakapan nek Jah terhenti apabila mendapati cucunya sudah elok duduk sambil tersengeh sengeh didalam kereta.

" Bye nek!! Muah! " kata Hanna sambil memberi flying kiss

Nek jah menggeleng gelengkan kepalanya berulang kali melihat gelagat cucu nya yang tak pernah matang.

*********************

" Weh , barang apa lagi yang tak cukup nya ? " Kata Hanna sambil mata nya fokus memandang kehadapan . Ye la . Mau terbabas sat gi kalau tak fokus . Tak ke naya.

" Hilman cakap cat colour putih tak cukup lagi dua tin . Tu aku ajak hang teman aku gi beli ni . Alang alang boleh lah kita shopping.. " Kata Arin sambil keningnya ternaik naik persis Ziana Zain.

" Hmm okey gak tu" balas Hanna sambil memusingkan stereng kereta masuk ke pekarangan mall .

" Fuh sampai .. " Arin membelek belek mukanya di cermin sebelum kaki mula manapak keluar dari kereta .

*****************

" Weh.. Kau tau tak--"

" Tak tahu" Arin memotong percakapan hanna

" Kau ni ! " Hanna mengangkat sudunya seperti mahu memukul

" Weh relex ... Sabar itu separuh dari iman kau tahu " Ujar Arin ringkas

" Hmm ye lah.." kata Hanna sebelum menyambung percakapannya yang terhenti tadi dek kerana Arin yang memotong bicaranya itu.

******************

Adam p.o.v

Aku menghempas perlahan fail ke atas meja . Haih . First day kerja dah strees macam ni. Kalau bukan sebab daddy yang suruh ambik jawatan ni jangan harap lah aku nak ambik .

drett .. Drett ( sorry sound fail :') )

Aku pantas mengambil handphone yang bergetar di atas meja sebelum mengeluh kasar .

Guy Next DoorTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang