Bab 4

331 3 0
                                    

Hanna melangkah masuk kedalam MM Furniture & Decoration . Ya, hari ini secara rasminya dia akan bermula kerja sebagai personal assistant baru kepada mamat tu , Muhd Adam Mikhael .

Hanna menguntumkan senyuman manis ketika dia berjalan memasuki syarikat itu. Dia menundukkan sedikit kepala ketika bertemu dengan pak guard di hadapan pintu masuk .

Hanna pantas masuk ke dalam lif setelah pintu itu dibuka . Butang angka 5 ditekan . Hanna menghembuskan nafasnya perlahan .

Ting !

Hanna melangkah keluar dari lif. Kini dia berdiri betul betul di hadapan pintu pejabat ceonya . Hanna kelihatan ragu ragu , sama ada mahu ketuk atau tidak .

Hanna menghembuskan nafasnya sekali lagi . Ini dah kali ke 10 kali dia berbuat demikian . Rasa menyesal mula timbul. ' kenapalah aku setuju degan puan hanim .. Ish! ' hanna mengetuk kepalanya

Klak!

Pintu terbuka . " kau dah kenapa ketuk kepala tu sensorang ? Gila ? " tanya Adam sambil melihat hanna pelik

" Sedap mulut dia je cakap aku pelik " hanna menggumam kecil . Dia membetulkan tudungnya lalu memandang Adam dengan muka manis .

" tak de apa apa lah tuan ... Kepala ni ha sakit sikit tu saya ketuk tu " jawab hanna

Adam hanya menjongket bahunya . Dia merempuh bahu hanna sehingga hanna terdorong ke belakang

" eh tuan nak ke mana ?! " hanna berkata kuat

" ish kau ni jangan nak jerit boleh tak!" tajam mata adam menikam wajah hanna

Hanna tersenyum malu ... "heh.. Sorry tuan"

Adam menjeling . "dah, sekarang aku nak kau buatkan aku air nescafe. Sekarang! " tegas adam

Hanna terkebil kebil . Dengan pantas dia berlari ke arah pantry room selepas melihat muka bengis adam .

*****

Hanna mengacau air itu. Mulutnya tidak henti membebel . " pehal sia dia? Kat rumah lain , kat office lain pulak.. Pelik betul aku .. Sesedap je mengarah aku .. Ish! " hanna menghentak sudu di atas meja . Dia berlalu dari situ sambil membawa minuman itu berhati hati .

Tok tok!

Dia melangkah masuk kedalam office setelah mendengar sahutan dari Adam . Hanna meletakkan minuman dengan berhati hati .

Adam p.o.v

Aku menghirup sedikit minuman tersebut . 'sedap!' pujiku di dalam hati . Aku cuba membuat muka ketat . Wajah selamba hanna yang sedang berdiri dihadapan aku tatap .

Aku menghempas cawan ke atas meja . Terhinjut bahu hanna . Dia membuat wajah terkejut .

" tak sedap! Kau tak reti nak buat air ke hah?! " aku memandangnya tajam . Tangan aku silang ke dada .

Dia mendengus kasar . " ish tuan ni! Minum je lah air tu! Penat tau tak saya buat! Dah lah tak ucap terima kasih kat saya! " balas hanna . Geram.

Aku terkesima . Wow . First time kot ada orang yang berani melawan cakap aku .

Aku senyum senget. Aku bangun lalu merapati hanna . Aku memandangnya atas bawah .

Hanna p.o.v

Aku berundur ke belakang apabila badan aku dan badan mamat ni semakin merapat . Tangannya seakan mahu menyentuh wajahku aku tepis kuat " a--apa tuan ni?! Sesuka hati je nak sentuh saya! " kataku gagap .

Mula dah dia punya mood pervert tu nak on . Aku panik . Dia tersenyum sinis . "why ? Kau fikir aku nak buat apa hah ?" dia berkata perlahan . Suaranya yang serak basahnya menyentakkan ku .

