Bab 3

376 3 0
                                    

Hanna p.o.v

Allahuahkbar... Allahuakhbar!

Aku mencelikkan mata setelah mendengar azan berkumandang . Aku meraup muka lalu bersandar di kepala katil . Jam yang tergantung elok di tepi dinding aku lirik . Aku bingkas bangun dari katil lalu menapak masuk ke dalam tandas untuk mengambil wudu'.

Aku melipat telekung dan sejadah lalu letakkannya elok di atas almari . Lalu kakiku melangkah ke dapur untuk menolong nenekku menyiapkan sarapan .

"Hanna .. Afnan tu dah solat subuh ke belum ? " tanya nenek

" tak tahulah nek .. Takpe , biar hanna gi tengok budak tu kejap " balasku lalu memanjat tangga menuju ke bilik tidur Afnan

Dengan perlahan aku menolak pintu . Mulutku terlopong. Kelihatan Afnan yang sedap terbongkang diatas katil sambil berdengkur kecil .

"Ohh sedap kau yee.. " Dengan pantas aku merentap selimut yang sedang dibalut di tubuh Afnan. Terdengar rengekan Afnan. Mungkin kerana mengganggu lenanya itu.

" Ish .. Beruk mana pulak dah kacau ni " Afnan meraba raba mencari selimut dengan mata yang masih tertutup. Mukanya berkerut

Aku menjengkel mata memandangnya . Tajam mata aku renung . Macam nak tembus dah gamaknya . Geram dengan sifat Afnan . Ada ke dia panggil kita beruk ? Lama hidup dah nampaknya budak ni

" Woi bangun !! Kau taknak solat subuh ke hah !! " Suaraku naik seoktaf

Pantas Afnan bangun dari baringnya dengan muka mamai . Terkebil kebil Afnan melihat muka bengis akaknya itu.

" Asal kak ? Muka macam nak makan orang je .. Pms ke ? " Afnan bertanya . Riak mukanya kelihatan tidak bersalah .

Hanna mengetap giginya kuat . Geram . " Kau nampak tak sekarang ni dah pukul berapa? " Jari telunjukku menghala ke arah jam dinding

Afnan menggosok matanya berulang kali . Mukanya diraup . " 6 . 32 " balasnya . Dia membuat muka innocent

Aku mengeluh perlahan . Nasib lah dapat adik blur macam dia ni . " Kau dah tak ingat nak solat ke ha ?" Muka ku sengaja digarangkan . 

" Eh ! Asal akak tak kejut Anan ! " Berdesup dia berlari menuju ke bilik air

"haih"

****************

Adam mencapai tie lalu dililit kemas di lehernya . Tangannya lincah mengemas kertas kertas yang bertaburan di atas meja kerjanya itu . Dia sudah lambat untuk ke pejabat. Walaupun dirinya merupakan ceo disana , tetapi sikap yang baik harus ditunjukkan kepada para pekerjanya . Dia terbangun lewat dek kerana malam tadi dia terpaksa bersekang mata menyiapkan pelbagai projek daripada clientnya itu. Adam mula menapak keluar dari rumah lalu menuju ke garaj kereta.

Butang di kunci kereta ditekan . Kaki melangkah masuk lalu seatbelt ditarik . Dengan lafaz bismillah , kereta mewahnya yang berjenama Audi laju meluncur ke jalan raya.

Sudah beberapa minit dia 'terkandas' di jalan raya . Jem punya pasal . Matanya melirik ke arah jam tangan . 'Shit!' Carutnya di dalam hati . Setelah beberapa minit , keadaan lalu lintas kembali stabil

********

Kelihatan daddynya di pejabat. Laju kakinya pergi ke arah Tan Sri Mustafar . " daddy.. "  tegur adam

" Hah dam.. Lambatnya masuk kerja harini .. Selalu tak macam ni " tanya Tan Sri Mustafar

" Terbangun lewat tadi.. Tambah lagi dengan jalan jem . Tu adam lambat sampai ni " balas adam sebelum melabuhkan punggungnya di atas kerusi

Guy Next DoorTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang