[ 6 ]

275 29 0
                                    

27 . June . 2000

10.00 a.m.

" Appa jahat. Appa tinggalkan Yoongi sorang-sorang. Yoon benci appa. "

Kata Yoongi perlahan. Air mata diseka laju. Dipandangnya Shinah yang sedang mendukung Jimin. Suasana hujan bagaikan meratapi pemergian Yoon Ji.

Yoongi menghampiri halmonie lalu memeluk kaki halmonie. Tangisannya terhambur keluar. Macam mana dia mahu hidup tanpa seorang appa selepas ini?

" Yoongi-ah, uljima. Appa nak main dengan aegi dekat sana. " pujul halmonie sambil membelai lembut rambut Yoongi.

Yoongi menggeleng perlahan. Penumbuknya dikepal di kedua-dua belah tangannya. Matanya tajam merenung Jimin yang sedang menangis itu.

" Semua salah Jimin. Budak tak guna. ' desis hati kecil Yoongi.

♡♡

6.30 p.m.

Yoongi melabuhkan punggungnya di atas sofa. Jimin pula sedang lena tertidur di sebelahnya. Keluhan dilepaskan. Pandangan dialihkan kepada Shinah yang sedang sibuk berbincang sesuatu dengan manager Yoon Ji di dalam sebuah bilik.

Ppang!

Yoongi yang baru sahaja hendak tertidur itu pantas segar matanya. Tajam matanya melihat tangan Shinah yang tiba-tiba berdarah itu. Dipandang pula serpihan kaca yang bertaburan di atas lantai itu.

" Omma.. " Yoongi menelan liurnya. Jimin disebelahnya tidak diendahkan.

" Hyu-hyung. "

Yoongi mengeluh kecil. Pandangan dialihkan pada Jimin yang masih terpejam matanya. Mengigau lah tu.

" Hyung.... "

Yoongi melentokkan kepalanya pada bahu sofa.

" Chim... "

Keluhan kecil dilepaskan. Apa lagi budak ni nak?

" Sayang... "

Yoongi terdiam seketika. Apa yang cuba Jimin sampaikan?

" Hyung... "

Yoongi mengalihkan pandanganya kepada Jimin. ' Hyung, Chim sayang hyung. '

Yoongi menggeleng-gelengkan kepalanya. Wajahnya mula memerah menahan amarahnya dari meletus.

" Mana mungkin aku sayang kau. Sebab kau, aegi mati. Sebab kau, appa mati. Jangan lepas ni omma pun mati sudah lah. ' desis hati kecil Yoongi.

" Aku tak kira! Harta tu akan jadi milik syarikat ni jugak! Bukan milik Jimin! " jeritan suara manager Yoon Ji jelas kedengaran di segenap bilik.

Yoongi mengangkat wajahnya memandang Shinah yang sedang membalut tangannya yang berdarah akibat terkena serpihan kaca sebentar tadi.

Yoongi kemudian memandang ke arah Jimin. Harta? Milik Jimin? Apakah maksudnya?

♡♡

30 . August . 2000

8.23 p.m.

" Omma, kita nak tinggal mana ni? " soal Yoongi sambil memeluk tubuhnya akibat kesejukkan.

Shinah memegang erat kedua-dua belah tangan Yoongi dan Jimin. Kini, ketiga-tiga mereka sedang berjalan tanpa arah tuju dengan masing-masing membawa bagasi masing-masing.

Mereka sudah jatuh miskin apabila Yoon Ji meninggal. Mereka hutang keliling pinggang. Shinah diberhentikan kerja. Rumah mereka terpaksa dijual akibat terdesak memerlukan duit.

" Kita balik rumah halmonie dekat Daegu, ya? " cadang Shinah lalu langkah diatur menuju ke subway iaitu kereta api bawah tanah.

Yoongi mendengus geram. " Kalau omma tak ambil Jimin masuk keluarga ni, kita takkan jadi macam sekarang. " luah Yoongi. Matanya tajam merenung Jimin yang sedang menunduk memandang lantai itu.

" Ish! Yoongi, apa cakap macam tu dekat Jimin? Kesian dia. " marah Shinah. Pipi Yoongi dicuitnya lembut. Tetapi pantas Yoongi menepis tangan Shinah.

" Omma tak nampak lagi ke? Jimin tu pembawa malang! " jerit Yoongi. Mahu sahaja dia menumbuk wajah Jimin yang sangat ' innocent ' itu.

" Yoon, Chim ni tak ada omma dan appa. Kenapa Yoon cakap macam tu dekat Chim? Yoon tak kesian ke dekat Chim, ha? " soal Shinah sambil bercekak pinggang memandang Yoongi.

Kini, Jimin sudah selamat berada di dakapannya.

Yoongi mendengus geram.

" Jimin, Jimin, Jimin! Yoon tau lah dia tak ada omma dan appa tapi takkan lah omma nak Yoon terima nasib yang sama macam dia? " balas Yoongi berbalik soalan.

Shinah terdiam mendengar soalan dari mulut budak sekecil Yoongi itu. Baru sahaja 7 tahun tetapi sudah petah berkata-kata.

" Yoon bencilah hidup macam ni! Yoon nak life macam dulu. Yoon happy dengan omma dan appa tanpa adanya orang ketiga. " luah Yoongi.

Akhirnya air matanya tumpas jua. Pantas disekanya menggunakan hujung jaketnya. Nafas ditarik lalu dihembus keluar. Kedua-dua belah tangan kecilnya dimasukkan ke dalam poket jaket. Langkahnya diatur menuju ke subway, meninggalkan Shinah dan Jimin yang masih tercengang dengan luahan Yoongi sebentar tadi.

♡♡

3 . September . 2000

2.20 p.m.

" Yoongi-ah, tak nak ikut harabojie pergi kebun ke? " soal halmonie sambil menepuk-nepuk lembut bahu Yoongi.

Yoongi mengangkat wajahnya memandang harabojie yang sudah bersiap dengan alatan kebunnya. Tetapi matanya tertancap pada Jimin yang memegang tangan harabojie dengan senyuman mekar.

" Tak nak. Malas. " balas Yoongi acuh tak acuh. Wajahnya ditongkatkan pada birai tingkap.

" Hyung, jomlah. Chim nak main dengan hyung. " ajak Jimin sambil menarik-narik lengan Yoongi agar menyertainya dan harabojie ke kebun.

" Aku kata tak nak tu tak nak lah! Ish! " marah Yoongi. Tangan Jimin ditepisnya dan tubuh budak berumur 5 tahun itu ditolak sehingga jatuh.

Yoongi bangun dari duduknya lalu memakai seliparnya dan menuju ke buaian yang terletak di belakang rumah.

Tempat dia bersendirian.

Tempat dia menenangkan diri.

Tenang dari Jimin.

Park Jimin.

To Be Continued❤

#2 brother  [ C ]Where stories live. Discover now