Ya Allah ... Asal suara sexy sangat ni!!

Aku menggeleng kepala berulang kali . Laju tangan menolak kuat dada Adam . Aku mendengus kasar .

" Okey tuan . Saya mintak maaf sebab melawan cakap tuan tadi " aku pantas mengalihkan pandangan .
"pandang aku" Katanya

"aku paling tak suka bila aku cakap orang tak nak dengar" dia berjalan setapak menghampiri ku

Terus aku memandang wajahnya . Muka nervous aku kawal . Aku menggenggam kuat hujung bajuku .

Selepas beberapa minit , keadaan kembali tenang

" Hmm okey lah .. Sini duduk depan aku " kata Adam setelah dia kembali melabuhkan kembali punggung nya di kerusi .

"So ni list appointment aku minggu ni . Aku nak kau selalu inform kat aku pasal benda ni okey ? Simple kan ? " Adam bersuara . Aku menggangguk kecil tanda faham .

" Meja kau ada kat luar tu . Apa apa kau boleh inform kan kat aku dengan  interkom tu . And one more , sebelum masuk aku nak kau ketuk dulu pintu tu .. Jangan main redah je . Get it ? "

Aku menggangguk kecil . Aku membelek belek fail yang diberi oleh Adam seketika .

" kalau tak de soalan , kau boleh keluar " katanya sambil menyilang kaki

Aku bangun dari kerusi lalu terus keluar dari pejabat itu . Aku menghempaskan punggung di atas kerusi . Aku memegang dada sambil mengeluh kasar . ' asal ni ?'

*******

Hanna melirik ke arah jam tangannya . 12 tepat . Dia mengemas kertas di atas meja . Urat yang terasa berselirat direnggangkan .

Ktak!

Laju kepalanya berpaling ke arah pintu . Kelihatan Adam sedang melipat lengan bajunya . Pantas Hanna bangun dari kerusi dan menghampirinya . " tuan " tegur hanna

Adam memandang hanna . " Kau nak pergi lunch ke ?"

" ya " jawab hanna ringkas

" Dah jom .. Kau lunch dengan aku "

Hanna terkebil kebil . Lunch dengan mamat ni ? Memang tak lah ! Mati seleranya nanti

" hanna! " jerit adam . Geram pulak dia melihat hanna mengelamun . Dia membuat wajah ketat

Laju kaki hanna datang ke arah adam . Dia mengikut adam sampailah ke kafe .

" Tuan nak lunch kat sini je ke ? " tanya Hanna . Kalau dialah, dia takkan makan sangat dekat cafe ni , tidak ada banyak pilihan makanan . Selalunya dia akan makan di restoran yang berhampiran dengan laila .

" Sini je lah .. Aku ada banyak kerja lagi nak dibuat " Adam menyuap perlahan lahan makanan ke dalam mulutnya .

" Bismillah " kata hanna sedikit kuat . Hanna kemudiannya menyuap kan nasi ke dalam mulut .

Adam memandang hanna tajam . Pandai hanna menyentapkannya . Tahu ah yang dia lupa nak baca bismillah tadi .

" So how? Kerja ? Best kan dapat jadi p.a aku ? Dapat lah kau tatap muka aku yang handsome ni " kata Adam perasan

Hanna membuat muka loya . Boleh tahan perasan jugak mamat ni .

" Emm boleh lah " jawab hanna ringkas . Dia mengambil air lalu menyedut .

" eleh " Adam buat muka mengejek

Berkerut dahi Hanna . Dah kenapa dia ni ?

" dah lah kau .. Aku nak pergi dulu .. Kau bayar " kata Adam sebelum menghilangkan diri

Hanna mengetap giginya . Kurang ajar tul ! Ada ke patut dia suruh kita yang bayar ?! Tak gentleman langsung! Rugi siapa yang jadi isterinya nanti . Malang nasib!

Guy Next DoorTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang